Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian

negative

Assalamualaikum

Kadang kala ingin ku bawa diri ini mengikut angin yang berpeleseran, biarlah entah kemana pun jua arah tujunya. Ketika hati mula hilang kata-kata nurani, ketika mata ini mampu merembeskan air mata suci , ketika mulut itu tak mampu terkata. 

Tentunya dalam kehidupan setiap orang yang kamu jumpa , setiap kali mata yang memandang terhadap seseorang itu pastinya mempunyai tanggapan yang tersendiri. Setiap kali mulut mampu mengeluarkan kata-kata yang manis untuk pastikan telinga mendengar pekara-pekara yang baik sahaja, dan otak akan memproses perkataan itu untuk di terjemahkan kepada bahasa yang di fahami dan hati akan berfungsi untuk merasa setiap perkataan itu.

Semuanya kata-kata yang indah , yang seronok di dengar,boleh buatkan kita tak tidur semalam bila teringat kata-kata tersebut. Yelah dalam dunia siapalah yang tak suka pada pujian . Semua orang suka walaupun mulut menafikan. Kita lebih seronok mendengar kebohongan berbandingkan kejujuran ,asalkan kita rasa bahagia. 

Tapi sampai bila ?

Terima kasih kepada kamu yang memberikan kritikan dan kutukan yang dulu kamu lemparkan dan itulah yang menjadikan pembakar semangat untuk acik terus bertahan sebagai blogger. Pada awalnya memang sukar untuk menerima kritikan yang di berikan pada awal pembabitan acik dalam dunia blog ini. Tapi alhamdulilah acik dapat atasinya dan anggaplah ia sebagai satu proses untuk baiki diri yang banyak kelemahan ini. 

Tentunya ramai yang marah bila kita kritik apa yang di buat, apa yang dia pakai dan apa jua. Kita berikan komen tetapi mereka anggap komen itu sebagai hinaan dan kata kejiannya. Tapi berpadalah komen tu janganlah sampai mengaibkan orang itu dan mengunakan bahasa yang kesat-kesat. Ada itu, rasa bagaikan pengakhiran hidup apabila orang tak suka apa yang dia buat. Sebenarnya bermula dari kesalah itulah yang boleh buatkan kita lebih maju yang baiki mana yang lemah dan kurang.

Semua orang boleh berlakon depan kita dia boleh memuji kita, tapi bagaimana di belakang kita ? sampai bila kita hendak biarkan kita di lambung setinggi yang mungkin dengan kata-kata yang mungkin boleh buat kita riak ? sampai bila kita nak berada di zon selesa ? 

PUJIAN ITU UJIAN. Jangan kita mudah hanyut dengan pujian orang sekeliling. Ramai yang terpedaya dan kes penipuan berlaku ia bermula dari kata-kata pujian. Tidak dinafikan ramai yang suka dipuji kerana ia fitrah manusia. Merasa selesa dan seronok bila dipuji itu biasa, cuma perlu diingat bahawa bila hati mula berbunga, banyak perkara mudah terlepas pandang dan hati mula alpa. Hakikatnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah. Ucaplah Alhamdulillah. 

Ujian dan pujian merupakan rantaian kehidupan kita. Adakalanya kita merasakan ujian sedang hinggap di diri kita dan adakalanya pula pujian yang hinggap di diri kita. Dalam siklus Ujian dan pujian ini, kita tahu bahwa di balik ujian pasti ada Pujian, dan di balik Pujian pasti ada Ujian.

Apa yang penting kita husnozon ( bersangka baik ) setiap kritikan yang kita dapatkan. Mungkin boleh jadi itu teguran dari Allah dan orang itu sebagai perantara saje dan penyebab. Allah dah aturkan segalanya. Sampai bila kita mahu hidup dalam zon selesa ? zon "play safe " takut di kritik dan tak mampu terima setiap apa yang di pertuturkan. Renungilah diri dulu ,pujian itu satu mainan syaitan untuk kita kita alpa dan leka dengan duniawi.  

