Assalamualaikum 
Selamat
 hujung minggu, hari ahad selamat bercuti kepada kamu semua , luangkan 
masa bersama keluarga tercinta. Ya Allah rindunya mak di kampung dah 
lama tak pulang, bulan 1 nanti baru dapat balik ke sana. Tak apalah itulah 
orang yang berada di perantauan. Bila baca balik entri lama-lama jadi 
ketawa sorang-sorang. Jatuh cinta ? bercinta ? putus cinta seumpama 
menjadi kebiasaan kepada kita .
Selalu
 boleh di katakan ,orang kalau sayang sanggup buat apa sahaja walaupun 
terpaksa buat dirinya terseksa. Tetapi bila dah tak suka dan sayang 
pelbagai alasan yang di berikan . Tak
 ada gunanya terus bertahan pada perasaan yang telah pergi. Jika saat 
ini dia telah menjadi milik orang lain maka lepaskanlah.
Jangan habiskan waktumu menunggu seseorang yang bahkan tak mahu peduli tentang apa yang kamu rasakan.
Mungkin
 kita akan rasa sakit dan kecewa, sehinggakan bertahun-tahun kita tak 
dapat memaafkan apa yang dia buat pada kita. Dendam terukir di hati yang
 paling dalam khas untuknya. Walaupun kadang kita telah temui orang yang
 baru tetapi untuk memaafkan dia tidak semudah yang di sangka. 
Dia pernah mainkan perasaan aku, sampai mati pun aku tak akan maafkan dia
 Ayat
 ini selalu di pertuturkan , begitu sukarnya memaafkan orang lain 
walaupun orang yang kita dendam itu orang yang pernah buat kita 
bahagia. 
Memaafkan
 adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, sebagai 
imbalannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak 
terhingga.
 
Kadang, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan dapat benar-benar bahagia sebelum mahu memberi maaf.
 
Orang yang mempesona adalah mereka yang selalu baik pada orang lain.Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain,bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita.
 
Pepatah arab pernah mengatakan " Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu."
Maka
 ikhlaskan apa yang berlaku, segalanya perancangan Allah yang telah di 
susun rapi. Mungkin derita yang kita rasa itu hanya di permulaan, di 
akhirnya ? in sha Allah bahagia menyapa. Janji Allah itu pasti, 
seseorang yang selayaknya untuk kita.
Oleh itu janganlah kita menyimpan dan membalas dendam terhadap 
orang-orang yang telah menyakiti kita, sama ada secara fizikal atau 
perasaan. Maafkanlah mereka seperti yang Allah SWT berfirman dalam ayat
 133-134, Surah Ali Imraan yang berikutnya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

41 Ulasan
apapun, sentiasa pohon maaf klu dah buat silap dengan hati yg iklas
Sifat dendam itu sbenarnya merosak diri dn hati sendiri...setiap org perlu belajar utk memaafi......
baru hati tenang, terlepas dari dendam
tapi maaf di mlut adakah trut terlintas di hati..? tpuk dad tnya selera...
p/s isi tabung inti :)
pasal memaafkan nie memang senang untuk diperkatakan tapi payah untuk dilaksanakan. Kekadang memang sakit hati... " kepala terhantuk nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu". Dendam mmg tidak digalakkan dalam islam tapi kita adalah manusia biasa yg mempunyai kelemahan dalam memaafkan orang lain.
Insaallah memaafkan .. "luka berdarah sudah sembuh tapi parutnya tak hilangkan"
mselim3
pls: ada pengalaman... tapi jadikan semua itu pengalaman utk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan yang mencabar. Tak faham apa maksud 'kemaafan adalah dendam indah" siapa tahu terangkan...
sedangkan nabi pun memaafkan umatnya
apatah lagi kita sebagai manusia
bykkan bersabar dan pemaaf adalah amalan yg terbaik
itu semua kisah silam...ika dah maafkan...lama dah...cuma untuk contact2 balik ke...ika tak selesa....
kehidupan harus diteruskan, dan akan lebih tenang jika kita memaafkan walaupun sukar....