Assalamualaikum
Ya
Allah kecewa sungguh hati ini melihat sebangsa denganku dan mungkin
seagama denganku tak malu melakukan dosa dan maksiat tanpa segan silu.
Yelah sekarang nie orang melayu dah mula mengaku bukan islam lagi. Apa
nak jadi dengan remaja sekarang, Acik mohon sangat kepada ibu bapa di
luar sana memantau kelakuan anak-anak kamu semua , perlu pantau facebook
anak-anak kamu dan pasti dengan siapa dia berkawan .
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizik di dunia dan
akhirat. Maka siapa saja yang masih hidup dengan bergelimang maksiat,
hanya akan merosak kehidupannya, dan mencelakakannya di dunia dan
akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :
Pertama, diharamkan memperoleh ilmu, hal ini seperti diungkapkan Imam
Malik, yang pernah terkagum-kagum dengan kecerdasan Imam Syafi’i yang
masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap
Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah
meletakkan cahaya dalam hatimu, karena itu jangan kamu padamkan dengan
kegelapan maksiat”, ungkapnya.
Kedua, diharamkannya
mendapatkan rezeki. Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam, bersabda,
“Sesungguhnya seorang hamba diharamkan dari rezeki karena maksiat yang
ia kerjakan”. Orang-orang yang maksiat dijauhkan dari rezeki. Karena,
ada ahli maksiat mendapatkan rezeki, yang mungkin dapat banyak, tapi
ketahuilah rezeki itu, tidak akan pernah mendatangkan keberkahan dalam
hidup si ahli maksiat. Justeru rezeki yang didapati itu, semakin membuat
si ahli maksiat terperosok ke perbuatan durjana dan kekafiran.
Sebaliknya, perbuatan ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, dan
berapapun rezeki yang didapatkan itu akan mendatangkan keberkahan bagi
orang yang takwa, dan dapat mengantarkan kemuliaan disisi-Nya.
Ya
Allah berikan hidayah mereka untuk bertaubat dan selalu dekatMu. Semoga
remaja ini insaf. Akhir kata dari acik, jangan biarkan remaja kita
hanyut di bawa kepesatan moden tapi mundur dari segi sahsiah dan akhlak.
40 ulasan:
sakit hati sangat denga perlakuan couple ni..Di mana tatasusila orang melayu..buat jahat sekalipun tak perlu untuk share dosa dengan orang..nauzubillah..
Sedih melihat keadaan remaja masa kini. Dimanakah letaknya harga diri. Tidak rasa kasihankah kepada ibu bapa anda. Tidak takutkah dengan azab Allah swt... Semoga mereka diberi kesempatan utk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar...
tak malu ke, agak2 la..adoi.. :(
Kita ditegah untuk mencari keburukan orang lain di dalam masyarakat. Berbeza dengan zaman sekarang ni, kita tak nak pun mencari keburukan orang lain tapi si pelakunya pulak dengan bangga menayangkan keburukannya kepada orang lain.
Memang akhir zaman. Stress pulak aku fikirkan takut-takut masa akan datang bakal menjadi lebih teruk.
terlalu ramai yang dah berbuat sedemikian dan seolah2 bangga lagi ada, tiada secebis pun rasa malu... dan seolah2 menunjukkan pada satu malaysia...saya hebat!!! hu hu hu...sedih dengan anak bangsa...
bila rasa malu dah hilang dalam diri..macam ni la jadinya :(
astaghfirullah, moga Allah memberikan keampunan dan taubat. berbangga dengan maksiat adalah kesan dari hilangnya malu dan rasa bertuhan..
salam acik...hmm....takut la akhir zaman nie...
mcm2 jadi....:(
Adoi...dah buat dosa....memang tak malu betol...dok tayang-tayang kat facebook...agak-agaklah eh...jangan harap muka cantik je...tapi malu tak de dalam diri...geram eh....
Salam acik...
Banyak terjadi sebenarnya acik.zaman sekarang ni ibubpa masing2 bekerja jd anak2 terbiar tanpa penjagaan,sekarang ni,kalau pasangan itu keja seorg,tk dpt nk menampung keperluan yg semakin tinggi kosnya acik....ini antara puncanya..kasihan si ibubapa,tiada siapa yg mahu anak mereka jd begini....
pitam membacanya....dosa...tak ingat mati....moga kita dijauhi bala sebegini....salam kenal acik,
Astagfirullah..moga mereka bertaubat...
apa la..tak malu ke kalau mak ayah dia tengok ni
Sedih & sakit hati bila org kita buat perkara mcm ni.. mmg x patut.. inilah satu punca yg buat bangsa2 lain hilang hormat kpd agama & budaya kita.. teruk betul..
hm.. kalau dh khwin post cmtu tak pe lah :P
Inilah yg dikatakan akhir zaman....budak2 sekarang makin berani dan seakan tiada perasaan malu dalam diri..
