Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejujuran Lelaki Yang Sukar Di Terima Perempuan

kejujuran lelaki

Assalamualikum

Alhamdulilah akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk blog acik ini, sebelum itu marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Maaf sangat ,acik memang terlalu sibuk dengan program dan kelas yang penuh setiap hari. Dan kebetulan kami perlu kerja keras untuk program di sabah yang semakin dekat. 

Sebenarnya hari ini dapat berjumpa dengan 2 orang kenalan yang sudah lama tak berjumpa dan kawan acik pula  membawa kekasihnya. Dia selalu banggakan dengan kecantikan kekasihnya yang kononnya tiada tandingan ini, asyik memuji sahaja kecantikan kekasihnya di depan acik. Masa itu perbualan kami tentang perempuan dan perbualan menjadi hangat apabila si Hani (bukan nama sebenar) kekasih kawan acik banyak mempertikaikan pelbagai pekara.Dan tiba-tiba hani mencabar kami untuk permainan berkata jujur, di putarkan botol dan terkena pada Azim iaitu teman lelaki Hani.

Fadzli : Azim nak tanyalah ,umur kita pun dah makin tua, mesti kau nak kawin kan . Aku nak tahu juga ciri-ciri yang bagaimana bakal calon isteri kau nanti ? ko kena jujur ehh ,
Azim :Ohh kalau di tanyakan pada akulah, aku mestilah mahukan seorang perempuan yang solehah dan baik budi pekertinya 
Acik : Sebabnya ? 
Azim : Acik nie buat tak faham pulak, mana ada lelaki dalam dunia nie mahukan bakal isteri dia orang jahat dan tak menutup aurat. Aku mestilah nak isteri aku nanti jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku, mestilah yang pandai ajar anak aku baca al quran, dan didik anak-anak aku jadi anak yang solehah.

Keadaan jadi sunyi ketika, dan tiba-tiba dengar suara seorang seperti sedang menangis

Hani : Habis selama nie ? awak bawa saya ke sana sini naik motor, pegang-pegang tangan saya tu kenapa ? Awak pernah cium saya apa maknanya ? 
Azim : Ehh kenapa bagitahu ? saya tak pernah cakap pun nak jadikan awak bakal isteri saya. Awakkan yang tergila-gila kat saya.

Keadaan jadi bingit apabila mereka bergaduh pula,tapi itulah kenyataannya tanyalah mana-mana lelaki pun, yang jahat ,yang baik pastinya mereka mahukan perempuan yang solehah. Dalam kes Azim ini dia tak sedar bahawa kekasihnya juga tidak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Acik kongsikan kepada kamu semua agar kamu sedar wahai kaum hawa. Martabatmu sebenarnya mulia, jangan di jadikan hina kerana terpedaya dengan goda lelaki hidung belang. 

Mungkin ada ada kaum hawa yang marah dengan entri ini, sebab itu pentingnya menjaga maruah diri. Lelaki ujian terbesarnya adalah nafsu.Pastinya lelaki mendambakan perempuan yang baik akhlak dan mungkin akan berlalu pergi tanpa memberi khabar kepada kamu jika tiada pada kamu apa yang di mahukan itu. Jadi fikir-fikirlah ye. Jadilah wanita yang baik-baik bukan hanya untuk lelaki yang baik tapi sebagai tuntutan kita sebagai seorang muslim. Begitulah juga untuk lelaki, untuk dapat yang baik perlu jadi baik juga. Jangan mengharapkan yang baik andai diri kita juga masih banyak kekurangan. Sama-sama kita baiki diri. 

