Pengikut

Ahad, 22 September 2013

Hikmah Mata Rabun






Assalamualaikum

Fuh penat yang teramat sangat, hari ini satu hari acik di berjaya times square kuala lumpur, sambil itu meraihkan sambutan hari lahir untuk classmate serta teman rapat di kelas iaitu hidayah Nazri. Selamat ulang tahun ke 23 ,semoga panjang umur dan murah rezeki. 

Di pasaraya ini SubhanaAllah ramainya orang , memang ramai lagi-lagi dengan pelbagai tawaran promosi di hujung minggu. Pelbagai ragam manusia yang dapat acik lihat ,begitu juga pelbagai jenis fesyen dan orang yang acik temui. Untuk Pengetahuan semua sekarang ini acik dah pakai cermin mata kerana acik mata acik rabun. Sebelum acik membeli cermin mata acik selalu merungut pada mak dan abang, bahawa acik susah nak belajar dan sukar nak bawa motor ketika malam kerana semua nampak kabur dan silauan lampu di malam hari. 

Tetapi apa yang berlaku hari ini, buatkan acik sedar bahawa setiap apa yang Allah berikan itu pasti ada hikmah yang tanpa di sedari. Di pasaraya tentu sekali kita dapat lihat mereka yang memakai pakaian yang pelbagai dan singkat-singkat semua. Dugaan terbesar bagi lelaki adalah mata kerana mata melihat segalanya apa yang ada di sekeliling.

Tengok kiri nampak yang macam gini , tengok kanan kan terdedah sana-sini. Acik bermonolog dalam diri sendiri... Ishh mereka tak malu ke ye berpakaian seperti ini ?  mendedahkan sana sini , kita juga dapat dosa melihatnya. Lagi -lagi pakai cermin mata ini semuanya jelas. Dan dengan tiba-tiba acik terus buka cermin mata yang acik pakai.



Keadaan bertukar semuanya jadi kabur, tapi masih lagi nampak bayangan orang sekeliling walaupun tidak jelas. Bila kita nampak sekeliling kita kabur pastikan kita tak akan dapat melihat dengan jelas semuanya dan kita akan lebih berikan tumpuan pada perjalanan kita.Dengan itu juga lihat dapat menjaga pandangan dan mata kita dari melihat yang bukan-bukan.

Hari ini acik belajar sesuatu yang selama ini yang selalu acik ungkapkan bahawa setiap pekara pasti ada hikmahnya. Memang betul, walhal pekara kecil sahaja tetapi hikmah yang tersembunyi amat bermakna. Terima kasih ya Allah atas kesedaran ini.

Rabun itu anugerah ? 

Yup anugerah dari Allah, kerana ini bentuk lain  kasih sayang Allah pada kita. Allah berikan peringatan untuk kita menjaga mata kita . Allah kaburkan pandangan untuk kita lupakan ketika tentang duniawi (objek) untuk lebih fokus dengan pekara yang baik-baik sahaja. Selain itu juga, untuk menyedarkan kita bahawa pada bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat yang di beri jika kita tidak menjaga dengan sebaik mungkin. Terima kasih sekali lagi ya Allah untuk kesedaran diri ini.


Share This!


31 ulasan:

  1. Salam acik...

    Subhanallah...td akak bc entry lana...betapa setiap kejadian yg menimpa kita,pasti ada hikmahnya...alangkah bagusnya kita dpt kembali kepada Allah atas setiap sesuatu yg berlaku....beruntunglah bg mereka y mahu berfikir.....Allah telah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan...beruntunglah bg yg mensucikannya...rugilah bg yg mengotori....subhanallah....tq acik

    BalasPadam
  2. dulu selalu buat , tak nak nampak orang dengan jelas...hehehe
    nak2 , bila keluar kat tempat ramai orang , so better tak pakai , tapi make sure kena ada kawan kat sebelah...sebab nak cari toilet pun susah kalau dah rabun ni..hoho

    BalasPadam
  3. erm... tak tahu lah acik, mama pun pening bila berada dikalangan mereka... kena pakai cermin mata gelap..

    BalasPadam
  4. hehe, mata tu paling senang dapat dosa :D

    BalasPadam
  5. Itu antara kelebihan orang rabun ni...hehehe

    BalasPadam
  6. Fiza pun rabun.. pakai lens bila keluar..x suke spek..

    BalasPadam
  7. hargailah nikmat Allah..jangan sampai ditarik semua baru nak menyesal...peringatan utk diri sendiri juga..:)

    BalasPadam
  8. betul jugak tu, zaza pun rabun, bersyukurlah dgn nikmat ALLAH beri, tkasih acik share entri ini :)

    BalasPadam
  9. Bersyukurlah dgn apa yg dikurniakan.. Nice sharing Acik.
    p/s: bila org2 nk jadikan trend, spek yg mcm kt gmbr atas tu agaknya ye heheee B)

    BalasPadam
  10. terima kasih dengan peringatan ini...mata adalah nikmat

    Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

    BalasPadam
  11. pro n contra..tak ramai yang berfikiran positfi begini..hu3..disebalik semua hikmah ini

    BalasPadam
  12. aha..btul acik...itulah hikmahnya bila rabun ni, dapat elak perkara seperti itu. Mungkin ada lagi hikmah bermata rabun ni...cuma kita je belum tau~ btw msti bertambah macho bro acik bila pakai spek..ce upload gambar skit huhu~nice share bro

    BalasPadam
  13. Allah tahu yg terbaik untuk kita... :)

    BalasPadam
  14. kelebihan org bercermin mata . blh buka klu ada pandangan yg menambah dosa ...

    BalasPadam
  15. bintang pun rabun juga. tiap kali nampak org kiri kanan dedah aurat sana sini, terus buka cermin mata.. peningg tgk. hehe. :)

    BalasPadam
  16. Hikmah hanya dapat bagi mereka yang mensyukuri nikmat dari Ilahi. Jangan sampai langgar tiang dah le...hehe

    BalasPadam
  17. yer...bersyukur dengan pancaindera yang di kurniakan Allah....

    BalasPadam
  18. semua yang terjadi memang ada hikmah cuma kita ja tak tahu,..

    BalasPadam
  19. betul tu acik.. betapa sebenarnya Allah amat menyayangi kita.. ada saja hikmah di atas setiap ketentuan-Nya..

    BalasPadam
  20. rupanya aq masih lagi berutng...

    BalasPadam
  21. rajin sgt membaca tu sampi rabun,
    kene jaga elok2 ler mata pasni,
    takut makin kuat rabun tu.
    welkome to the club.
    hehe.

    BalasPadam
  22. Acik punya rabun jauh tu berapa power cermin matanya? Hurrmmm.. Memang ada hikmah bila mata rabun ni. Aku pun rabun jauh jugak, cuma masa bersukan je tak pakai cermin mata. Sayangnya, masa berjoging tu lah waktu yang paling best untuk cuci mata kat taman.

    BalasPadam
  23. Bagus Acikk berfikiran mcm tu.. saya pun kdg2 fikir mcm tu jika ada kekurangan sesuatu..pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  24. Bagi yang matanya masih terjaga baik, hargailah.

    BalasPadam
  25. ape pun bersyukur dgn ape yg ada =) ape yg berlaku mmg Allah dah bg hikmah..yg pntg xdown..

    BalasPadam
  26. hehehehe...betul jugak tu bro....tapi kalau kes "jaga mata" camni terpandang sekali tanpa berkelip mata takpe... :P ikut kata org dulu2 la camtu....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails