Pengikut

Selasa, 26 November 2013

5 Tahun Tinggalkan Ibu Dan Lebih Dengar Kata Isteri

perempuan kecewa, termenung

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat kita bersama di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara dengan kita. Ucapkan syukur alhamdulilah kerana kita masih lagi menikmati anugerah Allah yang terindah ini. Pagi tadi lepas subuh acik terbaca sebuah luahan seorang ibu yang di muat naik di facebook. Tak perlulah rasanya acik kongsikan statusnya tetapi ia adalah kekecewaan kepada anaknya yang lebih memilih mengikut kata isterinya dari kata ibunya sendiri dan telah 5 tahun anaknya tidak menjenguknya.

 Duhai anak janganlah sehingga kau buat ibumu menangis hanya kerana perbuatan mampu buat hatinya terluka.  Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anaknya. Mungkin sebelum ini ibu kita adalah segalanya dalam hidup kita, dialah yang memberikan kasih sayang, dialah yang menjaga kita, memenuhi keperluan kita dan kelengkapan kita. 

Di saat kita mula berganjak ke usia dewasa , kita rasa kesunyian dan kekosongan hidup, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati kamu. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di saat itu mungkin kamu ada 2 pilihan : 

Pertama kamu meneruskan perkahwinan dan megenepikan ibu bapa kamu dan menetap jauh-jauh. 
Kedua tinggalkan dia, ikut kata ibu bapa kamu  dan meratapi pemergiaan dia, gundah gelana membawa hati yang lara.

Ingat satu pekara, redha ibu bapa adalah redha Allah untuk kita. Kalau ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan kita mungkin ada sebab. Lainlah kalau ibu bapa kita tolak si dia kerana bukan sekufu ataupun kerana dia kerja biasa (itu boleh di perbincangkan lagi).


Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Ada itu setelah berkahwin terus tinggalkan keluarga, pergi dari rumah tanpa jenguk ibu bapanya.Paling teruk apabila seorang lelaki lebih mengikut kata isteri yang ke arah memustuskan silaturahim : 

"Ala abang tak payah tengok mak awak tu, dia boleh jaga dirinya sendiri" 
Ishh asyik-asyik balik rumah mak, mak bukan suka sangat saya, nanti saya juga asyik kena perli"
La kan bulan lepas dah balik , buat apa nak balik lagi ? kita kena saving bang "

Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebagai anak lelaki ibu bapa adalah tanggungjawab kita, perempuan begitu juga tetapi perempuan sudah di beri keutamaan kepada keluarganya tersendiri dahulu.

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Ye setiap orang ada masalah yang tersendiri yang kita tak ketahui , misalnya masalah dari pihak ibu bapa, dari diri kita sendiri dan mahupun pasangan kita. Maka pilihlah pasangan kita itu mengikut ciri-ciri idaman ibu bapa kita. Jadilah bijak, untuk menyelesaikan masalah. Kalau kawin lari, tak balik bertahun-tahun tengok mak dan ayah ibu bukan jalan yang terbaik. 

Share This!


31 ulasan:

baby comel berkata...

Sebagai isteri, kita tak selayaknya beri suami pilihan utk memilih mana yg patut dia pilih kerana keduanya merupakan tanggungjawab dia sbg lelaki, suami dan anak. Wanita seharusnya memahami perkara tu. Jangan jadi wanita yg zalim.

Wirda Amir berkata...

Ibumu...ibumu...ibumu....in sya Allah berbahagialah dirimu dunia dan akhirat.....org perempuan,kalau nak hidup bahagia,pastikan suami mendahulukan ibunya sendiri.....kita tak akan rugi....

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Dahsyatnya lelaki itu.

Nao Mei berkata...

isk pelik gak..lelaki kan ketua keluarga...
Dimana hak kepimpinan dia sebagai ketua keluarga...
walau bagaimana pun sayangkan isteri..tak payah lah membelakangkan ibu....syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

Adam Faiz berkata...

Betul,setuju :) Syurga itu di telapak kaki ibu,

Sylarius Yusof berkata...

Dilema jugak duduk jauh-jauh ni. Nak balik kampung jumpa parent pun dah jadi susah. Balik duduk dekat dengan parent kang, job pun susah nak dapat kat kampung. Nanti kang parent pulak yang pening terpaksa support anak yang dah besar panjang.

Cik Yaya berkata...

salam...

btul..lelaki kena lbh utamakan keluarga, perempuan pla kenalah paham.
tapi jgn terlebih suda..huhu..lelaki kena ingt fmly sdri jg

Khir Khalid berkata...

