perempuan menangis, kecewa

Assalamualaikum

Alhamdulilalah masih lagi dapat bernafas di bumi pinjaman Allah ini , mari kita berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Ramai yang tanya adakah solat istikarahku terjawab bahawa dia bukan jodohku kisah benar ? Ye memang kisah benar, entahlah mungkin cara penulisan itu seperti cerita tapi itulah apa yang hati acik rasa dan apa yang perlu acik lalui. Terima kasi juga untuk pandangan bagi perempuan pakai baju kurung seksi ?

Terima kasih juga kata-kata semangat, acik perlu ikhlas dan redhakannya walau apa pun keadaannya. Semalam berkongsi kedukaan ada seorang responden yang mungkin mempunyai rasa sedih yang sama tapi kisah yang berlainan ingin tahu ? jom baca di bawah ini. 

Assalamualaikum acik , sedih akak baca kisah acik tetapi bertuahnya adik ramai yang sokong dan beri semangat pada acik. Tapi tidak pada akak dik, akak selalu keseorangan dan menjadi mangsa mainan perasaan orang . Akak sebenarnya nak berkongsi kesedihan dik, dulukan akak pernah minta pendapat dari adik tentang masalah akak dan alhamdulilah dik akak sudah tinggalkan dia ,ini keputusan yang terbaik untuk akak.Untuk pengetahuan semua yang belum mengetahui kisah akak ,sebenarnya akak pernah bercinta dengan suami orang yang akan berkahwin lagi 5 bulan dengan si dia menjadi isteri ke dua. Nasiblah ada adik acik dan ibu bapa yang kuatkan hati ini untuk tinggalkan lelaki tak guna itu.

Acik : Walaikumusalam kak ain, alhamdulilah kak kalau keputusan akak macam gitu, tapi macam mane akak boleh yakin untuk tinggalkan lelaki tu bukankah akak akan kawin dengan dia dalam beberapa bulan lagi ? 

Kak Ain : Mulanya dik, akak rasa inilah hidup aku dan takdir akak sebagai seorang madu, tapi akak tak puas hati apabila dia selalu kata yang isterinya selalu kongkong dia, suka paksa dia dan paling penting dia kata dia tak bahagia lagi dengan isterinya. Mulanya akak simpati dengannya dan akak sudi jadi isteri keduanya kerana akak rasa akak boleh jadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi satu hari dik ,akak ikut dia balik ke rumah dan akak nampak isteri dan anak-anaknya dik. Ya Allah isteri dia cantik dan anak-anaknya ada 5 orang. Apa lagi sebenarnya yang dia mahukan ? isteri sambut baik dengan penuh mesra bila suaminya pulang ? Satu hari akak beranikan diri untuk berjumpa dengan isteri abang halim untuk beritahu kisah sebenar. 

Adik tahu apa yang isteri abang halim kata ? sambil menangis dia kata "kalaulah ini keputusan abang Halim saya terima kerana dia berhak untuk ini , tapi kenapa perlu menipu dan memburuk saya ? 

Isterinya sungguh baik dan lembut orangnya dan anak-anak juga masih kecil , akak buat solat istikarah untuk kuatkan hati ini seperti di sarankan oleh acik. Alhamdulilah hati ini kuat untuk tidak bersama abang halim. Jika dia boleh cari yang lain sedangkan isterinya yang baik dan cantik serta boleh memburuk isterinya apatah nanti bila dengan akak pastinya dia boleh dapatkan ke 3 dan ke 4.

Dalam islam memang memboleh berpoligami, akak pun tidak masalah jika satu hari nanti jika suami akak berpoligami tetapi biarlah kena dengan cara dan jalannya. Asalkan dia benar-benar mampu dan adil , kebanyakkan lelaki sekarang ini lebih kepada nafsu ,bila dah kawin isteri di tinggalkan nafkah entah kemana? 

Yang selalu di tindas adalah wanita dik, akak tak mahu jadi perampas kebahagian rumahtangga orang dik.Akak tahu saat milik kita orang lain ambil,sangat sakit dik, sangat perit untuk di terima. Akak harap lelaki di luar sana fikirlah secara matang untuk lakukan setiap tindakan.. adakah kamu fikir tentang isteri kamu ini ? apa dia rasa apabila kamu memburukkannya.

Acik : ermm itulah mungkin luahan seorang wanita, acik ambil petikan ini dari laman web JAIS

Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
 
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
 
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
 
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
 
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.


Bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, ramai yang suami yang bagus ini mungkin segelintir sahaja, kita bersangka baik sahaja. Apapun lelaki ada ketua dalam keluarga, jika nakhotanya tidak brtanggungjawab maka kapal akan tenggelam, jika nakhota yang baik pastikan bahtera itu akan selamat aman dan damai. Semuanya terpulang pada individu. Ada acik lihat berpoligami tetapi bahagia sehingga ke anak cucu. Pucuk pangkalnya adalah suami itu sendiri.

Jadi fikir-fikirlah wahai kamu semua, jika memang benar dia jodohmu maka berlaku adillah antara kamu isteri-iserimu , jangan berat sebelah sana dan sebelah pihak lagi di tinggalkan .Dan apabila ada cerita yang tak baik itu jangan cepat ambil dan hadam cerita itu, dengar dari kedua-dua pihak, adil itu semesti dari semua pekara.