Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih bernafas di bumi pinjaman Allah ini syukur ya Allah, sebelum itu jom berselawat ke atas Nabi Muhammad Saw. Memang memenatkan bila ada program sana sini dan dengan kelas yang padat setiap hari. Tetapi itu tidak mampu melenyapkan ingatanku kepada blog yang sangat acik sayangi ini. Sebenarnya lepas kelas tadi acik terus pergi untuk program "new media" atau media baru.

Program ini untuk memperbahaskan lebih lanjut tentang media sosial atau laman sosial yang menjadi "pop culture" pada masa kini. Yelah Malaysia adalah salah satu negara yang rakyatnya penguna tegar laman sosial .Pantang dengar ada yang baru tentang laman sosial pastikan akan daftar dan memperkenalkan pada kawan-kawan. Tak salah tapi berpada-padalah. Kebanyakan yang menghadirkan diri dalam program ini adalah orang melayu dan ada beberapa jemputan dari luar negara. 

Kebanyakan perbincangan yang di lakukan itu adalah dalam bahasa inggeris dan tiba giliran salah seorang panel berasal dari Australia . Namanya acik lupa apa tapi yang paling mengagumkan dia fasih bercakap bahasa melayu dan menyampaikan hujah dalam bahasa melayu dengan baik sekali. Siap di tanya lagi siapa di sini orang melayu ? dan ramai yang angkat tangan, dan dia tanya kenapa tak gunakan bahasa melayu ? bukankah bahasa melayu itu indah dengan ayat-ayat puitisnya ? satu dewan terdiam. 

Acik tegelak sendiri, orang kita lebih agungkan bahasa luar dari bahasa ibunda kita sendiri. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang paling mudah untuk di pelajari. Kita bila berjumpa asyik nak "speaking London" sahaja tak mahu kalah dan siap pemakaian dan cara hidup di adaptasikan berdasarkan cara hidup "Hollywood". Sedangkan rakyat malaysia sendiri tak tahu hargai bahasa sendiri bagaimana orang lain mahu hargainya ?

Tak salah kalau nak gunakan bahasa penghantar selain dari bahasa malaysia seperti bahasa inggeris, mandarin mahupun Tamil . Tapi memperkasakanlah bahasa melayu yang semakin pudar kerana arus pembangunan teknologi. Acik pernah pergi ke indonesia dan dari pemerhatian acik kebanyakkan rakyat cina di sana bertutur dalam bahasa indonesia dan fasih tetapi bahasa ibundanya tidak di pinggirkan. Kalau pergi ke jepun, korea, china, france , itali dan beberapa negara lain mereka sangat bangga dengan bahasa mereka. Bila orang luar nak berurusan mahupun berkomunikasi dengan mereka, pastinya mereka perlu kuasai bahasa dan cara hidup mereka. Mereka bangga dengan baju tradisi mereka, tetapi bagaimana rakyat malaysia ?

Pakai baju melayu ,baju kurung, baju tradisi  yang lain di anggap pakaian yang kuno dan tidak mengikut peredaran zaman. Tapi pada acik cantik sahaja kalau di pakai. Orang kita mudah sangat ambil budaya luar dan di aplikasi dalam kehidupan seharian kita. Janggan sampai tahap nanti anak cucu kita tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa melayu.Dan jika ingin tahu perlu pergi ke Muzium mahupun pusat tuisyen . Adakah itu yang kamu mahukan ?

Fikir-fikirlah , kita memang boleh belajar apa yang kita suka untuk keperluan diri kita ,tapi jangan sampai kita lupa pasal asal usul kita. Itu belum lagi di perbincangkan tentang bahasa al quran dan bacaan lagi. Belum sentuh soal agama lagi, acik ini hanya menaip dasarnya sahaja.Biar kamu semua fikirkankan sendiri jika kamu tak dapat pertahankan bahasa kamu sendiri bagaimana untuk kamu mempertahankan agama kamu ?