Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara Yang Penting Tetapi Segelintir Lelaki Abaikannya

lelaki handsome pakai seluar pendek

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara untuk kita. Ucapkanlah syukur kepadaNya atas nikmat yang tak terhingga ini. Kalau kita dapat perhatikan isu perempuan tak menutup aurat menjadi persoalan yang hebat dan akan di debatkan di mana sahaja sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya. Perempuan perlu menjaga aurat mereka dengan sewajarnya untuk menjadikan dia wanita yang menjaga maruah diri dan solehah, itu sangat betul, tidak di nafikan.

Tetapi di sebalik kita tempeliak kepada orang lain, kita juga perlu merenungi setiap segenap ruang dalam hidup kita. Adakah kita menjaganya juga ? 

Kalau lelaki pakai seluar pendek ,nampak seperti biasa, seolah-olah tiada masalah. Ayat yang biasa 
Ala bukan apa-apa pun kalau pakai seluar pendek
Bukan luak pun kalau aku pakai seluar pendek
Ini biasalah bro trend sekarang
siapa nak tengok bro
seluar panjang panas la bro, tak selesa
Aurat lelaki selalu di pandang remeh oleh sesetengah individu berbanding aurat perempuan , kenapa ? Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Biasanya kata mereka adalah untuk menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.

Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa kamu juga diperhatikan kaum wanita?? 

Acik sebagai seorang lelaki juga malu apabila ditegur bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan???

Bukanlah apa, kita sebagai lelaki perlu juga menjaganya, aurat seorang lelaki. Kan lebih elok kalau keluar tu pakai seluar panjang ataupun yang seluar bawah lutut tu. Tak susah lelaki nak tutup aurat. 

lelaki tutup aurat

Kalau perempuan pula jangan pula bila tengok lelaki janji muka handsome dan badan berketak-ketak. Tak juga ambil peduli tentang pemakaian seorang lelaki itu. Yelah kalau tengok pemain bola atau lelaki yang keluar ke bandar atau pasaraya pakai seluar pendek itu nampak seperti cool. adakah itu di namakan cool ? 

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2011/09/aku-masuk-neraka-keranamu.html?search=aurat+lelaki#uds-search-results

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Lelaki dalam menjaga aurat itu tidak sepayah perempuan, jadi jagalah. Sama-sama kita membaiki diri dalam apa jua alasannya.  Acik menaip ini juga untuk mengingatkan diri ini yang kadang kala alpa, moga kita mendapat keberkatan dari Allah. amin , wasalam.

Catat Ulasan

29 Ulasan

kuchalana berkata…
sokong tu bro..walaupun lelaki tapi aurat tetap kena jaga..jgn duk asyik komplen wanita je yg tak tutup aurat
Long Cham berkata…
pernah dulu tegur pasal sukan bina badan but feedback kita lak yg kena marah
Macam2Ada berkata…
yes.. sokong seratus peratus.. mohon acik buat 1 lagi khas penjagaan aurat ketika solat.. terlalu ramai yg jahil sehingga ketika sujud menampakkan pinggang sbb baju yg dipakai singkat.. tolong ye acik hehehe

Atien berkata…
Berseluar pendek x salah,tp biarlah bawah lutut kan..yg ni mmg org lelaki x perasan akan kejahilannya.
Maria Firdz berkata…
hmm... betul tu... mntang2 auratnya x besar..sering dipndg remeh...
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik. Kebnyakkn lelaki mahupun msykt memandang ringan ttg aurat ni, terutama dlm bab2 sukan. Semoga entri ini menjadi renungan & peringatan buat kita semua. T kasih diatas perkongsian ilmu ini.
adarain berkata…
Boleh nak pakai seluar pendek, even ada yang bersembahyang berseluar pendek kerana berfahaman Mazhab Maliki. Secara ringkas mazhab Maliki bagi kemaluan dan punggung adalah aurat. Selain itu tidak. Lain Mazhab lain caranya. Tetapi takkanlah depan sultan kita pakai cantik-cantik tapi depan ALLAH pakai seluar pendek. Biar kena pada caranya.
Gee Lion berkata…
Hari-2 jumpa macam ni. Takkan nak tegur pulak kan? Yg penting, jaga pandangan tu.. (:
Nik Ainaa berkata…
malu lah kalau orang lelaki auratnya tak boleh jaga. senang jea kut berbanding perempuan. memng org lelaki patut malu kat perempuan2 yg menuntut aurat dengan sempurna. perempuan yg tak menutup aurat tu.... huhuhu malaikat datang nak cabut nyawa baru nak insaf kut.... asyik2 alasan yg sama jea bagi.'tak sampai seru'. padahal dah beribu2 tahun yg lalu seruan untuk menutup aurat ada dlm al-quran
Tetamu Istimewa berkata…
Saya memang tak pakai seluar pendek kalau keluar dari rumah. Kalau nak pakai pun dalam rumah je. Tapi memang jaranglah.
nae nematoda berkata…
setuju sangat aihhh ...perempuan yang nak cari calon tu, kena take note...kang tak masal, parents reject calon pasal ni...hehe
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

perkara seluar pendek nie... mmg lelaki sering pandang ringgan kan..

mselim3
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah,encik hubby sentiasa bertracksuit..
Unknown berkata…
siapa kata lelaki yg keluar jalan2 pakai seluar pendek tu cool? tak langsung lah.
Karen Monica berkata…
lelaki berseluar pendek ni memang sering dipandang remeh...baguslah acik berkongsi entri sebegini :)
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah..Bagus acik mengingatkan coz ramai yang padang ringan aje isu ni sebenarnya..
Mizz Aiza berkata…
akak tak suka tengok lelaki berseluar pendek.. nampak kurang sopan.. bagus perkongsian acik ini..
sobri yaacob berkata…
setuju..ya..kadang sluar pendek yg dipakai diambil ringan..
boleh nak pakai tapi biar bawah lutut :)
Unknown berkata…
betul memang setuju sangat... benda ni kaum adam amek remeh temeh. Duk sedap mengumpat pasal awek berpakaian seksi tak tgk diri sendiri. Ini la orang kata, cakap orang kain koyak, kain sendiri koyak pun tak tahu. hais betul tak peribahasa aq ni.. haha
Unknown berkata…
Syukur alhamdulilah Mr.K tak pernah pakai seluar pendek di khalayak ramai mahupun luar rumah.. dalam rumah pun berbaju.. kain pelikat lebih ok baginya
Tanpa Nama berkata…
tq acik atas perkongsian ni
Unknown berkata…
Betul3x... sangat2 setuju....
Bila tang lelaki ramai yang ambil mudah jer kan... :)
Tanpa Nama berkata…
perkongsian yang bermanfaat utk semua pembaca memahaminya .
memmetlenggeng berkata…
Kena sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik
Tanpa Nama berkata…
kadang kdg terlepas pandang bab aurat lelaki ni. . .
fragmenbiru berkata…
Haah.. aurat wajib.. berdosa membukanya.. Muhasabah diir,kadang2 kita tak terperasan kita terbuka aurat,..
Dzureen Darwis berkata…
ada juga lelaki yang suka komen perempuan pakai tudung tapi baju lengan pendek padahal yang menegur tu main bola kat padang tak menutup aurat pun. Macam mana tu? Huhu