Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika Dia Bukan Lagi Jodoh Kita


dia bukan jodoh kita

Assalamualaikum

Selamat bekerja kepada semua, pastikan hari ini hari yang indah buatmu dan marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hari ini acik mahu kongsikan sedikit tentang jodoh dan cinta, kepada blogger yang dah berkawin dan otai silalah faham ,jangan meluat pula entri seperti ini. Entri ini khas untuk kaum remaja atau sewaktu dengannya yang kecewa dengan cinta. Acik ini mengembalikan cinta yang semakin di bawa kegairahan kehidupan mereka. Putus cinta memang sangat perih dan sedih apabila orang yang kita sayangi itu bukan lagi milik kita.

Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain,hanya membuat rasa sakit dan pedih.Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak dapat selamanya bersama.Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala. Segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya,dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaranNya. Bahawa DIA tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya, mana yang terbaik untuk makhluk-maklukNya.Jangan pernah anggap putus cinta dan tak dapat bersama dengan yang kita harapkan sebagai hukuman atau ALLAH itu tidak adil.Percayalah, ada Rahsia di balik Rahsia.Di balik semua peristiwa pasti ada hikmah nya

ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman

Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)..Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka, Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.(S. Al Anfal: 63)

Untuk kaum wanita 

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)

untuk kaum adam 

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.

kesakitan yg kita alami akan menjadikan kita orang yang lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab lepas itu kita lebih menghargai cinta dan banyak pengajaran.Acik cakap berdasarkan pengalaman juga.

Catat Ulasan

39 Ulasan

sitirohaida berkata…
Allah merancanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita,perlu bersangka baik pada ketentuannya..
Unknown berkata…
dalam idup aq sampai sekarang dye sorang yang aku cinta..
meskipun aku tahu dye bukan milik aq.. tapi aq harap dye bahagia. Sakit hati sebab lidah aq kelu nak kata yang aq suka kat dye.. bodoh ke banggang mungkin dye bukan jodoh tuk aq..tapi arg apew aq mengarut ni hahaha..
soey acik terlalu emo lak hari ni..mood sedey
Unknown berkata…
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
mengapa ditakdirkan kita tak ada jodoh dengan dia juga ada hikmahnya..
bersangka baik dengan Allah SWT kerana dia yg Maha Mengetahui

sakit putus cinta tu perkara biasa... hee :)
Asha Lya berkata…
Jodoh semua ketentuan Allah S.W.T...
Jangan salahkan takdir.Ada hikmah di sebalik kejadian
Insyallah
Unknown berkata…
pengalaman putus cinta dulu mmg membuatkan sy menjadi seorang yang hati kering.

silapnya dulu bila bercinta bagai nak mati..

kesannya , kekasih (calon bakal suami) yg menanggung..

hmm.. x penat berdoa agar Allah lembutkan hati ni agar lebih bertoleransi dan terbuka.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan? dan setiap perancangan Allah tu ada baiknya buat kita yang kadang2 kita tak nampak dengan mata kasar...
nOe suhaimi berkata…
setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...dan ianya menjadikan kita insan yang lebih kuat dan lebih matang...
Mizz Aiza berkata…
akak setuju sangat dengan entri acik.. yang penting redha di atas segala ketentuan Allah.. pasti ada hikmah-Nya si dia tidak terus bersama kita..
Lina berkata…
cinta pada manusia semata-mata, cinta pada Allah cinta yang hakiki..

jika dia bukan jodoh kita anggab pasti sesuatu tersirat, jodoh itu ketentuan Allah .. terima dgn redha.. sakit memang sakit.. mengadu pada Dia..

:)
Unknown berkata…
tiada istilah sedih kalau putus cinta.
cinta boleh dicari dan diganti.
cuma jgn putus bila sudah bekerluarga :)
Shahrul Yusof berkata…
Kita mungkin boleh memaafkan, tetapi belum tentu kita boleh melupakan. Terutamanya yang melibatkan hal-hal percintaan ni.

Tapi kan, berdasarkan pengalaman aku, perempuan ni akan datang kat lelaki kalau time lelaki tu tak ambik port tentang dia. Kalau lelaki tu terlampau tumpukan perhatian dia, dia akan cepat rasa bosan.

Senang cerita, hati perempuan ni dekatkan dengan kita umpama main layang-layang. Jangan lepaskan tali terlalu banyak, nanti dia terjatuh. Jangan tarik terlalu kuat nanti talinya terputus. Lebih kurang macam tu la.

