Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi kita dapat bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur alhamdulilah. Sebenarnya acik hari ini tiada niat untuk menaip entri panjang tetapi acik ingin minta doa kalian semua kerana pada pukul 4 petang hari ini akan berlangsungnya berita secara live untuk kumpulan kami bagi ONTV. Ini merupakan projek akhir kami untuk subjek news. Di mana kami perlu siarkan seperti berita-berita di stesten televisyen yang lain seperti Buletin Utama, Awani 7.45 , TV 9 dan sebagainya. Setelah penat lelah kami mencari news dan melakukan "preproduction" sekarang akan production dan post production. Kejadian bertempat di Studio TV Uitm Shah Alam.


Doakan yang terbaik untuk kumpulan kami, pada hari ini acik di tugaskan sebagai wartawan dan switcher untuk di belakang  takdir. Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan tidak melakukan sebarang kesilapan ye. Ermm seram rasanya .

Ya Allah permudahkanlah urusan kami ,kami telah berusaha yang terbaik ya Allah . Bantulah kami dan yakinkan kami agar kami tidak lakukan sebarang kesilapan ya Allah