Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Mempersendakan Nilai 10 Sen


nilai 10 sen

Assalamualaikum

Maaf sangat kerana beberapa hari ini tak dapat melawat ke blog rakan-rakan yang di sayangi kerana kesibukan dengan kelas dan aktiviti sebagai seorang pelajar. Hari ini acik dapat tahu bahawa Madam Shayu salah seorang pensyarah yang sangat acik hormati dan kagumi baru sahaja menjalani "minor operation". Tetapi dengan ketabahan dan kesungguhannya sebagai pendidik ,beliau datang ke kelas untuk mengajar kami walaupun dalam keadaan bercuti sebenarnya.. Dan paling best dalam kelas beliau pastinya ada kejuatan yang buatkan kita lebih kenal siapa diri dan orang yang berada di sekeliling.Dan semoga madam cepat sembuh dari penyakitnya dan di berikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan dari Allah.

Dan hendak di jadikan cerita, petang tadi seperti biasa acik pergi ke seksyen 2 untuk beli makanan. Kebiasaanya acik akan minta bungkus kerana acik akan makan di bilik dan sudah menjadi kebiasaan makan sebelum magrib. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba duit syiling 10 sen terjatuh dari seorang gadis dalam linkungan 20 an  nie, dan betul-betul bergolek di depan acik. Acik pun ambillah duit tersebut dan kembalikan kepada empunya duit tersebut. 

Acik : Assalamualaikum cik , ini duit cik ni terjatuh di lantai 

Gadis A : ohh  yeke , ohh tak pelah kalau tak malu ambillah 10 sen tu.
Gadis B : ala taktik mengurat yang lapuk la...
Gadis C : ala seponsen pun nak kecoh ke ??  kalau aku biarkan saje, tak matilah kalau tak ada seposen.

Entahlah banyak tanggapan yang bermain di fikiran ini , ye memang 10 sen nilainya sikit dan tak meluakkan harta kamu yang banyak sangat tu. Yelah kamu di besarkan dengan kemewahan hidup "order "sahaja pasti akan dapat dari ibu bapa kamu. Pernahkah kamu terfikir tentang mereka yang berasa susah dan hidupnya di timpa bencana ? 

Ingat, tak ada seposen tak cukup nilai jika kamu hanya mempunyai 90 sen untuk di jadikan RM 1. .Beruntung sangat kamu semuakan , hidup tak pernah rasa susah. Mungkin kamu tak rasa apa yang acik rasa, dulu hidup kami bukanlah senang seperti sekarang. Dulu nak makan pun susah, nak beli apa yang perlu pun payah, jadi gunalah apa yang ada. Masa acik sekolah menangah dulu , duit harian sekolah mak hanya beri 50 sen sahaja , semuanya duit 10 sen ada 5 keping. Ingat lagi , itulah pembelanjaan acik untuk sekolah menengah dan sekolah agama di belah petang. Dapat apa dengan 50 sen ? acik hanya beli keropok lekur dan akan makan di tengah hari, itu pun dah memadai.

Mak memang pantang kalau anaknya membazir dan lagi-lagi rezeki walaupun duit 10 sen. Mak akan ambil dan simpan. Kami telah didik seperti itu untuk menghargai setiap rezeki dari Allah walaupun nilainya kecil. Mak selalu kata, "masa zaman mak, 10 sen dah dapat macam-macam , nasi lemak 5 sen, minuman 5 sen. Kenyang sangat tapi orang sekarang nampak 10 buat tak nampak sahaja, jangan alpa dengan rezeki yang Allah beri, kalau Dia nak tarik rezeki itu bila-bila masa sahaja. Jangan pula ketika itu duit 10 sen itu juga di cari-cari "

Nasihat itu yang kami sentiasa ingat, pengorbanan mak dan ayah tak dapat di lupakan. Dengan kepayahan itulah alhamdulilah adik beradik acik berjaya, seorang dah jadi cikgu, seorang dah jadi executive HR , seorang dah jadi juru kimpalan dan seorang dah  jadi side manager. Di sini bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai ingatan sahaja untuk kita menghargai rezeki yang Allah berikan walaupun nilainya kecil .Akhir kata dari acik , Bila kita hidup senang dan jangan lupa pada mereka yang susah , kerana kesenangan kita itu mesti bermula dari kepayahan. 


