dia bukan jodoh kita

Assalamualaikum

Selamat bekerja kepada semua, pastikan hari ini hari yang indah buatmu dan marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hari ini acik mahu kongsikan sedikit tentang jodoh dan cinta, kepada blogger yang dah berkawin dan otai silalah faham ,jangan meluat pula entri seperti ini. Entri ini khas untuk kaum remaja atau sewaktu dengannya yang kecewa dengan cinta. Acik ini mengembalikan cinta yang semakin di bawa kegairahan kehidupan mereka. Putus cinta memang sangat perih dan sedih apabila orang yang kita sayangi itu bukan lagi milik kita.

Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain,hanya membuat rasa sakit dan pedih.Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak dapat selamanya bersama.Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala. Segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya,dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaranNya. Bahawa DIA tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya, mana yang terbaik untuk makhluk-maklukNya.Jangan pernah anggap putus cinta dan tak dapat bersama dengan yang kita harapkan sebagai hukuman atau ALLAH itu tidak adil.Percayalah, ada Rahsia di balik Rahsia.Di balik semua peristiwa pasti ada hikmah nya

ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman

Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)..Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka, Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.(S. Al Anfal: 63)

Untuk kaum wanita 

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)

untuk kaum adam 

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.

kesakitan yg kita alami akan menjadikan kita orang yang lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab lepas itu kita lebih menghargai cinta dan banyak pengajaran.Acik cakap berdasarkan pengalaman juga.