Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Orang Bukan Islam Lebih Faham Tentang Kesederhanaan Hidup

beza kaya dan miskin

Assalamualaikum

Alhamdulilah kenyang perut hari ini ada orang belanja. Hari ini sangat happy apabila dapat berjumpa dengan seorang rakan yang dalam lama tak jumpa. Kami berkenalan masa acik kerja di domino pizza call center. Dia ini berbangsa cina tetapi pertuturannya yang di gunakan seperti seorang melayu. Sangat selesa denganya, tadi dia ajak acik pergi makan , dia kata dia belanja terlanjur di akan balik ke england kerana belajar di sana.

Kami pun berjumpalah dan dia tanya acik , nak makan hotel ataupun restoren biasa ? acik kata ala kita makan restoren biasa jelah. Tak payah nak habiskan duit untuk tempat mahal-mahal. Dan acik bawa dia tempat acik yang selalu makan. Chan kata "aduhh sedapmnya dah lama i tak makan masakan melayu yang sedap macam gini kat england mana ada semua nie.

Dan sedang makan tu, telefon chan berdering dan dia angkat telefon dan dia kata ayah dia nak datang nak join sekali makan. Ahh mula terkejut jugak, dan tak lama lepas tu nampaklah kelibat kereta mercedes , acik tercari- cari mana satu ayah chan. "dalam otak terfikir mesti mesti bapa dia nie pakai baju smart-smart". Tercari-cari jugak dan acik nampak seorang lelaki tua yang hanya pakai seluar pendek dan baju t shirt. Dan acik pun berkenalanlah dengan ayah chan. Rupanya ayahnya ini seorang pemilik syarikat  dan ada beberapa kedai ,itupun acik tahu selepas berbual dengan un cle tersebut.

Uncle : u lah budak melayu yang kawan baik dengan anak uncle , tocey sebab kawan baik dengan anak uncle. Dia susah dapat kawan , u kawan baik-baik dengan dia ye.
Acik : chan budak baik uncle,seronok kawan dengan dia. Uncle boleh i tanya something ?
Uncle : u mahu tanya apa ? tanyalah
Acik : sebelum tu, saya minta maaf yer kalau soalan ini agak keterlaluan, kenapa orang cina yang kaya-kaya suka pakai baju biasa tak pakai kot dan bergaya.
Uncle : haiya macam tu susah ma, kalau pakai mahal-mahal nanti orang perhatikan kita dan kita nak pergi kemana saja tak boleh, nanti bahaya lagi-lagi sekarang kes orang tembak sesuka hati. Penampilan tak menunjukkan segala-galanya.Lagi satu kita hidup mesti mahukan kesederhanaan, buat apa mahu tunjuk-tunjuk nanti bikin orang sakit hati dengan kita dan macam-macam bleh terjadi.

Kadang bila acik terfikir apa yang ayah katakan tu, orang cina sendiri faham konsep hidup dalam kesederhanaan.Walaupun hanya secebis contoh untuk di jadikan pengajaran. Orang kita ? biar papa(miskin) asalkan bergaya. Selagi boleh nak tunjukkan segala yang ada, barang kemas dan barang dengan jenama yang mahal. 

Apa yang acik faham penekanan Islam terhadap prinsip kesederhanaan (wasatiyayah ) atau pertengahan ini selari dengan watak manusia sebagai makhluk sosial yang sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi antara satu dengan lain merentasi sempadan etnik, agama serta budaya. Malah ditinjau dari aspek sosiologi Islam, penggunaan perkataan ‘annas’ (al-Baqarah:21) dan ‘al-Unas’ (Al-Isra:71) menggambarkan sifat manusia yang suka hidup bermasyarakat, berkelompok dan bersosial.

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bersosial, pelbagai pertembungan kepentingan individu serta kelompok akan berlaku. Justeru, sikap kesederhanaan dalam bertindak amat diperlukan demi kesejahteraan masyarakat. Dari sikap pertengahan inilah akan melahirkan ciri-ciri kehidupan yang mulia seperti toleransi, persefahaman dan penerimaan. Ciri-ciri itu terkandung dalam konsep kesederhanaan yang diajarkan Islam.

Oleh kerana prinsip kesederhanaan menjadi dasar ajaran Islam maka di dalam al-Quran, umat Islam disebut sebagai ‘umatan wasatan’ (umat pertengahan) yang menjadi saksi kepada seluruh perbuatan manusia (al-Baqarah:143). Kepentingan dan implikasi daripada pengamalan prinsip wasatiyyah ini ialah ia akan mendorong tertegaknya keadilan sosial.

Bila acik tengok chan, dia pun tidak di berikan kemewahan yang ayahnya ada, ayah dia cakap dengan acik, dia biarkan chan berdikari dan mula dari bawah untuk tahu susah payah dapatkan duit dan dari situlah baru dia faham dan layak untuk mengambil alih perniagaan.  

Dari situlah acik faham sedikit tentang kehidupan ini, insyaAllah acik akan cuba amalkan konsep ini bagus untuk kita, jom kita cuba amalkan hidup dalam kesederhanaan.Besederhana ini dalam pelbagai aspek sebagai contoh soal makan dan minum, pemakaian dan sebaagainya lagi.


Catat Ulasan

24 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Akak suka la dgn enty2 acik...entry yg ini buat akak berfikir dn rasa tersentak...memang betul semua pendapat uncle tu....memang kebanyakna tokeh yg akak kenal bersikap mcm ni...tak kira tua atau muda...kemewahan mereka ni ialah pergi melancong dn mkn2..tp dikalangan kita melayu ni..mcm yg acik tulis tu lah....akak rasa kdg2 akakpun terpesong juga dr konsep kesederhanaan ni...tq acik....
Tanpa Nama berkata…
bersederhanalah dlm kehidupan. Rasulullah pun hidup dlm keadaan sederhana :)
Tanpa Nama berkata…
jiran akak cina . dia ni kontraktor kelas A . tapi dia mmg sempoi . baru sethn tukar waja ker camry . t-shirt n seluar pendek tu mmg style dia . wife dia langsung x de pakai emas ... pagar umah pun simple jer ... projek2nya semua anak2nya yg buat . dia wat remote ctrl jer ... beza dgn org melayu yg kebanyakannya lagi byk duit , lagi bergaya harta nya ...
krole berkata…
serius acik..menarik cerita kali ini, betul kata uncle tu...buat apa nak tunjuk semua tu, lebih baik kta bersederhana..orang pun suka...tp...zaman ni org kita berlumba-lumba bab menunjuk kekayaan ni...ada yang sanggup berhutang keliling pinggang asal bergaya dimata orang ramai~ hm... muhasabah diri~
Tanpa Nama berkata…
betul sangat2...biar pun berkemampuan itu bukan tiket nak menunjuk2..
Kekzamanis berkata…
Patutlah cina selalu berjaya & maju dalam hidup kan? Diorang ni jenis yang berdikari & bersederhana walaupun rumah macam istana.. Tapi orang Melayu ni, asal senang sikit tukar kereta baru, rumah baru, segala2 nak baru ajer.. Pakaian jangan cakaplah, nak yang branded2 ajer.. Lepas tu anak2 dimanjakan dengan wang ringgit & kemewahan.. Kecik2 dah ada kad kredit sendiri, lepas tu gadget2 dorang ngalahkan kita yang dah dewasa ni.. Boleh nampak beza orang Cina dangan orang Melayu.. Padanlah Melayu susah nak maju.. Ada yang maju pun tak ramai.. Boleh bilang dengan jari.. Erm..
ZON PERMAISURI CHOMEL
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. pengalaman akak bekerja dulu pernah bertemu dengan ramai pengusaha projek perikanan laut dalam dan akuakultur berbangsa cina yang sebenarnya kaya-raya.. tapi pakai kereta biasa dan baju selekeh je.. alasan mereka buat apa nak menunjuk-nunjuk..
adarain berkata…
Hidup biar bersederhana, kalo kaya pun jangan menunjuk sangat. untuk orang belanja..haha

Jemput singgah sini --> Fantasi Dan Realiti Kehidupan
Zaza Iman berkata…
setelah habis baca, zaza suka lah dgn entri acik ni =) apa pun bersederhana itu lebih baik kan =)
BinMuhammad berkata…
Orang kita selalunya culture shock! Kalau kaya.. perlu nampak budaya mewah macam di barat kerana pengaruh mereka yg terlalu kuat. Kerja dah teruk2, duit dah banyak nak buat apa lagi...Inilah masanya utk merasa dan bergaya!
Cakap memang mudah, tapi jika kita menjadi kaya adakah kita mampu menghadapi ujianNya itu? Mahukah kita hidup dalam kesederhanaan?
Bersyukur kerana aku tidak kaya tapi hidup sempurna dan bahagia.
shazillahsani.com berkata…
itu adalah antara perbezaan pada bangsa cine...^^
Unknown berkata…
bagus tu cara ayah dia ajar...x der lah seperti sesetengah orang..terus dapat jawatan tinggi kat syarikat keluarga..
Unknown berkata…
sederhana kan lebih baik..dari kitaa menunjuk-nunjuk nak mendatang kan riak...tu lagi lah payah :)
Tanpa Nama berkata…
wasatiah itu yg ditekankan dalam islam :)
Unknown berkata…
wah...wasatiah sungguh keluarga chan
moga kita juga menjadai anatara org yg bersederhana
aah kan..ramai yg suka bergaya..tp wallet kong
suka pd pujian melambung bila bergaya

jemput join segmen ni :

http://umikasum.blogspot.com/2013/09/segmen-simple-mudah.html

pemenang akan memenangi hadiah:
CD Pocket + Apron + Wallet
Cellphone Jewellery Sticker + Ankle Bracelet
kalau free...jom join sekali :)
Fais-SKA berkata…
kbyakan cina2 yg kaya sllu mcm 2 =) pnh juga ada kwan mcm ni..khdupan dia, xtnjuk pn dia kaya..xthu knpa dia xtnjuk sgt..islam mmg mngajar pganutnya bersederhana..xnk nnti nmpak riak dpndangan umum..sy pn lebih suka sarung jersi dan sluar trek je kemana2..ha3, tu je mampu :D nice sharing acik
Maria Firdz berkata…
Betui tu acik... Jgn pndang apek pkai suar pendek bersingle tu xde duit... Diorg x suka nk tnjuk2... Tapi twrbalik lak dgn kaum kita kan..
Vee berkata…
Mhmm.. Dlm kehidupan mmg perlu bersederhana pun. Bila kita bersederhana, kita akan pandai jaga hati kita sendiri biar tak sombong. Bila tak sombong, berkat akan turun =)
Tetamu Istimewa berkata…
Di kampung saya ada seorang Cina ni mempunyai sawah yang sangat luas. Namun, kalau tengok dari pemakaiannya orang tidak akan tahu yang dia seorang yang kaya. Naikpun moto kapcai biasa saja.
Tetamu Istimewa berkata…
Di kampung saya ada seorang Cina ni mempunyai sawah yang sangat luas. Namun, kalau tengok dari pemakaiannya orang tidak akan tahu yang dia seorang yang kaya. Naikpun moto kapcai biasa saja.
||aLeaSaRa|| berkata…
memang kebanyakan tokey cina macam tu,acik.low profile.yelah sekarang macam2 kes.kalau pakai mewah lagilah jadi sasaran.orang melayu kita ada jugak yang low profile.bagus acik rapat dengan chan tu :)
Shahrul Yusof berkata…
Tipikal Melayu, asal dress cantik dan pakai kereta jenama mewah pasti akan dipandang tinggi. Status sosial Melayu dipandang pada segi luaran. Kekuatan ekonomi diri dan masyarakat di humban ke laut. Mentaliti biar pape asal bergaye memang dah sebati dalam masyarakat Melayu.

Faktor ini yang mendorong orang kerja kerajaan suka buat loan. Akibatnya, masyarakat sering memandang tinggi penjawat awam dan menyangka semua mereka hidup senang. Padahal itu semua adalah loan.

Unknown berkata…
Suka ayat pakcik tu..penampilan tak menunjukkan segala-galanya..
Khir Khalid berkata…
Assalam acik.. bagus entri ni. Klu nk kaya pun x salah, tp x perlu nk menunjuk2.. biarlah bersederhana dlm kehidupan. Org pun x menyampah. Klu kaya tetapi sentiasa merendah diri, bersopan & berserdehana, bnyk bersedekah lagi org hormat & berkat kehidupan dari Allah swt. Malah dgn izin Nya, bertambah2 lg kekayaan tu, in shaa Allah..