Err.. Betul ke analogi layang-layang dan hati wanita yang aku guna ni?
Addasyuhadadisini berkata…
in shaa allah..jodoh itu rahsia Allah..itu yang saya selalu pegang..baik buruk pun dia..satu hari nanti tetap akan menjadi pelengkap kekurangan dan kelebihan diri masing2..doa dan tawakal.. :))
adarain berkata…
Thanks for sharing, jodoh ketentuan ALLAH. Insya ALLAH ada hikmah di sebalik semua ini.

dari:
akubahrain.com
Vee berkata…
=) Tak tau nak ckp apa. Hati tak sembuh lg. Tp memang btl, kehidupan kita memang ditentukan Dia dan disebalik setiap kekecewaan, ada kebahagiaan. And.. Yeahh..
Story Nadya berkata…
Betul la acik. Allah pinjamkan sekejap perasaan cinta itu untuk kita cinta kepada seseorang. Bersyukurlah dengan ape yg Allah beri.
Khir Khalid berkata…
Jodoh pertemuan, ajal maut.. semua ditangannya.. mmg pedih kalau putus cinta, nk mengubat pun mudah kati dari jiwa yg menanggung.. mmg itulah salah satu ujian buat insan.. Yg terbaik hanya dari Allah jua.. Thanks sharing Acik :)
Unknown berkata…
betul2,adalh tu sbb nyer kite gagal.xkan semua yg kite nk mesti dpt kannn...:)
Unknown berkata…
jodoh ada , yang penting pandai menjaga :)
norhasnizakhalid berkata…
setiap yang berlaku ada hikmahnya, maka baik perempuan atau lelaki harus belajar terima ketentuan Allah..
Unknown berkata…
itulah dinamakan ketentuan ilahi kan dik....buat apa nak mengeluh...menangis apatah lagi merana....cinta memang menyakitkan andai jalannya hanya bertuankan nafsu semata-mata.....bersabar dengan setiap apa yang telah dijanjikan...percaya kepada Qada & Qadar Allah.....hanya DIA yang maha mengetahuinya.....berpisah itu bermakna berakhirlah rasa cinta dan sayang...
Unknown berkata…
Semoga dia berbahagia dengan pasangan hidupnya kini.. anggap hubungan dulu sebagai pengalaman dan pengajaran dlm hidup..
Unknown berkata…
perhubungan yg lalu mematangkan diri kita
moga masing2 menemui cinta sjati
bahagia di dunia n akhirat
Unknown berkata…
moga...dipertemukan jodoh yang baik...amin
Chot berkata…
Tq acik utk entry ini. Dia tahu yg terbaik utk hambanya. Dia juga tahu masa yg trbaik utk jodoh kita... Moga cinta yg hadir juga mendekatkn kita kpdNya.
Pha Is berkata…
ni mesti dah banyak pengalaman pasal cinta nih...
Tetamu Istimewa berkata…
Tak pandailah nak komen pasal jodoh ni. Yang penting yang belum bertemu jodoh ni, sentiasalah berdoa kepada Allh SWT.
Unknown berkata…
betul tu acik..pengalaman akan mematangkan kita..lagipun bagi aku jodoh ni hanya akan tiba bila kita sendiri dah betul2 bersedia..kita perlu yakin bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang :)
Tanpa Nama berkata…
betul sangat2 tu acik..
Karen Monica berkata…
betul tu acik..jika belum dipertemukan jodoh lagi, maksudnya kita pun diberikan masa untuk lebih memperbaiki diri :)
Teena Tna berkata…
Jodoh itu rahsia Allah, andai sudah jodoh kita dengan si dia, insya Allah akan bertemu juga. Tapi siapa kah jodoh saya? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Still searching & prepare myself.
Unknown berkata…
terima kasih Acik sbb terbitkan entri tajuk ni.. Kak Erin pun baru je nak sedih putus cinta.. Tak pe.. Cinta Illahi kan cinta sejati..Tak ada di dunia, di akhirat pasti ada..
Zaza Iman berkata…
setiap manusia telah ada jodoh masing2.. semoga kita ditemukan dgn jodoh yg baik..insyaallah :)
Ainim Rashihah berkata…
Nice entry. Saya suka.. jemput baca pengalaman saya ya

ainimrashihah.blogspot.com/2013/06/cinta.html
Fais-SKA berkata…
nice sharing acik =) mcm ambe xpnh pn risau psal jdoh..sbb Dia lebih mgetahui..ada rzeki utk ambe, ambe terima sebaiknya..pnh kecewa sblum ni..dan akan berjaga2 selepas ni..he3
KamilSalleh berkata…
Pengalam begini menjadikan kita lebih dewasa, percintaan yang dibina tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan, pasti ada hari sinar untuk kita.
Maria Firdz berkata…
Jdoh tu rhsia Allah..dn psgn yg Allah jadikn mmg terbaik utk kita.,.
Cik Itah berkata…
Allah knows well..:)
Unknown berkata…
apa2 pun pasti ada hikmah...mungkin jodoh kita yg sebenar nanti adalah yg lebih baik...
Tanpa Nama berkata…
Allah janjikan sesuatu untuk kita di sebalik sesuatu musibah..mungkin bertemu insan yang lebih baik...