Assalamualaikum
Alhamdulilalah
masih lagi dapat bernafas di bumi pinjaman Allah ini , mari kita
berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Ramai yang tanya
adakah solat istikarahku terjawab bahawa dia bukan jodohku
kisah benar ? Ye memang kisah benar, entahlah mungkin cara penulisan
itu seperti cerita tapi itulah apa yang hati acik rasa dan apa yang
perlu acik lalui. Terima kasi juga untuk pandangan bagi perempuan pakai baju kurung seksi ?
Terima
kasih juga kata-kata semangat, acik perlu ikhlas dan redhakannya walau
apa pun keadaannya. Semalam berkongsi kedukaan ada seorang responden
yang mungkin mempunyai rasa sedih yang sama tapi kisah yang berlainan
ingin tahu ? jom baca di bawah ini.
Assalamualaikum
acik , sedih akak baca kisah acik tetapi bertuahnya adik ramai yang
sokong dan beri semangat pada acik. Tapi tidak pada akak dik, akak
selalu keseorangan dan menjadi mangsa mainan perasaan orang . Akak
sebenarnya nak berkongsi kesedihan dik, dulukan akak pernah minta
pendapat dari adik tentang masalah akak dan alhamdulilah dik akak sudah
tinggalkan dia ,ini keputusan yang terbaik untuk akak.Untuk pengetahuan
semua yang belum mengetahui kisah akak ,sebenarnya akak pernah bercinta
dengan suami orang yang akan berkahwin lagi 5 bulan dengan si dia
menjadi isteri ke dua. Nasiblah ada adik acik dan ibu bapa yang kuatkan
hati ini untuk tinggalkan lelaki tak guna itu.
Acik
: Walaikumusalam kak ain, alhamdulilah kak kalau keputusan akak macam
gitu, tapi macam mane akak boleh yakin untuk tinggalkan lelaki tu
bukankah akak akan kawin dengan dia dalam beberapa bulan lagi ?
Kak
Ain : Mulanya dik, akak rasa inilah hidup aku dan takdir akak sebagai
seorang madu, tapi akak tak puas hati apabila dia selalu kata yang
isterinya selalu kongkong dia, suka paksa dia dan paling penting dia
kata dia tak bahagia lagi dengan isterinya. Mulanya akak simpati
dengannya dan akak sudi jadi isteri keduanya kerana akak rasa akak boleh
jadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi satu hari dik ,akak ikut dia
balik ke rumah dan akak nampak isteri dan anak-anaknya dik. Ya Allah
isteri dia cantik dan anak-anaknya ada 5 orang. Apa lagi sebenarnya yang
dia mahukan ? isteri sambut baik dengan penuh mesra bila suaminya
pulang ? Satu hari akak beranikan diri untuk berjumpa dengan isteri
abang halim untuk beritahu kisah sebenar.
Adik
tahu apa yang isteri abang halim kata ? sambil menangis dia kata
"kalaulah ini keputusan abang Halim saya terima kerana dia berhak untuk
ini , tapi kenapa perlu menipu dan memburuk saya ?
Isterinya
sungguh baik dan lembut orangnya dan anak-anak juga masih kecil , akak
buat solat istikarah untuk kuatkan hati ini seperti di sarankan oleh
acik. Alhamdulilah hati ini kuat untuk tidak bersama abang halim. Jika
dia boleh cari yang lain sedangkan isterinya yang baik dan cantik serta
boleh memburuk isterinya apatah nanti bila dengan akak pastinya dia
boleh dapatkan ke 3 dan ke 4.
Dalam
islam memang memboleh berpoligami, akak pun tidak masalah jika satu
hari nanti jika suami akak berpoligami tetapi biarlah kena dengan cara
dan jalannya. Asalkan dia benar-benar mampu dan adil , kebanyakkan
lelaki sekarang ini lebih kepada nafsu ,bila dah kawin isteri di
tinggalkan nafkah entah kemana?
Yang
selalu di tindas adalah wanita dik, akak tak mahu jadi perampas
kebahagian rumahtangga orang dik.Akak tahu saat milik kita orang lain
ambil,sangat sakit dik, sangat perit untuk di terima. Akak harap lelaki
di luar sana fikirlah secara matang untuk lakukan setiap tindakan..
adakah kamu fikir tentang isteri kamu ini ? apa dia rasa apabila kamu
memburukkannya.
