Ticker

6/recent/ticker-posts

Rahsia Dan Pengorbanan Ayah Yang Tak Pernah Di Ceritakan

pengorbanan ayah
Ehsan Google

Assalamualaikum

Dalam kehidupan ini kita di uji dengan pelbagai jenis cubaan dan rintangan, sehinggakan kita rasa lemah dan tak berdaya untuk menghadapinya. Tetapi bila kita lihat orang yang berada sekeliling barulah kita ketahui bahawa ada orang lebih teruk di uji berbanding kita. Ketika itu barulah kita ketahui kemanisan ujian yang di berikan. 

Sebenarnya acik ingin kongsikan satu kisah yang acik nampak dan lihat sendiri, sayu untuk menceritakannya. Sebagaimana sedia maklum semalam acik pulang ke kampung setelah sekian tidak pulang ke kampung. Seharian acik menaiki perkhidmatan awam seperti KTM mahupun bas . Tiba di stesen bas Larkin, acik duduk menunggu bas untuk balik ke kota tinggi.

Mata ini tajam memerhatikan seorang lelaki tua bersama anak gadisnya yang membawa barang yang agak banyak. Semua barangnya di bawa oleh ayahnya dan hanya satu beg sahaja anaknya bawa. 

Cetus hati : untungnya sampai ke stesen bas bapa dia hantar.. 

Mata terus memerhati kearah mereka berdua sehinggakan ke kuanter untuk membeli tiket. Acik lihat ayahnya mengeluarkan duit sehelai demi sehelai duit RM 1.

Anaknya berkata : abah duit yang abah bagi tak cukup, sem ini kena pakai duit banyak ,kena beli buku ,ada trip kelas. Boleh tak abah bagi duit lebih sikit. Duit PTPTN dah nak habislah bah..

Itulah kata-kata anak perempuannya yang masih segar di ingatkan kerana acik duduk dekat sangat dengan mereka. Abahnya hanya mampu tersenyum..

Pak cik : bulan nie, abah banyak pakai duit, makkan baru lepas operation, nak bayar bil api, air semua, nanti kalau abah ada duit lebih abah masukkan kat bank boleh ? 
Anak perempuan : ala abah ini banyak alasan, memang tak sayang adik, macam gini malaslah adik nak belajar. 

Terkejut juga acik dengar kata-kata anaknya, hanya mampu sangka baik sahaja mungkin anaknya bergurau kot.

Dan waktu anaknya naik bas , abahnya melambai dengan senyuman yang manis.Setelah jauh bas itu berjalan. Acik sangat terkejut apabila melihat pak cik tadi menangis tersedu-sedu. Dan terus berlalu pergi.

Rupanya seorang abah/ayah merahsiakan banyak pekara dari kita.Di depan kita mampu kelihatan gagah dan seolah-olah tiada di masalah. Tetapi di belakang kita ? 

Sehingga sekarang acik masih memikirkannya, kenapa pak cik itu menangis ? adakah kata-kata anaknya ? ataupun masalah yang sedang di hadapi ?

Tetapi sebagai anak kita perlu berhati-hati untuk bertutur dengan ibu bapa kita, jangan sampai hati merasa sakit hati mahupun kecewa dengan kata-kata kita. Ingat Redha ALLAH adalah redha ibu bapa kita. 

 Kebetulan acik duduk di seorang pak cik dan acik bertanyakan

Acik : Pak cik ,saya minta pendapat sedikit kenapa seorang ayah sukar untuk memberitahu apa yang dia rasa ? dan kerana biarkan hanya dia seorang pendam apa yang dia rasa ?

Pak cik : Nanti kamu jadi seorang ayah kamu akan tahu, seorang ayah sanggup dirinya tak payah makan asalkan anaknya dan bininya cukup makan dan cukup keperluan.Kadang kala ayah nie, mereka tak pernah memikirkan soal perasaannya hanya dia tahu bagaimana nak cari duit lebih dan kerja kuat untuk pastikan anak-anaknya dan keluarganya serba cukup. 

" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras suami/ayah itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor...


Kamu tahu? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..tau pepatah ini gak?
" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras suami mu itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor ..adik jer tak ada..ishhh
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2012/10/pengorbanan-lelaki-yang-kadang-tidak.html#sthash.MWzy9UV9.dpuf
Ya ALLAH ya Tuhanku bantulah pakcik tersebut, kuatkan hatinya dan bantulah ringan beban yang di tanggungnya. Aku tak mampu bantu dan aku tak tahu apa masalahnya, hanya diriMu Maha Mengetahui segala maka permudahkan urusannya ya ALLAH. 

Catat Ulasan

35 Ulasan

Asha Lya berkata…
besar sungguh pengorbanan seorang ayah..hargaila selagi mereka masih ada
unsecretostory berkata…
Yup, seoarang ayah takkan tunjuk dia susah depan anakanak dia. Sedih baca citer nie. Terus teringat dekat abah :/
norhasnizakhalid berkata…
ya allah acik, tetiba sebak sangat mama rasa (hari ni mama mudah menangis) ..tetiba mama rasa rindu sangat dengan ayah mama.. terlalu banyak rupanya yang mama tak tahu... tak terdaya nak teruskan kata-kata..
licha berkata…
sedihnya. hm.. tu lah licha ni sensitif sikit. asal baca apa-apa pasal parents dan pengorbanan diorg mesti nangis..
Unknown berkata…
sobs sobs... sedih... ;(
begitu lah kasih seoarang lelaki yang bergelar suami dan ayah....
Tetamu Istimewa berkata…
Anak begini anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa. Sebelum terlambat, insaflah. Berubahlah.
Unknown berkata…
Beruntung sungguh kalau punya ayah cam tu kan dik....
Tapi takdir hidup kak cik hanya ada seorang ibu...
Menangis ibu adalah nyawa cik akak....
Ibu kata itu ini....itulah kelemahan kak cik.....

Kenapa ramai anak-anak zaman tak pernah menghargai ayah kan....
Menitis lah air mata akak baca entri nie....
Andai suatu saat aku punyai ayah yang bertanggungjawab...
InsyaAllah akan ku hargainya....
Mizz Aiza berkata…
sedihnya kerana akak tidak ada ayah lagi untuk bermanja dan berkongsi perasaan suka duka.. pengorbanan seorang ayah sangat besar sehingga hujung nyawa, seperti yang berlaku kepada arwah ayah akak.. kita mungkin tidak sedar pengorbanan seorang ayah sehinggalah kita kehilangan dia..
shazillahsani.com berkata…
ayah kadang-kadang nampak sahaja garang dan tegas, tetapi sebaliknya hatinya sangat sygkan anak-anaknya..itulah kasih seorang ayah
Unknown berkata…
ya allah. anak pakcik tu kejamnya. kalau syuk dah tegur dah.
Tanpa Nama berkata…
Anak kalau tak kenal kesusahan beginilah jadinya.
Greenlava berkata…
Pengorbanan bapa (dan ibu) tak ternilai.
Unknown berkata…
sebak bacanyanya acik...rasa tersentuh
begitu besar pengorbanan ayah kita dlm mencari wang yg kita x ketahui
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!
Tanpa Nama berkata…
sedih..teringat ayah kat tawau..dah uzur benar..
Engku Muzahadin berkata…
Ayah yg jarang disebut namun di dalam hati dia tetap wujud...
Gee Lion berkata…
Menangis saya baca entri ni.
Saya pon ada problem dgn ayah.
Susah nak cakap, tapi.. memang hubungan tu bermasalah.
Sayang pd dia, tapi..
Entahlah acik.. :'(
Khir Khalid berkata…
Sebak pula membaca entri ni Acik.. kasih ayah membawa berkat kehidupan. Banyak pengorbanan ayah yang kita tak nampah tp ia sememangnya wujud.. hargailah ayah kita..
paridah berkata…
kasih ayah itu terpendam di hatinya kerenah anak2 walau meluka perasaan hanya redha...setelah kita kehilangannya terasa setiap kebaikan yg kita lakukan langsung xberpada utk membalas budi n pengorbanan ayah tercinta..
Akak Kembang berkata…
Bab abah ni mmg sensitip...mrk mmg sggup berkorban utk anak2...smg pakcik tu murah rezki
Blog Santai berkata…
Hmmm.sedih campur terharu..Semoga diberikan rezeki yang melimpah dan kesihatan yang sempurna untuk pak cik tu..
ummiross berkata…
sayunya hati ummi baca ni Acik, besar pengorbanan ayah kan.
Maria Firdz berkata…
Mmg tersgt jarang org berkongsi pngorbann ayh... Tapi tnpa ayah siapalah kita..
Maria Firdz berkata…
Mmg tersgt jarang org berkongsi pngorbann ayh... Tapi tnpa ayah siapalah kita..
Invisible Me berkata…
Sementara mereka masih adalah, masa untuk kita berbakti. Peringatan untuk IM.
Tanpa Nama berkata…
subhanallah..acik..sedihnye akak baca kisah ni dipagi jumaat ni. moga kehidupan pakcik tu akan dirahmati allah. ya..pengorbanan seorang ayah mecari sesuap nasi untuk anaknya tidak mampu pun dibalas dengan wang ringgit, ayah pun taknak duit kalau kita bagi, asalkan anak-anak hidup dan bahagia, balaslah pengorbanan ayah dengan kasih sayang, belanja dia makan, bawak dia jenjalan, dan masukkan duit dalam bank tanpa pengetahuan seb kalau bagi by hand ayah pati menolak. oh..saya rindukan ayah.
Atien berkata…
Akak pun pernah lihat dan dengar sendiri macam yg berlaku ni,memang terkejut sangat2 sedangkan si ayah hanya menyeluk poket mengeluarkan duit yang di minta.
Unknown berkata…
Ayah dah susah payah nak jaga kita nak besarkan kta selain mak..
kena hormati ayah dan sayangi ayah
Abam Kie berkata…
ayah cuma memendam perasaan dlm diam..
Unknown berkata…
ya begitulah rahsia naluri seorang ayah.. tunggulah acik jadi ayah nanti... acik akan dapat rasa perasaannya... ish..tetiba rasa rindu kat arwah ayah akak...
Cik Itah berkata…
salam. entry acik ni buat sy rindu arwah ayah~al fatihah untuk arwah ayah sy..
Fatin Wawa berkata…
ada lagi ye anak2 yg msk U berfikiran mcm ni.... x kesian kat ibu bapa kah?
Unknown berkata…
sy syg abah sy.. sy tahu dr kecik lagi abah sanggup buat apa saja untuk anak2nya.. i love my abah soo much.. dulu pnah xde org nk jaga sy n kakak,, abah bawak g tmpat keje dia... smpai kene tegur ngan bos dia.. masa tu ain kecik lagi... tp abah x peduli asalkan anak2 dia dgn dia.. love abah so much.. touching la plak.. nk nangis.. hehe.. acik sorry dh lama x singgah sini since acik post pasal kucing kene bakar tu.. ain x sanggup nk tgk.. :)
Unknown berkata…
Sebak baca entri ni..memang tak dapat dinafikan, ayah tak tunjuk perasaan kat anak-anak..biasalah,lelaki..tapi hakikatnya, pengorbanan ayah dalam mencari rezeki memang tak dapat dibalas degan wang ringgit..Semoga kita semua dapat jadi anak yang baik...
Nur Aimi Sofea berkata…
Wow.. Papa sya mmg x tunjuk depn2. Maybe malu. .