Ticker

6/recent/ticker-posts

Playboy Itu Suami Aku Versi Kisah Benar


playboy itu suami aku
Credit Pic : admya

Assalamualaikum

Sekarang ini sedang hangat tentang cerita Playboy itu suamiku, walaupun cerita ini kurang mendapat tumpuan seperti cerita dahulu mr arrogant tetap mejadi bualan mulut bagi peminat setia novel tersebut. Hari ini acik ingin siarkan satu kisah nyata yang di kongsikan  kepada acik. Jom baca perbualan kami.

Aisyah : Assalamulaikum dik acik, alhamdulilah akhirnya dapat juga berjumpa dengan acik, perkenalkan ini husband akak namanya Firdaus .

Acik : Alhamdulilah kak, dapat juga kita bertemu setelah sekian lama jadi rakan di facebook. Ohh ini abang firdaus tu , ya Allah bertuahnya abang dapat kak Aisyah.

Firdaus : Sebenarnya abang yang minta sangat untuk jumpa dengan acik setelah baca blog acik, abang jadi tertarik untuk kongsi cerita, cerita yang ingin di kongsikan ini bukanlah betujuan untuk bermegah-megah tetapi untuk pengajaran bersama.

Acik : Alhamdulilah bang , bersyukur sangat bila abang dan kak aisyah mahu kongsikan cerita dengan acik.

Firdaus : Bergini acik, Dulu 7 tahun yang lepas sebelum bertemu dengan kak Aisyah, abang seorang yang sangat sosial, abang suka melepak sana sini,buat pekara lagha yang tak perlu di ceritakan dan masa itu abang belajar di sebuah univerisiti di ibu kota. Berkawan dengan yang pelbagai perangai dan abang terikut-ikut cara orang bandar. Dulu abang memang ramai teman wanita, kalau nak pergi mana-mana mesti ada seorang wanita yang berlainan akan teman , masa itu ramai yang gelarkan abang "playboy" . Kebetulan  abang aktif dalam sukan rugbi dan jadi tumpuan para gadis-gadis di universiti. Abang rasa seronok apabila abang jadi perhatian oleh mereka. Mulanya abang bangga di gelar "playboy" senang dapat semua perempuan yang abang mahukan.

Aisyah :(menyampuk)  Sehinggalah abang firdaus ini bertemu dengan akak.

Acik : alhamdulilah , wahh bagaimana boleh berjumpa dengan akak Aisyah pula ? 

Firdaus : Masa itu abang ada pertandingan rugbi, abang lihat ramai penyokong gadis yang memberikan sokongan pada team kami terutama abang la (hehe). Tapi mata ini lebih terarah kepada seseorang yang sedang membaca buku di pondok wakaf, pada abang dia sangat cantik dan abang tertarik dengan dia. Lepas abang "game" pertama abang cuba mendekati dia, rupanya dia bukan sesenang yang abang sangka , dia tak seperti perempuan yang lain. Perempuan yang lain jumpa abang mesti tergedik-gedik tetapi tidak dia. Dia tundukkan pandangan dan tidak langsung bersuara bila abang bertanya. 

Abang cari tahu siapa dia, di mana di tinggal dan no telefonnya. Tapi malangnya telefonnya tak pernah angkat bila abang telefon . Abang dapat tahu bahawa di sahabat di masjid universiti. Untuk melihatnya abang mesti pergi ke sana dan melihatnya dari jauh. Tetapi apa yang rasakan lain, mulanya niat abang adalah untuk mendapatkan gadis yang abang impikan  tetapi rohani abang terpenuhi dengan pengisian di masjid. Allahuakbar mungkin kerana Dia telah mengerakkan hati ini untuk bertemu dia kerana ALLAH. Abang beranikan diri juga untuk dapat bersua dengan dia gadis idaman abang.Tahu tak apa ujian pertama yang di berikan pada abang untuk bercakap dengan dia ? 