Acik : ermm itulah mungkin luahan seorang wanita, acik ambil petikan ini dari laman web JAIS
Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, ramai yang suami yang bagus ini mungkin segelintir sahaja, kita bersangka baik sahaja. Apapun lelaki ada ketua dalam keluarga, jika nakhotanya tidak brtanggungjawab maka kapal akan tenggelam, jika nakhota yang baik pastikan bahtera itu akan selamat aman dan damai. Semuanya terpulang pada individu. Ada acik lihat berpoligami tetapi bahagia sehingga ke anak cucu. Pucuk pangkalnya adalah suami itu sendiri.
Jadi
fikir-fikirlah wahai kamu semua, jika memang benar dia jodohmu maka
berlaku adillah antara kamu isteri-iserimu , jangan berat sebelah sana dan
sebelah pihak lagi di tinggalkan .Dan apabila ada cerita yang tak baik
itu jangan cepat ambil dan hadam cerita itu, dengar dari kedua-dua
pihak, adil itu semesti dari semua pekara.
41 ulasan:
perkara yang paling ditakuti ramai isteri.... hidup bermadu...
kalau delima dalam membuat keputusan..sebainya dirikan solat istikarah..nescaya, Allah bukakan jalan yang mudah kepada hambanya..insyaAllah
........ :') Tetiba pulak sebak baca ni. Huhuhuhu.
Dilema la..haha
Salam acik
lelaki itu tmpt wanita bergantung tp ramai lelaki yg bersikap mengantung wanita tanpa tali...syabad pd Ain..buat keputusan yg bijak tp akak dh tgk ramai kwn yg hidup bermadu namun bahagia dimana isteri kedua yg berkerjaya blh sama2 membantu suami utk menyara anak2 dr isteri pertama yg melanjutkan pelajaran,manakala isteri pertama mengasuh anak isteri kedua yg keluar bekerja..kalau baik lelaki itu melayan wanita...maka baiklah hasilnya.....
Mendalam entri ni Acik.. sbg lelaki berkahwin lebih dari satu memang nampak mudah.. sunnah lah.. tp klu kepimpinannya tak betul, lebih mudah utk terhumban kedalam neraka.. T kasih diatas perkongsian..
Syukur alhamdulillah dia temui jalan yg sebaiknya.. mmg perit bila suami diambil org..dp rasa apa yg kakak sy rasakan..
orang yang baik pasti Allah ketemukan juga dengan orang yang biak kan ..insyallah.mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku kan
Allahurabi... smga kita mdpat pasangan y boleh mbawa kita padaNya.. kita xtau sbb kita x berada di dlm situasi mereka tapi kalau la kita berada di situ..bagaimana la agaknya..hurm.. smga wanita tu tabah!
akak pun hampir-hampir jadi isteri ke-2.. syukur mak dan adik akak jadi penyelamat.. yang semestinya Allah sebenarnya yang telah selamatkan akak.. selalunya lelaki yang dah berkahwin ni ayat mereka memang manis, jadi berhati-hatilah.. namun, tidak salah bermadu jika lelaki itu boleh berlaku adil.. jika sebelum berkahwin dengan kita pun dia dah memburukkan isteri pertama dia, mungkin 1 hari nanti dia akan burukkan kita apabila hendak berkahwin kali ke-3..
hemm.. teringat masa sebelum kahwin dulu teman pernah di offer jadi isteri ke-2, sepanjang dia ngajak kawen dia asyik bercerita keburukan isteri dia.. temanterfikir gak, kalau dah sekarang pun dia mengata isteri dia, nanti kalau kawen dgn teman dia akan buat perkara yang sama jugak.. teman cuba elakkan.. tapi berjumpa jugak dengab suami org lagi.. aishh.. apakehe'nyaa.. lama2 bosan dah nak kenal2 org.. hu2.. sehinggalah bertemu encik suami.. heee..
sebab tu jika bab poligami nih tak leh nak kata pe.. sbb kita sndiri tak tahu bgaimana kita akn diuji akn dtg... suami sy mmg agk x suka la klu kuar bab poligami, tapi sy katakan dgn jujur, jgn x suka skrg, mana mungkin Allah akan uji dgn sst yg kita tak suka tu... poligami hukum Allah, dan jangan takut dan jangan menolak... kita tak tahu apa hikmahnya... nampak didunia mmg ada sbb musabahnya, tapi hikmah sbnr disebalik poligami hnya Allah yg tahu, tapi sbnrnya sbg isteri sy akui, manisnya poligami jika ikut betul2 sunnah dan adabnya.. brpa ramai yg bhgaia poligami, tapi byk yg tak elok didedahkan sbb tu nmpk poligami ni sebaliknya...