Catat Ulasan

26 Ulasan

tarmizi berkata…
Waalaikumsalam. .
10sen kalau simpan lama2 leh jadi bukit gak...
shazillahsani.com berkata…
biasa la tue achik kdg2 manusia ini sgt2 tidak bersyukur since dah tersungkur baru dia tau berapa nilainya 10sen..
Unknown berkata…
walaupun nilai 10 sen tu kecil..tapi mencari sepuluh tu memang payah....mungkin hari kita merasa nilai itu kecik...esok lusa entah apa yang berlaku....
Hargailah nilai 10 sen kerana itu adalah rezeki Allah...lafaz syukur kerana Allah sentiasa memberikan rezeki tak ternilai utk kita :)
Bunda_nora berkata…
walau pun nilai 10 sen tu nampak sikit...kalu disimpan lama2 jadi banyak...
Ainim Rashihah berkata…
Saya terharu baca kisah acik ni. betul tu, walau 10sen nilai itu tetap besar maknanya. rezeki itu datangnya daripada Allah, bila dia berkehendak memberi, maka adalah rezeki tu yg penting kita harus sentiasa bersyukur
Zaza Iman berkata…
zaza 10sen pun simpan tau dalam tabung.. walaupun nilai kecil tapi dgn 10sen la duit bertambah2 ;)suka dgn entri ni
Vee berkata…
Well said :) Ramai yang Vee jumpa macam tu. Dorang buat derk. Ala, 10sen je punn. Nanti tak cukup duit terkial2 cari. Vee slalu masuk dalam gelas je. Tiap 6 bulan gi tukar, kadang2 sampai RM90 gitu jadinya. See, big amount kan? Semuanya bermula dari 10sen.. :)
Tanpa Nama berkata…
akak pun selalu pungut duit 10 sen yg bersepah . anak buah x heran pun . budak sekarang mmg sgt beruntung sbb ibu bapa beri jer apa yg mrk nak ... bila dah bekerja nanti , baru mrk tahu betapa bernilainya 10 sen tu utk teruskan hidup !
Fais-SKA berkata…
dialog dia mcm 2 ke acik?? peh melampau..mcm xbersyukur je..pdahal dri 10sen tulh orang tua2 dlu sntiasa guna..rsanya byk berjasa..
Unknown berkata…
Betul tu acik..xde 10 sen xdelah rm1..samelah, masa sekolah rendah dulu pun mak bagi duit belanja 50 sen sampai sekolah petang..yang dilahirkan dalam keluarga senang tu mungkin kurang rasa betapa berharganya 10 sen tu..:)
Mizz Aiza berkata…
kebanyakan orang zaman sekarang menganggap ianya tiada bernilai.. 10sen tu sangat bernilai bagi orang yang tahu erti bersyukur.. bayangkan jika 1,000 orang memasukkan duit 10sen ke dalam 1 tabung, dah dapat RM100.00..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Walaupun senang..jgnlah bersikap bongkak apalagi di khalayak...jgnkan sepuluh sen...lima senpun sgt bernilai...di sini akak nk kongsi kisah benar akak ms kecil,ms tu di rmh guna dapur yg perlu ada mancis,bkn mcm sekaran,petik je dh ada api,mak suruh adik akak pegi beli mancis yg dulunya sekotak berharga sepuluh sen,mak bg duit lima sen dua keping,ditakdirkan sekeping duit lima sen tu jatuh,adik akak cari duit tu sampai dpt...sehingga sekarang,duit lima sen menjadi beharga bg kami...

Sama mcm acik,adik beradik berjaya dgn didikan yg serba susah..abg akak,seorg dato,anaknya pergi makan di kedai mamak,duit tak cukup sepuluh sen ms nak byr roti canai yg dia mkn...terpaksa minta pada pelanggan yg mkn di meja sebelah....taraf hidup kita bkn sbb utk kita bersikap takbur....
Unknown berkata…
dia ingat kau nak ngorat la tu bro...hihi...apa2 pun setiap sen tu adalah bernilai...
Tengkubutang berkata…
betul tu acik, walau sebesar pun duit kertas, pasti ada ketikanya syiling juga yg dicari.. sepuluh sen nilainya besar bagi teman.. teman hargai sgt2 syiling2 teman.. =)
entri yg lebih kurang sama teman pernah buat sebelum ni.. silalah baca yea.. heee.. thanx acik.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/08/menghargai-syiling-kerana-fikir-takde.html
Unknown berkata…
Terkenang pulak zaman kecik. budak skrg dah jauh mewah berbanding kita dulu
Maria Firdz berkata…
10 sen... kalu x cukup 10 sen tak leh beli apa yg kita nak kan... hrgailah wlaupun 5sen..
Fahmi berkata…
10 sen bernilai bagi saya
Unknown berkata…
Dari 10sen laa...yang nak jadi 10.00, 100.00, 1000.00...Amat berharga...
Cik Itah berkata…
tetiba terasa sedih pula baca entry ni teringat kepayahan arwah ayah dulu membesarkan kami 5 beradik...
10 sen tu besar nilainya..kita patut hargai..

Story Nadya berkata…
10 sen sangat bernilai kerana 10sen mampu mengubah sedikit jumlah dari wang saku kita. 10 sen juga wang, kita tidak bole mensiakannya. Nice entry acik :)
Tanpa Nama berkata…
betul acik,kathy kalau jumpa seposen kathy simpan kat tabung..semua anak2 ada tabung sendiri..
jie susanos berkata…
Em..tersedar lak bila acik ckp cam tu..
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. nilai 10 sen tu kadang2 Allah uji kita utk melihat tahap kesyukuran kita.. nampah remeh je hal 10sen pun nk kecoh.. tp itulah tanpa kita sedar, terang 2 kebanyakan sifat manusia kan..
||aLeaSaRa|| berkata…
huishhh menyampah pulak kak lea gadis B tu,perasan he3..yelah acik,10 sen tu besar nilainya.bagus entri ni.sama2 kita bersyukur dengan adanya 10 sen tu,kita boleh kenyang masa kat sekolah(erk kenalah ada 5-10 keping barulah boleh beli makanan kat kantin he3)
Shahrul Yusof berkata…
Mungkin ego mereka terhadap nilai seposen itu diakibatkan dari kehidupan mereka yang tidak pernah menempuh kepayahan hidup. Segala-galanya telah disediakan oleh ibu bapa mereka agaknya. Jadi, apalah sangat nilai 10 sen itu pada mereka.

Lainlah blogger macam aku ni, dapat earning 10 sen dari Nuffnang pun dah berbunga-bunga kat dalam hati ni.
Tetamu Istimewa berkata…
Oh, sememangnya mereka ini dibesarkan dalam kemewahan.

Keduanya, di mana nilai dan adab sopan rakyat Malaysia yang dibanggakan. Mereka soal mengorat itu timbul pula? Nampaknya mereka ini terlalu murah untuk dinilai dengan sapaan begitu.