Jika mahu bercakap dengan saya bacakan 5 baris dari surah al bakarah. Abang jadi terdiam dan abang malu pada diri sendiri, abang berlatih setiap hari untuk dapat menghafaznya sehingga mampu abang bacakannya. Begitulah seterusnya sehingga setiap kami berjumpa. Gadis itu adalah Aisyah sekarang isteri abang. 

Aisyah : Alhamdulilah dialah sekarang ini menjadi suami akak dik, Jika Allah berkehendak seseorang itu berubah maka ianya akan berlaku walau bagaimana pun caranya. Pada mulanya akak hanya menduga abang firdaus ini sahaja untuk melihat kesungguhannya tidak sangka dia beria dan akak tak pernah tahu yang dia dulunya playboy. Inilah perancangan Allah dik, akak tak kata akak baik dik tapi akak juga masih dalam proses membaiki diri. Allah temukan kami berdua dalam cinta yang berpaut kasih kerana cinta pada ALLAH.

Acik : subhanaALLAH sweetnya apabila acik mendengar sendiri secara nyata, pertemuan kamu di anis utara sup di seksyen 2. Sangat seronok dan sangat teruja apabila mendengarnya. Pada acik kisah ini lebih indah dari kisah cinta yang di paparkan di kaca televisyen. Begitulah janji Allah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu sebaliknya, jika ia tidak mendapatkannya ia adalah ujian untuk diri kita. Sama-sama kita baiki diri.

Catat Ulasan

54 Ulasan

Cikrosecute berkata…
akak tak pernah tgk lagi drama nie...
Atien berkata…
Sweet sgt2.firdaus berubah dri niat asalnya..bersungguh2 tu dy hafaz 5 ayat surah tu..alhamdulillah..
Unknown berkata…
Sweetnya mereka... ;)
Niena Reen berkata…
Bagusnya kak aisyah tu.. Bertuah dapat isteri macam beliau.. :D
Fatin Wawa berkata…
memang sweet kisahnya.... thyanks for sharing.. :D
Aimacomel berkata…
Saya tak sempurna acik, tak sehebat kak aisyah tu. Moga mereka terus bahagia.
Tanpa Nama berkata…
MasyaAllah, menarik sangat cerita ni. mcm novel pun ada. saya kagum dgn kak aisyah tu :) smoga mereka berdua bahagia smpai ke syurga
fragmenbiru berkata…
Sukanya... hehehehehe... Alhamdulillah,moga bahagia selamanya..
sizziey darliana berkata…
sweetnya .... semoga bahagia until jannah ..
Sweetnya citer ni. Moga terus berbahagia. Cinta nya kerana Allah.
licha berkata…
moga kekal ye :) hm.. semua org boleh berubah kan
Mizz Aiza berkata…
terharunya akak membaca cerita ini acik.. benarlah bahawa lelaki baik untuk wanita yang baik.. ternyata disebabkan beliau (firdaus) telah memperbaiki diri maka dia layak untuk wanita (aisyah) itu..
Adilah Asari berkata…
Ya Allah..bila Allah mahu beri hidayah, pada sesipa akan Dia beri...
Allah jentik hati firdaus.. Ya Allah indahnya
Potia Casadelarossa berkata…
macam tu lah kan... dalam banyak hal susah kita nak jangkakan... terbaik lah... Allah tu maha adil.. moga bahgia
Blog Santai berkata…
So sweet..In Shaa Allah kalau niat kita baik mesti Allah permudahkan...
Unknown berkata…
subhanaallah, indah sungguh perancangan Allah..:)
Montana berkata…
ada yg real noo brooo..wowww
Adam Faiz berkata…
Sweet.Semoga mereka kekal bahagia ;)
Mia Liana berkata…
so sweet.... teringat masa dulu2 pula... heheheh
Tanpa Nama berkata…
Moga istiqomah...sweet je
Asyik Izas berkata…
SubhanaAllah bertuahnya mereka berdua..:)
Yaya Mohd berkata…
SubhanAllah..
mmg sweet plak bile bce kisah dorng..mmg cam novel..
tu la..rasenyer ad bnyk lagi kisah2 mcm dorng ni kan..kita bukn tau..
smua tu phit manis dlm khdpn ssorg..
Unknown berkata…
hahaha... terbaik bro (Y)