Wahh kecewa tgk org gini. Sigh. Semoga pintu hati terbuka dan sedar. Huhu.
buat dosa satu hal, pulak ajak kita sekali tgk kelakuan dia...subhanaAllah...tu bukan sweet, tu bengong lahaiii... -__-'
Tak tahu nak cakap apa, speechless. Tak nak comment lebih-lebih tapi semoga mereka-mereka ini diberikan hidayah daripada Allah swt untuk berubah dan bertaubat.
Ini laa dia keburukan social medias dan alat komunikasi yang canggih kalau kita tak tahu guna dengan betul.
ini apa punya bengong dah la tak senonoh tak tahu malu pulak tu
Setuju dengan statement Khir Khalid. Macam mana la bangsa lain nak hormat kita kalau akhlak kita sendiri hancur...
sedih bila melihat remaja kita jadi begini.. ruginya, zaman remaja hanya sekali je dalam hidup kita.. semoga mereka semua diberikan hidayah oleh Allah untuk insaf..
ini budak mmg tarak otak,
pandai buat pandai tanggung ler budak,
dah tgk gmbr ni kt fb, tapi sy x share sbb tkut mkin byk kemungkaran... kita tahu diorg salah, tapi adakah gmbr ni diorg sndiri yg siarkan... nauzubillah... apa2 pun doakan moga Allah berikan hidayah kepada anak2 ini... tak mmpu nak sbrkn hal begini, sbb sy sndri ada anak dan tak tahu masa depan anak sy dan bgaimana Allah nak uji sy dgn anak itu...
budak baru nak naik gitu lah. pendek sungguh pemikiran mereka. bangga sgt dengan hal mcm tuh. tp tak tahu yg zaman sekarang ni zaman org printscreen dan share di media sosial. xpasal2 malu sendiri. haihhh macam-macam. tak serik2. diorang langsung tak jadikan panduan isu-isu sebelum ni.
haiii budak2 nie...tidak fikir langsung tentang masa depan terutama yang perempuan tue..perjalanan masih jauh kot..
masyaallah budak budak zaman skrg.... speechless
sedihnye melihat mereka yg mcm ni
moga dpt hidayah driNya
tak th aper motif dorg wat sume mende nie.. publisiti murahan kot..
malu dengan sikap segelintir anak muda yang dah tak tahu malu..... kecewa dengan sikap mereka yang tidak mementingkan maruah diri.. sekarang syok lah, besok dah tua... baru ingat...
manusia suka menunjuk. tu puncanya :(
Saya pun terkejut juga tengok gambar tu. :(
Amin..hmm smoga mereka diberi hidayah oleh Allah..tak pasal2 dah beranak pinak dosa tu..nauzubillah..
hurm..apalah nak jadi dengan budak budak sekarang. terlalu megah dengan dosa yg dorang buat. moga kita sekeluarga disishkan dari perkara yang dimurkai allah swt.
ya Allah,, bukalah pintu hati mereka untuk bertaubat.. lembutkanlah hati mereka untuk bertaubat.. janganlah kau hitamkan hati mereka ya Allah.. ketemukan mereka dengan hamba-MU yang mampu membimbing mereka ke jalan yang benar dan jalan yg lurus... berilah mereka peluang ya Allah.. sesungguhnya mereka tak tahu.. sesungguhnya mereka dalam kejahilan.. ampuni dosa mereka.. amin~
moga mereka di beri hidayah agar berubah...
buat malu ja la ...urmm
dunia tanpa sempadan..malu pun tanpa sempadan..
selagi ramai yg 'mengalakan' perlakuan mereka..selagu itu juga mereka x malu untuk berkelakuan rurang sopan
Kalau tinggi pengetahuan agama, kalau takut kepada azab Allah..kalau sayangkan ibu bapa, mereka tak akan buat benda jijik macam ni..Ya Allah jauhi anakku kelak dari perbuatan terkutuk macam ni..
Huhhh..bangge btl bdk ni smpi leh siarkan kat fb..e pon semoge mereka diberikan hidayah.sesungguhnye hidayahNYA diberikan kpd sesape yg dikehendaki
Catat Ulasan