memang betul kak .. perempuan tak boleh dengar pekara nie .. bahaya
walaikumusalam.. setuju dengan comment akak
tepat sekali...di sini perlukan peranan seorang lelaki
ermm itulah ..acik pun tumbang bersedih
insyaAllah itulah segala apa yang berlaku pasti ada hikmay yang kita tak ketahui
itulah mereka yang hadapi ,tapi kita doakan untuk kesejahteraan hidup mereka
itulah kak ,memang tak salah bermadu, lihatlah pada siapa pengemudinya.. yang penting suami itu bagaimana
Allah dah aturkan terabik :) alhamdulilah jumpa yang terbaik
setuju dengan cikgu :) terima kasih berikan pendapat yang bernas
sedih pula bila baca luahan akak tu kan.hati kak tumesti terhiris, kita dah sayang kan seseorang tapi demi menjaga kebahagian dia kita terpaksa berkorban..pengorbanan yang sangat besar
acik boleh tak kupas isu pasal "suami ada adik angkat perempuan" apa perasaan si isteri? apa pendapat kalau acik berada di tempat suami tersebut..
Kesiannya. Kenapa perlu menipu kan kalau niatnya itu baik.
kesian pada wanita itu...:'(
x tahu apa yg laki nak lagi walaupon dah dpt isteri yg sempurna...
tak salah kalau hendak berpoligami. tapi kena adil dan tak perlu memburukkan si isteri pertama. masing2 ada kelemaha. jika seorang lelaki memburukkan isterinya dan itu menyebabkan dia mencari lain, ooo..saya rasa tak sesuai dijadikan suami.
seorang suami yang baik tidak akan membuka aib isterinya dan begitu juga dengan si isteri..
Kecian btol kalau ada lelaki yg bt cmni kt wanita..bila bca je rsa pelik..kalau isteri dh cntik dan baik..ape lg yg lelaki tu nak?? spttnya kena zahirkan rasa syukur..isteri baik, anak ada dan hdup pn ok..kt luar sna rmai yg daif..tp bhgia..yg pntg bersyukurlah
saya simpati pada wanita itu. betul keputusan dia tinggalkan lelaki tu. takpe andai jodoh lambat asalkan kita tidak merana dan buat org lain merana kerana kita
Harap tidak terjadi kepada Nad. takut juga kalau merampas hak orang huhu
Pelik, adakah ini ciri-ciri lelaki yang tak tahu erti syukur? isteri baik, cantik, layan dengan mesra, bercakap pun penuh sopan, ada anak-anak, tapi kenapa isteri tu diburukkan pada wanita lain? Apa yang cuba disampaikan sebenarnya? Supaya orang bersimpati dan menerima dia? Kalau nafsu dah menguasai diri, macam ni laa jadinya. Sunnah nabi dipermainkan. Ingin berpoligami hanya kerana nafsu tapi membelakangkan agama.
Setahu ika semasa belajar dulu, dibolehkan berpoligami tu atas beberapa sebab, contohnya, isteri menderita sakit yang berpanjangan, isteri tidak boleh melahirkan zuriat (pada ika kalau setia, soal anak boleh je ambil anak angkat), dan sebagainya. Sepatutnya kita jadikan rasulullah tu sebagai contoh, apa dan kenapa berpoligami. Jangan membuta tuli je nak kahwin lebih daripada seorang. huk
Kesian dekat wanita yang teraniaya.
sedih pulak zaza baca :(
dah ditakdirkan...salam blogging
Ada sesetengah lelaki memburukkan isteri pada wanita kesukaannya demi meraih simpati.. Kononnya isteri tak jalankan tanggungjawab.. Tak baik betul lelaki macam ni..
perempuan mana yg ada bercita2 untuk jadi yg ke-2 atau selebihnya..
soal hati ni sgt rumit..
x berani komen lebih.
takut terkena diri sendiri..
Setiap jenis perhubungan sesama manusia adalah unik. Setiap penyelesaiannya perlu diselidiki terlebih dahulu. Begitu juga dalam perhubungan alam berumah tangga.
Persefahaman di antara suami isteri sangat perlu dititikberatkan, tambahan pula dalam kegawatan moral yang melanda masyarakat kita, masalah lebih mudah muncul berbanding penyelesaiannya.
salam..sue xkahwin lagi...sue xpernah rasa...:)hehe
Saya tidak mentang poligami. Tapi keputusan berpoligami ni adalah kepusan yang sangat besar untuk seorang lelaki buat. Fikir sebelum bertindak man :) hehe just my 2 dollars
kes kes poligami ni terasa sedih sangat..rasa tak sanggup..:(
tapi sy tak tentang poligami..cuma minta dijauhkan la..
idup bmadu ktntuan @ plihn?
idup bmadu ktntuan @ plihn?
Catat Ulasan