Ticker

6/recent/ticker-posts

Remaja Bangga Siarkan Gambar Mesra Bersama Kekasih Di Facebook



Assalamualaikum

Ya Allah kecewa sungguh hati ini melihat sebangsa denganku dan mungkin seagama denganku tak malu melakukan dosa dan maksiat tanpa segan silu. Yelah sekarang nie orang melayu dah mula mengaku bukan islam lagi.  Apa nak jadi dengan remaja sekarang, Acik mohon sangat kepada ibu bapa di luar sana memantau kelakuan anak-anak kamu semua , perlu pantau facebook anak-anak kamu dan pasti dengan siapa dia berkawan . 

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizik di dunia dan akhirat. Maka siapa saja yang masih hidup dengan bergelimang maksiat, hanya akan merosak kehidupannya, dan mencelakakannya di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :

Pertama, diharamkan memperoleh ilmu, hal ini seperti diungkapkan Imam Malik, yang pernah terkagum-kagum dengan kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, karena itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”, ungkapnya.
 
Kedua, diharamkannya mendapatkan rezeki. Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam, bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan dari rezeki karena maksiat yang ia kerjakan”. Orang-orang yang maksiat dijauhkan dari rezeki. Karena, ada ahli maksiat mendapatkan rezeki, yang mungkin dapat banyak, tapi ketahuilah rezeki itu, tidak akan pernah mendatangkan keberkahan dalam hidup si ahli maksiat. Justeru rezeki yang didapati itu, semakin membuat si ahli maksiat terperosok ke perbuatan durjana dan kekafiran. Sebaliknya, perbuatan ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, dan berapapun rezeki yang didapatkan itu akan mendatangkan keberkahan bagi orang yang takwa, dan dapat mengantarkan kemuliaan disisi-Nya.

Ya Allah berikan hidayah mereka untuk bertaubat dan selalu dekatMu. Semoga remaja ini insaf. Akhir kata dari acik, jangan biarkan remaja kita hanyut di bawa kepesatan moden tapi mundur dari segi sahsiah dan akhlak. 

Catat Ulasan

39 Ulasan

sitirohaida berkata…
sakit hati sangat denga perlakuan couple ni..Di mana tatasusila orang melayu..buat jahat sekalipun tak perlu untuk share dosa dengan orang..nauzubillah..
BinMuhammad berkata…
Sedih melihat keadaan remaja masa kini. Dimanakah letaknya harga diri. Tidak rasa kasihankah kepada ibu bapa anda. Tidak takutkah dengan azab Allah swt... Semoga mereka diberi kesempatan utk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar...
Unknown berkata…
tak malu ke, agak2 la..adoi.. :(
Shahrul Yusof berkata…
Kita ditegah untuk mencari keburukan orang lain di dalam masyarakat. Berbeza dengan zaman sekarang ni, kita tak nak pun mencari keburukan orang lain tapi si pelakunya pulak dengan bangga menayangkan keburukannya kepada orang lain.

Memang akhir zaman. Stress pulak aku fikirkan takut-takut masa akan datang bakal menjadi lebih teruk.
terlalu ramai yang dah berbuat sedemikian dan seolah2 bangga lagi ada, tiada secebis pun rasa malu... dan seolah2 menunjukkan pada satu malaysia...saya hebat!!! hu hu hu...sedih dengan anak bangsa...
Unknown berkata…
bila rasa malu dah hilang dalam diri..macam ni la jadinya :(
Unknown berkata…
astaghfirullah, moga Allah memberikan keampunan dan taubat. berbangga dengan maksiat adalah kesan dari hilangnya malu dan rasa bertuhan..
Unknown berkata…
salam acik...hmm....takut la akhir zaman nie...
mcm2 jadi....:(
Unknown berkata…
Adoi...dah buat dosa....memang tak malu betol...dok tayang-tayang kat facebook...agak-agaklah eh...jangan harap muka cantik je...tapi malu tak de dalam diri...geram eh....
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Banyak terjadi sebenarnya acik.zaman sekarang ni ibubpa masing2 bekerja jd anak2 terbiar tanpa penjagaan,sekarang ni,kalau pasangan itu keja seorg,tk dpt nk menampung keperluan yg semakin tinggi kosnya acik....ini antara puncanya..kasihan si ibubapa,tiada siapa yg mahu anak mereka jd begini....
pitam membacanya....dosa...tak ingat mati....moga kita dijauhi bala sebegini....salam kenal acik,
ayuzan berkata…
Astagfirullah..moga mereka bertaubat...
kuchalana berkata…
apa la..tak malu ke kalau mak ayah dia tengok ni
Khir Khalid berkata…
Sedih & sakit hati bila org kita buat perkara mcm ni.. mmg x patut.. inilah satu punca yg buat bangsa2 lain hilang hormat kpd agama & budaya kita.. teruk betul..
licha berkata…
hm.. kalau dh khwin post cmtu tak pe lah :P
Vee berkata…
Wahh kecewa tgk org gini. Sigh. Semoga pintu hati terbuka dan sedar. Huhu.
Sally Samsaiman berkata…
buat dosa satu hal, pulak ajak kita sekali tgk kelakuan dia...subhanaAllah...tu bukan sweet, tu bengong lahaiii... -__-'
Affy Afiqah berkata…
Tak tahu nak cakap apa, speechless. Tak nak comment lebih-lebih tapi semoga mereka-mereka ini diberikan hidayah daripada Allah swt untuk berubah dan bertaubat.