Kembalikanlah kebaikan semua itu kepada Allah. Pujian itu racun, dengan berlebihannya dia.Allah tempat datang segala kebaikan. Kembalikanlah segala pujian tentang kebaikan itu kepada Dia. Yang paling berhak, ialah Allah.

 

Catat Ulasan

35 Ulasan

sitirohaida berkata…
Tak ramai orang memuji dengan ikhlas acik..dan tak ramai orang jujur memberi pujian..
jangan mudah terpedaya dengan pujian orang..takut nanti membuat kita alpa dan sama sekali boleh membuat kita berada di tahap yang paling bawah
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Pujian .. itu hanyalah untuk Allah. Kita adalah makhluk tak lepas melakukan salah dan silap.. pujian juga membuatkan kita lupa diri dan menyebabkan kita 'ujub' . Minta dijauhkan... sesama lah kita membaiki diri serta tegurlah mselim3 andai tersasar .. k

mselim3

pls: dari sahabat utk sahabat...
Unknown berkata…
Assalamualaikum... bila d uji dngn kesenangan berbentuk pujian itulh ramai manusia y gagal menanganinya..
Yana Yani berkata…
emm menarik isu ni
pujian tu subjektif bagi akak
semua mempunyai pandangan sendiri tentang tujuan pujian diberikan

setuju apa yang +Mohd Selim Zainal katakan =)
BinMuhammad berkata…
Salam acik,
Kadangkala kita tahu ianya salah tapi terus berikan pujian kerana nak menjaga hati... Mahu sahaja menegur tapi...xsampai hati. Bila ditegur memang ianya terjadi...terus menyepi dan xboleh terima realiti.
Biarlah dipinggirkan asalkan kita tidak terus menipu diri sendiri dan orang lain. Jujur kerana Allah...
PCL berkata…
..hudup ini pendek benar masanya jika mahu diukur , jika sudah tahu masanya pendek maka janganlah pendekkan lagi dengan kekeruhan sesama insan dan jika teman kita tak ramai maka jangan sedikitkan lagi dengan kecelaan. Yang pasti musuh kian ramai...maka janganlah kita meramaikannya lagi dengan akhlak2 yg buruk ..
Asha Lya berkata…
takut sebenarnya nak terima pujian dari orang..setuju dgn kata2 mselim3
Blog Santai berkata…
Anggaplah Pujian & kritikan adalah pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri bukan untuk menghancurkan Acik. Setiap dari kita memerlukan, kritikan yang membina. Cuma cara penyampaiannya harus betul. Kalau niat ikhlas pasti dipermudahkan...
nOe suhaimi berkata…
kadang2 orang tidak ikhlas dalam memberi pujian...semua kerana ingin menjaga hati...menjaga persahabatan...sebab tak ramai yang boleh menerima kritikan...tapi sebenarnya orang yang boleh menerima kritikan....itu lah orang yang kuat...tetapi biar la kritikan yang membina....bukan utk membinasakan orang... dari kritikan itu lah yg membolehkan kita menjadi lebih bersemangat...
Long Cham berkata…
kadang mmg suka kena puji sapa xsuka kena puji kan tipu la kalao ckp xsuka...
Azlan Strider berkata…
agreed to bro..kekadang pujian nie boleh makan diri balik sebab bila terima sangat pujian kita akan lebih akan rasa selesa dio comfort zone sehingga kita ambil sambil lewa semua benda...