Catat Ulasan

37 Ulasan

Unknown berkata…
sedeyh nyer kalau jadi cam tuh
Story Nadya berkata…
Sama2 baiki diri. Dan perempuan juga jgn mudah memberi.
Tanpa Nama berkata…
muhasabah diri..kadangkala akak pun tak tutup aurat dengan sempurna..
Vee berkata…
Tetapi lelaki pun jgn lah buat mcm tu. Kononnya nak cari perempuan yang baik2, habis tu dia permainkan hati perempuan tu mcm mana pulak? Baik ke tu? Dia nak cari perempuan yang tutup aurat, pandai jaga maruah, tapi dia sendiri berzina dgn perempuan lain. Cuba fikir, apakah layak dia dapat perempuan yang solehah? Instead of berzina and permainkan perempuan tu, kenapa tak bimbing dia ke arah yang lebih baik? I hate this kind of guy, seriously. Nak yang baik, tp diri sendiri macam !@#$%. Sorry kalau comment ni kasar sikit, that's just the fact.
norhasnizakhalid berkata…
bukan membuka pekung, tapi itulah kenyataannya.. justeru, perempuan harus beringat-ingat sikit, belum tentu 'dia' adalah calon isteri....
BinMuhammad berkata…
Lelaki atau perempuan sama sahaja, nak yg baik tapi diri sendiri belum cukup baik. Allah telah janjikan...lelaki/perempuan baik utk pasangan yg baik juga...Mungkin tidak sekarang tapi mungkin selepas kahwin berubah dan bertaubat menjadi yg terbaik.
Khir Khalid berkata…
Lelaki atau pun perempuan semua pasti mahukan pasangan yg baik.. cuma kadangkala cara penyampaian masing2 tidak mengena, membuatkan ada pihak yg terguris, baik pihak lelaki juga perempuan..
Entri yg sgt bermanafaat utk kita sama2 renungkan.. Thanks sharing Acik :)
Unknown berkata…
Sampai cmtu skali ye.
Dua2 blum matang lg ni.
Fikiran budak2 lg.
Tau nk njoy je.
Cmni le jdnyer.
Unknown berkata…
isk-isk....nak kutuk agak2 lah kan..awek do sebelah...hahaha...siap lagi nak kata tu..terus terang memang tak suka cara kawan acik tu...melampau sangat...perempuan tu pula kenalah berhati juga :)
Aimacomel berkata…
dan si lelaki pun... kena lah betul kan niat,
Mizz Aiza berkata…
terima kasih kerana mengingatkan akak juga.. memang sangat besar dugaan nafsu ni..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Bagus entry nih..sebagai kaum hawa akak tk marahpun baba pesanan utk menutup aurat tu tp kwn acik tu,ckp kena berlapik juga,dia tak katapun nk jdkan hani(bkn nama sbnr) sebgai isteri tp manalah kita tau jodoh kwn acik tlh tertulis dgn hani...dan pd kaum lelaki..jadilah lelaki yg sejati,kalau tak mau pada seseorg perempuan itu stlh kamu memberi janji,jgnlah berlalu pergi begitu shja..beri alasan yg sebaik2nya...wanita itu untuk dilindungi,bkn utk disakiti....ewahhh....isu best nih acik...hehehe
Zaza Iman berkata…
betul kan acik..kaum hawa, sama2lah kita perbaiki diri.. moga2 menjadi wanita solehah :) amin
Fais-SKA berkata…
kalau dah bab kawen..pasti semuanya nk yg baik2..tp prlulah kedua2 bt muhasabah dri..rsanya prmpn yg baik pn xnk lelaki yg xbaik..ape pun smua 2 urusan Allah =) tp xbaik la kalau mainkan perasaan orang..
Maria Firdz berkata…
setuju sgt... jgn mudah terpedaya jnji2 sebelum khwin...
Unknown berkata…
pompuan kn kuat iman jgn pernah tergoda dgn lelaki miang....
Aku pengembara berkata…
Teringat pak entry saya yg lepas mengupas tentang isu nie.. Walau sejahat manapun lelaki, untuk mencari pasangan hidup mereka akan pilih yg baik akhlaknya, bukannya perempuan yg mudah dibawa ke hulu ke hilir... Its realiti.
Cik Itah berkata…
so true acik...sokong sangat sangat :)
Unknown berkata…
laki yg baik untuk pompuan yg baik.. begitu jugak sebaliknya..
nak dpt yg baik , diri sendiri dulu kene lah jd baik..
masalahnya kawan acik tu ada ke girl yg baik nak kat dia.. ;)
Tanpa Nama berkata…
masa akak di zaman sekolah , kwn akak ada bertanya pada kwn lelaki nih , ttg jenis calon isteri yg dia nak . jwpnnya nak yg solehah akak berpurdah . maka kwn perempuan ni tanya lah kat lelaki tu ; ko tu soleh ker ? ... tu la manusia kan !
Shahrul Yusof berkata…
Ada sesetengah lelaki, anggap wanita ni umpama trofi. Perempuan-perempuan yang dimainkan hatinya tu adalah antara 'trofi-trofi' koleksinya. 'Trofi' yang paling agung diimpikan lelaki jenis ini adalah perempuan solehah yang cantik dan lengkap serba-serbinya.

Perempuan yang gedik-gedik, sosial-sosial semua ni stok geli-geli boleh la. Untuk buat sedap-sedap. Nak kahwin? Sorry.
Unknown berkata…
nice sharing acik
moga jd peringatan buat adik2 di luar sana
byk yg hidung belang..x ketinggalan byk yg suka diberi oujian
moga kita sentiasa berwaspada
Hana berkata…
betol tu.. mana2 lelaki pun mesti nak peristerikan perempuan yang baik, solehah..:)
hazwan hairy berkata…
alamak kena cium..haha
Unknown berkata…
Tersentuh dgn entry acik kali ni.. mmg sgt brkesan..
penyakit hati...dah isi tabung anda.
Azwar Syuhada berkata…
Lelaki atau perempuan, dua2 sama sahaja. Pasti nak yang terbaik untuk dirinya sendiri.. Apa-apa pun sama-samalah perbaiki diri.. :)
Tanpa Nama berkata…
berdosa mainkan perasaan org ... setiap perbuatan tu ada kifarahnya ... allah maha melihat ...
Pykaa Pdott berkata…
Serius tersentuh baca entry nie . Peringatan buat diri sndiri jugak . Hmm
Nurulhidayah berkata…
Urmm...tak suke ngan kawan acik, si azim tu, mcmmana nk dpt isteri yg baik sedang diri seperti itu? takde perasaan respect dan santun langsung.... baiklah Hani hanya GF belum jadi isterinya.
sha (chirp chirp) berkata…
bagi sha, kalau nak mencari yg sempurna, kena bermula dari diri kita. betul tak :)
Unknown berkata…
kena pandai memilih bukan berharap dipilih. tulah kesilapan perempuan .
Unknown berkata…
lelaki mahukan kesempurnaan..begitu juga wanita..jika lelaki tak mampu jadi imam yg baik..wanita tu tak kawin sampai tua pun tak apa..susah nak jumpa lelaki yang berakhlak mulia dan dapat jadi pandu arah membawa perempuan ke jalan yg benar..sedangkan perempuan itu dijadikan dari tulang rusuknya..huhuhu..
Nina Mads berkata…
entri yg bagus dan terkesan di hati.. Alhamdulillah. berubah ke arah kebaikan tak salah. utk diri sendiri juga :)
blogwalking....lama tak dengar berita...dah isi $$$
Tetamu Istimewa berkata…
Lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu. Perempuan ada 1 akal 9 nafsu.
Unknown berkata…
Suami atau isteri adalah cerminan diri kita...Jadi,kalau nak yang baik, kita sendiri kena sentiasa berubah ke arah yang lebih baik...InsyaAllah, ada yang baik Allah aturkan untuk kita...nice sharing acik..:)