Ticker

6/recent/ticker-posts

Terimalah Taubatku, Aku Ingin Kembali

terimalah taubatku


Assalamualaikum

Ketika waktu berdetik, tiada siapa mencari apa makna ertinya masa .Saat waktu terhenti ,segala tingkah laku kita akan berhenti selaras dengan waktu. Ketika aku berada dalam beribuan kalangan manusia, ketika itu aku merenungi segenap hidupku, apa yang aku lakukan selama ini , adakah cukup untukku bawa di ke sana nanti ?

Selalu bermain di fikiran aku, adakah aku layak bersamamu Wahai Tuhanku, ketika hati ini celaru tanpa nada sendu,ketika air mata ini mengalir tanpa hentinya, ketika mulut ini tanpa henti menyebut namamu, ketika mindaku hanya minta keampuanan atas segala tindakanku. Ya Allah aku tundukkan wajahku , aku redupkan mataku kerana ku malu padaMU ya Allah.

 Dengarlah bait-bait nyanyian yang selalu menjadi halwa teligaku, nyanyian opick bertajuk taubat 

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Catat Ulasan

29 Ulasan

Lieza Nordin berkata…
Allahurabi..smga Allah menerima kita dan sllu berada dlm redhaNya :')
Zaza Iman berkata…
semoga Allah mengampuni dan menerima taubat kita semua.. amin
Unknown berkata…
usaha, doa dan tawakal kearah kebaikan dan keinsafan..itu yg selalu fizi amalkan..mudah2an diterimaNya...^^
Unknown berkata…
Sentiasa berdoa supaya iman kita kuat untuk jauh dari kelalaian dan maksiat..amal makruf nahi mungkar..insyaAllah..:)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Berbagai persoalan bermain di minda kan acik...siapa kita...?apa yg kita mahukan...?ke mana arah tuju hidup kita di sana nanti...selalu saja kita mengejar apa yg bakal kita tinggalkan berbanding mengejar apa yg sepatutnya kita bawa....Allahuakhbar...

Selalu juga dgr lagu ni....
Fais-SKA berkata…
Tak layak rasa nk ke syurga Allah, tp xsggup pula ke neraka Allah :( taubat dan berdoa jelh supaya kita ni kembali kpd Allah dgn keredhaanNya..semoga Allah terima semua taubat hambaNya dan jauhkanlah kita dari api neraka..Amin..
khairulsyarafi berkata…
pahalaku jugak belum tentu cukup nk ke syurga firdaus kelak.. :(
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik....

kadang2 dalam kesibukan memenuhi diari kehidupan di pentas dunia,kita semakin menjarakkan diri untuk bertafakur....sendirian..tanpa gangguan keluarga...kawan...gadjet.menginsafi kekhilafan diri.

ada yang masih leka dengan segala nikmat di dunia sedangkan itu sementara je.bagaimana peranan kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa bertaubat...bertaubat...bertaubat tanpa jemu.cukupkah pahala untuk memberatkan timbangan kita nanti.subhanallah....
Mormor berkata…
ya Allah , sungguh kami hamba yg hina :'/
Unknown berkata…
Suka dgr koleksi lagu opick ni.. Memberi kesedaran dan tidak melalaikan..
Bunda_nora berkata…
senikata dan bait2 lagu ini memang syahdu dan penuh bermakna...terasa betapa kerdilnya kita disisiNya...
Mizz Aiza berkata…
terlalu banyak dosa akak.. :(
Tanpa Nama berkata…
sedih entry acik ni tapi memberi manfaat yng bagus. banyaknya dosa kak ija ni. subhanallah..
Unknown berkata…
Nice sharing.. siap ada lirik lagu lagi tu.. :-)
Tanpa Nama berkata…
sayu je bila baca...
sitirohaida berkata…
amin..moga dibuka pintu untuk kita bertaubat kepadanya...
Cik Itah berkata…
dengan segala amalan kita belum tentu kita dapat menghampiri syurgaNya...
semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan diampuni dosanya, amin..
Adilah Asari berkata…
semoga kita sentiasa dipelihara..amin..
Nurulhidayah berkata…
Sayu dan Kelu..
Ampuni kami ya Allah :(
Aku pengembara berkata…
Pintu taubat sentiasa terbuka.. Ya Allah ampuni la dosa2 silam ku :(
Unknown berkata…
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

moga2 Allah s.w.t terima taubat kita...amin
Unknown berkata…
syahdunya.....

Allah memang maha penyayang...lagi maha pengampun..
Unknown berkata…
sentap entri acik.. semoga allah terima taubat syuk jugak :)
Unknown berkata…
moga Allah menerima taubat nasuha kita
Allah sentiasa di sisi kita
dia maha mendengar permintaan kita
Ainim Rashihah berkata…
Jom sama-sama kita baik diri moga mendapat redha dan restu Ilahi
Unknown berkata…
sama2 muhasabah...
jie susanos berkata…
Kata2 yg bermafaat..
Khir Khalid berkata…
Ya Allah.. semoga kau terima taubat2 kami.. amin
Tetamu Istimewa berkata…
Kumpulan ini memang sinonim dengan lagu ketuhanan. Lirik yang mesra dan mudah menusuk jiwa.