Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Terbaik Bagi Perempuan Mengelak Godaan Lelaki ?


Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kembali menaip di blog setelah siap media law. Hampir 2 malam tak tidur untuk siapkan semua tugasan, maka hari ini acik mahu rehat sepuasnya.  Keadaan abah sekarang ini masih lagi berada di hospital dan acik akan terus mendokan kesejahteraanya.

Hari ini acik di tanyakan oleh seorang pembaca blog acik ini, soalannya berbunyi " Acik bagaimana mahu mengelakkan nafsu dan mengelak godaan seorang lelaki ? 

Tanpa melengahkan masa lagi , acik bagitahu serba sedikit khas untuk kaum hawa yang acik hormati semua. Coretan khas etika untuk setiap Muslimah. Semoga berazam untuk lebih tegas & beriltizam dengan etika ini.

 Pertama sekali ingat dan berpegang kepada prinsip. Fikirkan masa depan yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah Ta’ala.

Kedua apabila gangguan lelaki membuatkan si dia asyik bermain di fikiran? Segeralah beristighfar & berzikir. Bacalah Al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah Ta’ala tidak sirna.

Ketiga apabila si dia sering menelefon ? Kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tidak faham Islam, mereka akan rasa terhina & sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah Ta’ala, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan kamu perlu cukup bertegas dalam hal ini agar dia tidak akan berhubungan di luar batas. Pastikan sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar dia tidak terjerat dengan cinta & pastikan ia adalah perbualan yang pertama & terakhir. Ingatlah, Allah Ta’ala tidak akan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba kau sampaikan akan terhijab & sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai orang yang rosak peribadinya, mati hatinya. Bangkitlah untuk menjadi Mujahadah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.
 

Keempat apabila dia ajak keluar? Tolak dengan baik & bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yang betul-betul penting.

Kelima apabila dia kerap sangat menelefon ? Bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tidak kena dengan syariat. Bagi kefahaman & hujah bukannya bertegas tidak bertempat. Nanti disalah tafsir.Kerana jika selalu telefon di takutkan pihak yang ketiga (syaitan) akan menjadi pembakar semangat permulaan cinta.

Keenam apabila di tanya adakah diriku sudah berpunya? Berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah Ta’ala semata-mata pada usia ini & akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah Ta’ala untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.

Ketujuh apabila tidak disangka-sangka dia datang menemui? Cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya!

Mungkin di fikiran kamu semua ,mampukah seorang wanita buat seperti itu di alam moden ini ? yakinlah pada Allah, jodoh Allah tetapkan untuk kita ,kita jaga diri ini untuk diri kita dan maruah keluarga. Jadilah wanita yang mahal dan susah untuk di miliki dan pastikan niatnya kerana Allah. Maka Allah juga akan melindungi kamu wahai kaum hawa yang ku hormati sekalian.
Jangan biarkan nafsu mengangkat panji kemenangan. Jangan biarkan kamu terus tunduk, lemah, takut, dipukul & akhirnya mengalah. Akal mesti mengatasi nafsu!”







Catat Ulasan

30 Ulasan

Ninja Anggun (NA) berkata…
mudah dilaksanakan andai hati teguh untuk menolak larangan Allah s.w.t..

La Taqrabu Zina.

Jangan menghampiri zina. Allah suruh kita bukan setakat jangan berzina, tapi JANGAN MENDEKATINYA juga.
Khir Khalid berkata…
Semoga kita semua baik lelaki mahupun wanita sentiasa terhindar drp dosa zina.. amin..
Unknown berkata…
terbaik.dik...makseh atas perkongsiannya :)
norhasnizakhalid berkata…
mama setuju dengan semua saranan acik, apapun kita berserah dan sentiasa memohon doa pada Nya..
budakbandunglaici berkata…
paling penting kena jaga diri elok2. mintak jauh dari semua tu. done isi tabung nuf acik

recent post : Terima Kasih SAYS.MY : 4 Tiket Ke$ha Warrior Tour Percuma
Mizz Aiza berkata…
terima kasih acik..
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum acik..

Tips yg sgt baik ni acik..boleh..memang kami blh lakukannya dgn tegas tp lembut....in sya Allah..tpkan acik,kerana ketegasan dn kelembutan tu la yg buat org lelaki susah nak lupakan acik..?lg la diorg suka kat kita...kalau kita gedik tu...diorg akan suka kita kejap je....
Unknown berkata…
Harap2 ramai le amik note ni..
Harap tiada lg kes yang buruk2 blaku.
Tanpa Nama berkata…
tips yang sangat membantu..apapun kita kena ingat,jika berbuat baik balsannya pahala,jika buruk,dosalah jawabnya..
shamyheart berkata…
Wah, tips terbaik ni Acik!
Semoga abah cepat sembuh
nora razalli berkata…
yg ke enam tu kdg2 laki sush nk terima
kalau kita xjwb pertanyaan dia sure dia dah tak mesra macam dlu or dah tanak dah kawan :)
Blog Santai berkata…
Dugaan Dunia..semoga dikuatkan iman..
Tanpa Nama berkata…
tepuk dada tanya akal dan iman ...
Zaza Iman berkata…
thanks acik..insyaallah :) dan semoga ayah acik cepat sembuh.. mudah2an.. amin :)
Unknown berkata…
woahh hebat lah kata2 acik..hehe..

inshaAllah jaga adab agar tak tersasar..=)
Ainim Rashihah berkata…
terima kasih Acik. Sangat berguna untuk saya sebagai seorang muslimah
Unknown berkata…
btul tu Acik.. sbg wanita muslimah kita kene jaga pandangan mata kita.. bila berjalan tu digalakkan menundukkan pandangan.. pakaian pun biar sopan.. insyaAllah si lelaki tu akan malu sendiri untk mendekati kita... tp kalau ada lelaki yg dekat jugak, mesti jual mahal.. tp jgn sombong atau berlagak.. manis tp tegas.. insyaAllah , hanya lelaki yg benar2 serius saja akan berani mendekati kita dgn cara yg paling kita selesa.. who knows.. terus masuk meminang mungkin.. :) thanks Acik..
Tanpa Nama berkata…
semoga kuat untuk mengelaknya
fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi... Sangat memberikan kesedaran kepada diri Abak...
Fais-SKA berkata…
betol tu..cubalah tahan dulu..kalau dia betol sukakn kita..suruhlah dia msuk meminang..indah bercinta lepas kawen ni..smuanya manis2 belaka..smoga Allah jgalah batas pergaulan yg bertnya tu
Cik Itah berkata…
setuju dengan semua tips acik..insyAllah jika betul+ mencuba kita bole bertahan sehingga la jodoh itu datang :)
Aku pengembara berkata…
Perkongsian menarik.. Berguna untuk wanita2 diluar sana...
Unknown berkata…
salam bro, bagaimana kita nak aplikasikan pada couple zaman sekarang..yang lebih mementingkan dunia dari memahami konsep percintaan dalam islam..
Unknown berkata…
Nice sharing Acik.. :-)
Shahrul Yusof berkata…
Sukar sebenarnya menjaga adab di dalam hubungan sesama bukan mahram di zaman sekarang ni. Tapi nak buat dosa tu senang la pulak. Moga kita dijauhkan dari godaan syaitan dalam menjalani kehidupan seharian.
Unknown berkata…
Namun perempuan mudah cair.. susah utk mengelak..melainkan ada hati yg keras..
Maria Firdz berkata…
tips yg berguna.. apa2 pun kna isi hati dgn cinta kpd Allah.. bru dpt tgkis dgn jayanya...
Unknown berkata…
Itu tuk pompuan kalau lelaki plak camana lak bro?
kalau boleh aq nak elak dari terjerat jauh dalam dunia percintaan.. bukan kenapa kadang2 aq takut tuk ber'chenta' kalau tersalah mungkin ke arah maksiatan.. jadi leh kasi tips tak. Niat mmg baek tapi lelaki umpama besi kalau hati dipanaskan boleh lentur juga kan? haha
Unknown berkata…
oohh begitu..nice sharing acik
Tetamu Istimewa berkata…
Bagus juga panduan daripada sebelah pihak lelaki. Tak tahulah apa pandangan bagi pihak perempuan pula kan.