Regards,
-Strider-
Lieya Von Jay berkata…
setuju sangat :) jangan mengharap pujian saja . kdg2 yang puji pon xeclas . smata nak sedapkan hati kita ja
Mizz Aiza berkata…
pujian itu ujian.. betul itu acik.. cuba positifkan diri untuk terima kritikan itu walaupun pedih.. hanya kepada Allah tempat kita berserah dan berdoa agar diberikan ketenangan hati seandainya sudah tidak tertahan dengan ujian kritikan itu..
shahrilhakime berkata…
sume oghang suke dipuji..... tapi tang terima kritikan.. tak sume suke.. kekadang kita melompat dengan kritikan...... yang mengkritik tu pun jangan le sampei menjatuhkan air muka udah le...
Admin berkata…
kritikan pedih, tapi membantu untuk maju
Unknown berkata…
pujian diperlukan untuk menaik kan semangat.tapi terlalu kerap mendapat pujian kadang2 sesuatu yang tak baik jugak.takut lambat lauk menjadi bangga diri dan memandang remeh pada pandangan dan pendapat orang lain.
Khir Khalid berkata…
Pujian itu adakalanya ikhlas & adakalanya tidak ikhlas... begitu juga dengan kritikan. Biarlah pujian mahupun kritikan itu kita panjatkan semuanya hanya utk Allah swt dgn sepenuh kesyukuran. Mudah2an apa yg kita kerjakan dlm kehidupan ini bertambah baik & bertambah lagi keberkatannya.. in shaa Allah..
betul tu...manusia memang begitu..
norhasnizakhalid berkata…
berhati-hati, pujian itu kadang datangnya untuk menguji sejauh mana gelagat kita...
Fiza Aizzawa berkata…
puji tapi dalam hati kutuk.. kadang2 dari mimik muka pun kita boleh baca yg mereka nie puji ikhlas atau tak.. mungkin niat nak menjaga hati tapi betul mcm acik cakap tu.. sampai bila...
Unknown berkata…
kritikan dan pujian amat diperlukan..kritikan dapat mbetul kesalahan dan kesilapan. Pujian pula adalah pendorong kita untuk terus melakukan sesuatu perkara dengan cara yg terbaik.
Unknown berkata…
lebih baik senyum saja sama ada kena kritik atau kena puji ...
Tanpa Nama berkata…
tak ramai yang ikhlas bila memuji, tapi bersangka baik sajelah dengan semua orang
dear anies berkata…
kita manusia sbnr nyer x layak utk pujian...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. selamat pagi.. bersangka baik adalah lebih baik... in shaa Allah. sheila singgah dan menabung nuff sini ~~~
Bunda_nora berkata…
ASSALAM,

LUMRAH MANUSIA...
CD berkata…
zizie lebih suka dikritik, tetapi kritikan yang membina la.. kalau tak membina pun, biarlah berhikmah.. bila ada orang puji, most of the time rasa sangsi sebab ada yang berbentuk sarcastic. rasa macam, "perli ke apa dia ni?" so, senyum dan say tq jela.
Unknown berkata…
Saya boleh ditegur dan dinasihati secara baik.. bukan mengkritik pedas.. hehe
sobri yaacob berkata…
setuju acik..tapi yg pasti x ramai bg pujian iklas dan kritikan yg membina..susah la ak jmpa yg bg kritikan or pujian iklas dari sanubari :P
||aLeaSaRa|| berkata…
as-salam acik apa khabar :)

kritikan kadang2 kita perlukan untuk perbaiki dan mantapkan lagi kemahiran ,contoh di dalam penulisan sebagai blogger.Pujian....semua manusia memerlukan pujian sebagai 'booster'.Pujian dan kritikan saling lengkap-melengkapi selagi kita bijak mengawal emosi :)
randomlyally berkata…
pujian biar dari hati..teguran biar berdiplomasi..insyaAllah, silaturahim dapat berkekalan dan lebih dieratkan.. :)
Aqilah Azmi berkata…
puji sikit sikit boleh lah :) jgn melebih sudah hihihihi.
betul, susah nak terima kritik. Bila orang kritik, kata don't judge.
Bila nasihat pun susah gak haih. Manusia.
Unknown berkata…
Bleh kritik tp jan kritikan tlampau pula hgga mdatangkn aib kpd si dia. Betulkn niat menegur kita dahulu sblm nak tegur seseorgm. Insyallah, Kritikan mbina sgt di harapkan.. =) bagi zara, pujian ni pula kena lah btempat.. dan ikhlas.