http://huzairiehusin.blogspot.com/
PeRdU cINta berkata…
masyaAllah bila Allah kata kun faya kun..tiada siapa mampu mengubahnya..tiada siapa boleh menafikannya..takdir Allah itu terlalu indah..terlalu sukar untuk dijangka..
Tanpa Nama berkata…
Kuasa Allah tu melebihi segala ...
reenapple berkata…
Kita kena yakin dengan janji DIA.
shazillahsani.com berkata…
alamak...sweetnya cite nie acik...^^
Tanpa Nama berkata…
salam singgah tgk acik...
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

wahh..terbaik cerita nie.. suka baca , sesungguhnya benarlah janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik".. terkenang zaman dulu2..heheh

mselim3
BinMuhammad berkata…
Tak pernah tengok drama ni...
Y, sesungguhnya Allah itu maha adil.
Adriannasyaz berkata…
Alhamdulillah..best baca entry ni..rasa mcm baca novel..tp yg ni betul2 kejadian.. :)
tak berkesempatan menonton lagi...
menarik suggh..
anamizu berkata…
sweetnye kisah kak aisyah ni acik.. lebih sweet dr drama2 tv.. cik ana pon x tengok lgsung cite playboy suami aku tu.. geli je rase nk tengok. mybe sbb jln cerita atau cara pembawakan watak tu kot kurang sesuai.. xde feel nk tengok hehe
H A N berkata…
Wow... Ni true story tapi memang sweetlah! :)
IMA SALSUZAIMA berkata…
true story..ni baru sweet..baca pun berbunga2 hati apalagi bila dgr depan2..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Bz ke tu...?
Tanpa Nama berkata…
sweet..
Sofinah Lamudin berkata…
Blogwalking ke blog acik dan tulis ini :

http://www.sofinahlamudin.com/2013/11/blogwalking-ke-akupenghibur-dot-com.html

:)
Affy Afiqah berkata…
ramai yang macam ni acik, cuma kita tak berapa kisah sebab kisah ni terlalu banyak, cuma jadi viral bila keluar drama kemudian orang akan relate dengan real life :)
Unknown berkata…
Rahsia Allah itu indah :)
Unknown berkata…
Wahhh this is better than the drama in the movie xD is it true story btw? I didn't know girls like guy in rugby, guess I have to play rugby lol xD
sobri yaacob berkata…
alamak sweet gak kisah dorg.. bayanngkan akak tu dapat merubah sifat plaboy laki dia..itulah dipanggil kuasa wanita :) sesungguhnya cinta sungguh berkuasa ..
Unknown berkata…
Sweet. Macam dlm novel. Tp cerita playboy itu suami aku tak minat nak tengok. Hehe
Nadratul Syazwana berkata…
Memang sweet la cerita dekat atas ni hihi Pewwit~~
MalizaMah berkata…
hmmmm.... suka singgah sini sbb mcm2 dpt baca.
Maria Firdz berkata…
hmm.... mmg setiap yg drama atau filem tu ada kisah benarnya...
Tetamu Istimewa berkata…
Hebat penangan tulisan acik. Sampai orang cari acik begitu sekali. Tahniah!
Unknown berkata…
kadang orng buat penulisan cerita berdasarkan pengelamn sebenar
Teena Tna berkata…
Subhanallah. Terima kasih Acik, konsikan cerita ni :)
Unknown berkata…

really very interesting news and of all the news that I read only your blog that I like most and really very accurate news
http://www.sinidomino.com/