Ini laa dia keburukan social medias dan alat komunikasi yang canggih kalau kita tak tahu guna dengan betul.
onlajer berkata…
ini apa punya bengong dah la tak senonoh tak tahu malu pulak tu
Aku pengembara berkata…
Setuju dengan statement Khir Khalid. Macam mana la bangsa lain nak hormat kita kalau akhlak kita sendiri hancur...
Mizz Aiza berkata…
sedih bila melihat remaja kita jadi begini.. ruginya, zaman remaja hanya sekali je dalam hidup kita.. semoga mereka semua diberikan hidayah oleh Allah untuk insaf..
Unknown berkata…
ini budak mmg tarak otak,
pandai buat pandai tanggung ler budak,
Maria Firdz berkata…
dah tgk gmbr ni kt fb, tapi sy x share sbb tkut mkin byk kemungkaran... kita tahu diorg salah, tapi adakah gmbr ni diorg sndiri yg siarkan... nauzubillah... apa2 pun doakan moga Allah berikan hidayah kepada anak2 ini... tak mmpu nak sbrkn hal begini, sbb sy sndri ada anak dan tak tahu masa depan anak sy dan bgaimana Allah nak uji sy dgn anak itu...
jaakechik berkata…
budak baru nak naik gitu lah. pendek sungguh pemikiran mereka. bangga sgt dengan hal mcm tuh. tp tak tahu yg zaman sekarang ni zaman org printscreen dan share di media sosial. xpasal2 malu sendiri. haihhh macam-macam. tak serik2. diorang langsung tak jadikan panduan isu-isu sebelum ni.
shazillahsani.com berkata…
haiii budak2 nie...tidak fikir langsung tentang masa depan terutama yang perempuan tue..perjalanan masih jauh kot..
bicara mak dara berkata…
masyaallah budak budak zaman skrg.... speechless
Unknown berkata…
sedihnye melihat mereka yg mcm ni
moga dpt hidayah driNya
Fiza Aizzawa berkata…
tak th aper motif dorg wat sume mende nie.. publisiti murahan kot..
norhasnizakhalid berkata…
malu dengan sikap segelintir anak muda yang dah tak tahu malu..... kecewa dengan sikap mereka yang tidak mementingkan maruah diri.. sekarang syok lah, besok dah tua... baru ingat...
Unknown berkata…
manusia suka menunjuk. tu puncanya :(
Dzureen Darwis berkata…
Saya pun terkejut juga tengok gambar tu. :(
Fais-SKA berkata…
Amin..hmm smoga mereka diberi hidayah oleh Allah..tak pasal2 dah beranak pinak dosa tu..nauzubillah..
Tanpa Nama berkata…
hurm..apalah nak jadi dengan budak budak sekarang. terlalu megah dengan dosa yg dorang buat. moga kita sekeluarga disishkan dari perkara yang dimurkai allah swt.
Unknown berkata…
ya Allah,, bukalah pintu hati mereka untuk bertaubat.. lembutkanlah hati mereka untuk bertaubat.. janganlah kau hitamkan hati mereka ya Allah.. ketemukan mereka dengan hamba-MU yang mampu membimbing mereka ke jalan yang benar dan jalan yg lurus... berilah mereka peluang ya Allah.. sesungguhnya mereka tak tahu.. sesungguhnya mereka dalam kejahilan.. ampuni dosa mereka.. amin~
Tanpa Nama berkata…
moga mereka di beri hidayah agar berubah...
Cik Itah berkata…
buat malu ja la ...urmm
Unknown berkata…
dunia tanpa sempadan..malu pun tanpa sempadan..

selagi ramai yg 'mengalakan' perlakuan mereka..selagu itu juga mereka x malu untuk berkelakuan rurang sopan
Unknown berkata…
Kalau tinggi pengetahuan agama, kalau takut kepada azab Allah..kalau sayangkan ibu bapa, mereka tak akan buat benda jijik macam ni..Ya Allah jauhi anakku kelak dari perbuatan terkutuk macam ni..
Nurul Farhana berkata…
Huhhh..bangge btl bdk ni smpi leh siarkan kat fb..e pon semoge mereka diberikan hidayah.sesungguhnye hidayahNYA diberikan kpd sesape yg dikehendaki