Pengikut

Jumaat, 3 Januari 2014

Kisah Tauladan : Masyitah Dan Bayinya Mempertahan Imannya Walaupun Nyawa Sebagai Taruhan



Assalamualikum

Alhamdulilah tiba kita di penghulu segala hari, selamat bercuti kepada rakyat johor dan negeri yang bercuti hari ini. Seperti biasa hari jumaat acik akan kongsikan kisah tauladan yang memberikan makna yang dalam untuk hidup kita. Jika kita di ambang kematian, di tanya siapa tuhan kamu ? dan di seksa untuk mempertahankan imannya, adakah kamu sanggup ? 

Jadi marilah kita melihat keteguhan hati seorang wanita bersama suami dan anak-anaknya yang mempertahankan imannya kepada Allah yang satu walaupun nyawanya tergadai.

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati.

Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah.

Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

Share This!


24 ulasan:

Azlan Strider berkata...

masihkah ada lagi wanita seperti masyitah pada zaman sekarang ini???

Regards,
-Strider-

ain diyana berkata...

1st time dgr kisah ni drpd PU Rahmat.. :) itu jugaklah 1st time tgk Pencetus Ummah dan terus jatuh cinta...

Sylarius Yusof berkata...

Wanita seperti Masyitah tu mungkin sukar diketemukan di zaman ni. Tapi lelaki seperti Firaun tu mungkin lebih mudah ditemui.

Cik Itah@RRP berkata...

sy tak ingat sangat kisah Masyitah..yang sy paling ingat kisah Sumayyah.. Apapun kedua-dua kisah ni perlu menjadi tauladan buat umat manusia kini.. semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..aminn

Kesuma Angsana berkata...

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

acik idah berkata...

Antara kisah wanita hebat sepanjang zaman... sebagai tauladan kepada kita semua...

Kathy R'bain berkata...

pernah baca kisah ini..memang sedih dan sayu..adakah kita mampu seperti mereka?sanggup mati demi mempertahankan agama dan keimanan?

Kucing Hitam berkata...

semoga Allah memberi rahmat

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum acik..kisah ini untuk pedoman kita semua..betapa kukuh dan taguhnya kasih sayang,cinta dan keyakinan terhadap Allah..tiada apa pun mampu meruntuhkan pasakkan iman serikandi solehah ini..moga kita juga tidak hanyut dengan godaan dunia yang fana ini..ameenn..

Khir Khalid berkata...

Antara wanita hebat sepanjang zaman yg patut dicontohi.. mudah2an menjadi renungan yg baik buat semua. Salam Jumaat Acik.. :)

Ahmad Zaki berkata...

Semoga kita diberikan lebih keimanan.

ZH Blogger

tenku butang berkata...

x mampu menjadi seorang masyitah..

paridah berkata...

betapa sukarnya umat dahulu untuk mempertahankan keimanan dan kecintaan terhadap Allah yang satu, terpaksa menghadapi ujian siksa kezaliman mereka yg kejam namun berjaya mempertahankan kekukuhan iman hingga nafas terakhir...ambillah iktibar drpd kisah masyitah yg dipaparkan sebaiknya untuk menilai sejauh mana kekuatan keimanan kita sekiranya diuji sebegitu rupa...mohon Allah jauhkan ujian yg berat n xterdaya dihadapi.

atien zuraidah berkata...

Pernah dgr cerita ni masa sek,tp x berapa ingt da.thanks sharing

Ija Rased berkata...

HEBAT KISAH MASYITAH NI. moga kita sentiasa di beri kekuatan iman

fatin wawa berkata...

subhanallah..begitu berat ujian yg diberikan kpd masyitah.. tetapi janji Allah itu pasti, syurga buat mereka.. salam jumaat acik..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ berkata...

Sedih baca kisah masyitatah seorang wanita kental yang sanggup diseksa demi mempertahankan islam ..

Dzureen Darwis berkata...

kalau nak banding Masyitah dan saya, hmmmm entah lah

ika zulkefli berkata...

kisah yg menarik..terima ksih ats prkongsian

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

kisah ini sangat memberi inspirasi kepada wanita pada masa kini.. semoga diberikan ketabahan hati dan kekuatan iman seperti masyitah..

Abak's Role berkata...

Allahu Akbar... Smga djadikan pngajaran trutamanya kaum wanita..

aisya berkata...

Masih ingat lagi dulu Ustazah pernah kongsikan cerita ni dlm kelas.
thanks for sharing. :)

Maria Firdz berkata...

mmg tokoh wanita yg hebat... adakah iman kita sekental dia???

Wirda Amir berkata...

Baru je semalam akak bercerita kisa masyitah ni dgn ayah akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails