Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Di Jajah Secara Halus Dalam Kita Tak Sedar

di jajah

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka Allah, ucaplah alhamdulilah atas nikmatnya. Hari nie rasa nak menaip pula walaupon kelas penuh tetapi itu bukan alasan.Sekarang nie memang zaman dah maju dan dunia makin berkembang dengan pelbagai peralatan baru di keluarkan. Semuanya berteknologi sehingga apabila tidak mengikutinya  di katakan sebagai kolot dan ketinggalan zaman.


Tetapi dalam tak sedar sebenarnya kita di jajah dalam diam dengan pelbagai cara. Dalam kita mengejar duniawi kita terleka akan apa yang diberikan ,senang cakap kita makan dek suap orang jer. Memang la kita perlu mengikuti perkembangan zaman tetapi jangan mudah terima sesuatu kerana menjadikannya sebagai satu cara kehidupan kita. 

Sebagai contoh pada acik yang tak baik kita boleh tengok penampilan lady gaga yang memang unik dan pelik.Tapi kita boleh terima dengan mudahnya sebab kita rasa dia personality yang di agung-agungkan masyarakat.Tapi bila kita tengok dalam konsep islam sepatutnya pekara seperti nie perlu dielakkan. Boleh tengok dari pakaian dan pergaulan yang tidak terbatas.


Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang boleh di berikan. Dari segi pemakaian, cara makan, cara kita bercakap dan segala tindak tanduk kita banyak berpaksi kepada barat. Sedangkan kita ada contoh yang terbaik iaitu Rasullulah saw.

Mereka katakan hidup berfoya-foya, kebebasan dan  kekayaan itu adalah penting dalam hidup kita tetapi mereka lupa bahawa segalanya itu hanya bersifat sementara. 

Sekarang ini tidak pelik kalau melihat anak muda beranting, katanya mengikut trend "KPOP". Tak pelik lagi kalau tengok anak melayu , seislam keluar pakai "short pant" dan sebagainya. katanya mudah ,selesa. Artis di puja , baru pertama jumpa siap ada yang pengsan-pengsan semua.

Tak salah kalau kita nak berpakaian dan buat apa sahaja macam orang barat dan sewaktu dengannya lagi-lagi soal berfesyen tetapi mesti kena dengan caranya dan mengikut apa yang di anjurkan oleh agama kita. Bukan itu lebih bagus dan menjadi kewajipan kita sebagai orang islam. Tetapi pada acik kita contohi budaya yang baik seperti mengikuti budaya timur kerana mereka lebih menjaga maruah dirinya, keluarganya serta lebih bertanggungjawab. Sebagai contoh jepun ,walaupun maju tetapi budaya dan kesopanan itu masih di terapkan hingga kini dan antara manusia yang rajin bekerja di dunia. 


Minda kita di puterbelitkan untuk mempercayai apa yang ada pada mereka adalah yang terhebat. Satu lagi cara jajahan mereka adalah melalui lagu, sebab itu sebelum kita menyukai lagu kita kena tahu liriknya. Sebagai contoh 


No matter gay, straight, or bi, lesbian,
transgendered life,

I'm on the right track baby,
I was born to survive.
No matter black, white or beige Chola or orient made,
I'm on the right track baby,
I was born to be brave.

Ini adalah lirik daripada lagu lady gaga iaitu born this way. Adakah patut kita sokong seperti nie ? sedangkan norma kehidupan bukan seperti itu.Dan sebenarnya manusia nie di pandang sama pada ALLAH tetapi apa yang di katakan oleh lirik nie adalah golongan yang dilaknat oleh ALLAH.

“Manusia itu sama seperti anak sisir. Sama tingginya atau sama rendahnya. Bangsa Arab tidak lebih utama dari bangsa Ajam (yang bukan Arab) dan bangsa Ajam tidak lebih mulia dari bangsa Arab.” Manusia sebagai makhluk Allah SWT, di mata Allah SWT sama. Mereka mempunyai potensi dan tugas yang sama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perbezaan suku, perbedzan warna kulit, perbezaan bangsa, adalah hanya variasi kreasi dari Zat Maha Mampu. Hadis-hadis lain yang serupa berkenaan dengan ini banyak, yang tidak perlu dijelaskan satu persatu.


Menjadi viral kini di laman sosial  ada penyebaran video-video seperti harlem shake, tapi segan dan malu anak muda islam kita mengikuti gaya tersebut dan di buatkan parody. Pada kita tak salah , tapi jika di perhalusi anak gadis bergaul sana-sini dan terkinja-kinja muslimah kita mengikuti rentak lagu. 

Selain itu kita boleh lihat di mana sahaja remaja pernampilan ala punk,lelaki bersubang,black mental & sebagainya. Kadang mereka nie boleh jugak menyampaikan sesuatu dengan cara yang halus.Jadi pandai -pandai kita menilai yang mana yang baik dan yang buruk. Kita di berikan otak untuk berfikir secara waras. Jangan ikut hati & nafsu ,kalau ikut kita mati jalan yang paling mudah adalah tanya ikut pada iman itu adalah sebaiknye.Rasanya hari tak mahu tulis banyak nanti ada plak yang melenting. Tetapi terpulang kepada kamu semua.Sebelum kita membuat sesuatu atau menyukai sesuatu kita perlu mengetahui tentangnya dan latar belakang ,jangan hanya mengikutinya saje. Apa pun pilihan di tangan kita.  

Catat Ulasan

24 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Betul tu acik.. Kita mmg sdg dijajah ideologi, fahaman dan minda... Merdeka hnya zahiriah, tapi batinnya rkyat kita dijajah..
Unknown berkata…
antara artis2 yg lirik lagu mereka membahayakan akidah kita ialah Lady Gaga, Katy Perry, Bruno Mars, Nicky Minaj, Jay Z, TATU.. etc etc etc.. jgn terkejut, artis melayu pun ada nyanyi lagu2 yg berunsur syirik :)
Setuju dgn acik. sebab tu nk asyik masyuk dgn sesebuah lagu tu kna tahu maknanya...
Harlem shake tu, sm dgn gangnam style keburukannys tp... yg tu lah org nk sgt ikut kan? minda terjajah. tapi nk tegur, ibu bapa mereka ada... mudah2an ank2 saya tak sedemikian bila dewasa nnt
randomlyally berkata…
sedar tak sedar..akak sendiri "dijajah"..tapi insyaAllah bukan dari sudut budaya atau amalan songsang. jajah dalam konteks akak adalah dari sudut peralatan dan makanan...hmm..tepuk dada, tanya iman... just my 2cents... :)
kita sememangnya telah dijajah secara halus sejak lama dulu acik...sikit demi sikit menyerap dalam kehidupan kita...cuba kita perhatikan betul2 dan dengan telus... setiap aspek kehidupan kita sebenarnya kita masih dijajah....
Tetamu Istimewa berkata…
Moga kita semua berhati-hati dalam menerima apa juga sekalipun. Pertimbangan yang waras harus dilakukan sebelum menerimanya bulat-bulat.
✿INA AINAA✿ berkata…
Betul tu! sedangkan ena pun masih di jajah dalam diam. Hurmmm. Semoga iman ena kuat supaya tidak terpengaruh sangat dengan dunia yang melalaikan ini.. terima kasih atas peringatan
sobri yaacob berkata…
betul dan saya setuju..kita merdeka.. tapi x merdeka sepenuhnya :P
adarain berkata…
Semakin hari hari kehidupan di akhir zaman memang teruk. Dan kebanyakan punca faktor datangnya dari barat. Penjajahan secara halus menggunakan minda dan psikologi.
ieza ashaari berkata…
Sangat setuju. Takut dengan perilaku budak sekarang. Mereka dah bukan kategori nakal macam kita dahulu, tapi mereka dah mancapai tahap jahat. Sorry to say that. Kadang malu bila tengok budak-budak sekolah yang lagak macam terlalu bagus. Terasa seperti teknologi membunuh kita secara senyap.
Unknown berkata…
Inilah ragam anak zaman sekarang.
Mudah lupa.
Mudah terlalai dengan kemegahan dunia.
Hinggakan bangga dengan penampilan diri.
Sedangkan hakikatnya mata terbeliak bila memandang.

Gadis elokkan perwatakkan mu.
Labuhkan kain mu.
Kerana kita menghadap ilahi memang menutup segala yang terbuka.

Jejaka idaman perhiasilah dirimu.
Dengan kalimah kalimah ALLAH.
Agar dirimu menjadi pelindung dan ketua keluarga yang bertanggungjawab.
Mizz Aiza berkata…
tanpa kita sedari sebenarnya kita telah dijajah dengan rela hati.. bukan hanya dari segi hiburan, tetapi makanan dan fesyen (fun, food, fesyen).. bagus penulisan artikel acik ini, semoga terbukalah hati kita untuk membebaskan diri dari terus dijajah..
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik.. dalam kita sedar ada sebahagian kita yg seolah2 merelakan corak penjajahan ini. Apa yg lagi memburukkan ialah segelintir org2 kita juga yg berlebih2 mempromosi & menjadi ejen tak langsung dlm menyebarkan & menjayakan penjajahan ini... Mereka yg menyebabkan lebih ramai yg leka.. Astagfirullah.. semoga kita & seluruh keluarga kita dijauhi dari penjajahan minda yg memburukkan ini... aamiin..
Unknown berkata…
Betul tu acik.. Minda kita sememangnya telah dijajah.. Merdeka hanya pada zahirnya..
Moga2 kita & seluruh keluarga kita dilindungi Allah swt drpd perkara2 yg buruk ini.. :)
moga-moga family kita tak terjebak dgn mereka
Unknown berkata…
Sangat setuju SInggah sini :)

Jemput singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com
Shahrul Yusof berkata…
Di sini lah baru kita lah betapa pentingnya seni dan budaya satu-satu negara bangsa itu perlu diperkasakan. Namun, di Malaysia ni, seni dan budaya sering dipandang sepi. Waktu kita kat sekolah dulu pun, asal budak-budak ambik aliran sastera je, terus dipandang lekeh dan dianggap sebagai cabang pendidikan kelas kedua. Walhal, sastera juga sama penting dengan aliran sains kerana ia juga turut menyumbang kepada kemajuan peradaban manusia sejagat.
Vee berkata…
Vee memang tak pernah ikut semua benda ni, tak pernah update pun dengan lagu2 dorang ni. Dari awal2 lagi dah dapat tengok/rasa aura tak sihat dlm dorang ni. Tp ada satu lagi yg Vee betul2 benci dalam diri dorang is illuminati. I believe Acik tau apa itu illuminati kan.. Kalau Acik buat research ttg illuminati ni, wow! Memang ngeri, I tell you. Bukan setakat dijajah, malah kita sebenarnya dah memuja setan. It's very dangerous, I must say. Dunia akhir zaman..
Azlan Strider berkata…
betul tu bro..zaman moden ini mana ada lagi orang dijajah secara paksa tetapi cara halus macam nie yang diguna..ikut atas kita nak terpengaruh ke tidak...

Regards,
-Strider-
Hariz berkata…
Semoga kita kuat. T__T

Ikhlas,
profhariz.com
cik lisa berkata…
Nauzubillah.. moga kita dijauhkan daripada pekara ini. Ajaran yang kian terpesong jauh, yang negatif dijadikan positif, Astaghfirullahal'Adzim .__.
Unknown berkata…
Kita merdeka dr segi luaran tp dalaman kita masih dijajah.. =)