Perkara yg spt inilah yg perlu di jaga & dihindarkan.. hilang berkat doa & kasih ibu.. nauzubillah...

ika zulkefli berkata...

berdasarkan entry acik banyak kisah pengajaran yg disiarkan dlm tv, moga ini memberi manfaat buat semua spaya meghargai ibubapa..:)

Haslinda Hassan Ali berkata...

sebagai anak/suami/isteri...
kita wajib menjaga ibubapa selagi ,
kita bernyawa...
cuba kita renung-renungkan betapa beratnya
pengorbanan seorg ibu/bapa semasa kita kecil dulu..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

ramai yang sanggup menjadi si tanggang zaman moden.. dahulu ibu yang medoakan agar mereka berjaya dan mendapat kerja yang baik.. tapi bila seua dah dapat mereka boleh lupakan ibu hanya kerana seorang wanita yang baru dikenali 3-4 bulan..

fatin wawa berkata...

semoga terhindar drpd perkara seperti ini..

Mazni Munawar berkata...

sepatutnya kalau dh kawin, anak lelaki perlu lebihkan ibunya berbanding isteri. hmmm.. hargailah ibubapa kita

husna zahidi berkata...

bukan orang lelaki ni sayang maknye lebih dari segala benda ke??

kalau dah kahwin, maknanya bertambah lah bilangan ahli keluarga, jadi mereka patut ambil berat akan ahli keluargga memasing kan.. jangan sampai ada yg terluka..

veesandy berkata...

yg byk berlaku disekeliling saya , lelaki bila dah kahwin , ptgn perut isteri dan anak . lagi sedih bila isteri asik dok campurtangan bila bab yg berkaitan keluarga mertuanya ... tanggang moden !

atien zuraidah berkata...

Syurga suami di bwh telapak kaki ibu
Syurga isteri di bwh telapak kaki suami

Hanih Borhan berkata...

Salam kenal...

Harap2 bila saya b'keluarga sendiri nnt, saya tak lalai dgn tanggungjawab kat ibu ayah & dapat isteri yg memahami & taat insyaAllah amiiinnn...

Affy Afiqah berkata...

tapi ada juga suami yang melarang isterinya berjumpa dengan ibu bapa...sebenarnya case macam ni tak kira lelaki or perempuan, tak kira suami or isteri, boleh jadi kat sesiapa je yang kurang didikan agama :)

reenapple berkata...

Aku tak tahu sama ada aku pernah buat ibu aku menangis atau tak.

Raudzah Z berkata...

Sedih....Yang pasti ibu adalah segalanya....Jangan buat ibu menangis...

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum..achik,

pape pun kita sebagai anak kena ingat jasa ibu bapa, ibu bapa yg membesar dan mendidik kita menjadi insan. Ingatlah selama contohnya 25 tahun ibu bapa membesarkan dan mendidik kita. Bila dah besar dan berjaya tinggalkan ibu bapa semata2 mengejar cinta seorang "isteri" . Dimanakah jasa kita kepada ibu bapa selama bertahun2 itu yg begitu mudah kita lupakan...
Entahlah achik kekadang anak sekarang mudah lupa kan.. tak semua ada jugak yg baik dan berbakti kepada ibu bapa.
Ini adalah pengajaran buat kita semua dan mselim3 gak...
Ini kerana jika hari ini kita buat ibu bapa kita ... esok lusa anak kita buat kita... hidup ibarat roda ada masa di atas dan ada masa di bawah..

mselim3

pls: sorry achik...mselim3 komen pjg pulak...

Azlan Strider berkata...

alhamdulillah...aku tidak perlu mengharungi situasi sebegini sebab aku dah berjaya untuk menjaga ibuku sehingga hembusan nafasnya yang terakhir walaupun sepanjang hayatnya dia mintak untuk aku kawin cepat. tapi kepada yang masih ade ibu bapa jangan laa sekali kali mengabaikan mereka kerana kita tidak pernah tahu bilakah dia akan meninggalkan kita...

Regards,
-Strider-

Jamian Sarif berkata...

gunakan peluang yang ada,tak dinafikan cabaran tun memang ada.
ibu adalah segala-galanya....

zaza zehra berkata...

wujud lagi org sebegini.. harap2 suatu masa nanti dia akan sedar.. ibu..tanpa mereka siapalah diri kita..

ain diyana berkata...

kalau ibu sendiri pun mampu ditinggalkan , inikan pula isteri.

Maria Firdz berkata...

Isteri blh ditukar ganti.. ibu hny satu di dunia.. tiada pnggnti.. sbg isteri wajib fahami dan ingtkn suami ttg tgjwb suami kpd ibu bapa..

terima kasih acik join segmen sya:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen-pencarian.html

Kesuma Angsana berkata...

seburuk mana pun ibu kita, dier tetap ibu kita sampai bila2 , pernag tgk satu cerita di TV kisah macam ni lah, sambil meleleh air mata KA Ni !

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah berkata...

Naazubilahi min zalik...

Nurul Hidayah berkata...

Didikan awal dari ibubapa juga.. tidak ada harta yang paling berharga yang mampu kita tinggalkan pada anak2 kecuali didikan agama..bukan menyalahkan Ibubapa tp sebagaimana acuan begitulah lebihkurang hasilnya.. what goes around comes around..

Kathy R'bain berkata...

tepuk dada tanya iman..

Tetamu Istimewa berkata...

Sebagai lelaki, harus mengutamakan ibu. Itu bukan bermakna isteri disisihkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails