Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam



Assalamualaikum 

Semalam acik sempat mendengar ceramah yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang mengupas tentang cara mendidik anak yang nakal. Sangat teruja acik mendengarnya dan ianya untuk pengetahuan untuk masa akan datang. Dalam ceramah tersebut banyak yang ceritakan dan antara yang sangat menarik perhatian acik adalah cara menghukum anak yang tidak di benarkan dalam islam.

Kadang kala ibu bapa dalam keadaan marah dan tidak dapat mengawal emosi mereka lakukan pekara-pekara yang sepatutnya sehinggakan mampu mencederakan anak yang masih kecil.Jadi acik kongsikan kepada kamu semua.

 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Kita menghukum anak-anak yang membuat kesilapan ini bukan untuk menyeksa dan membinasakan mereka tetapi lebih kepada memberi pengajaran bahawa apa yang dia lakukan ini adalah sebuah kesalahan. Kanak-kanak bukan dia tahu pekara itu elok atau tidak maka kita ajarlah mereka. Dia menghukumnya sekadarnya untuk dia tahu pekara itu salah dan di masa akan datang tidak akan mengulangi pekara yang sama. 

Catat Ulasan

26 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
Terima kasih atas perkongsian acik, adakalanya geram dengan tingkah laku anak-anak ini... sabar itu penting..
Unknown berkata…
Nice sharing.. betul.. kalau nak didik anak pun jangan sampai mendera.. sebab kesan penderaan terhadap mental mereka apabila dewasa kelak...Kanak-kanak harus disayangi dan bukan dikasari..
paridah berkata…
bagus sekali n3nya mendidik anak2 ni berbeza pendekatannya mengikut peribadi anak anak kita...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, nice sharing... bertambah ilmu parenting sheila. hehehe in shaa Allah, akan cuba sedaya upaya kawal kemarahan terhadap anak-anak. singgah menabung komli sini~~~
Shahrul Yusof berkata…
Nak jaga anak senang, nak didik anak tu yang susah. Kesabaran dalam diri memang perlu tinggi kerana ada masanya sikap anak-anak akan menguji sejauh mana tahap kita sebagai ibu bapa yang beriman.
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah.. perkongsian yg sgt baik. Mmg bnyk budak2 nakal akan menjadi lebih nakal jika ditegur dgn kekerasan terutama pada zaman kini.. kesabaran mmg perlu ada dlm mendidik kan..
slalu kita bising ttg ramai yg nakal skrng & kita jadi marahkan mereka supaya baik.. tp apa yg jadi, mereka sebenarnya semakin nakal & silap2 jadi jahat. Ujian buat umat akhir zaman rasanya agar kita lebih prihatin & sentiasa sabar... wallahualam...
terima kasih atas peringatan ...
kena ubah cara didikan nie,
good info ...
great piece of sharing acik, memang perlu peringatan sebegini kepada ibu bapa semua... thanks for sharing acik...
Wafi Remli berkata…
Didiklah anak-anak dengan didikan teknik Rasulullah SAW
Fiza Aizzawa berkata…
Bukan senang nak didik anak...tambah pula zaman sekarang nie.. cara menghukum perlulah betul supaya tidak menjejaskan emosi anak-anak.. Fiza dulu pun dididik dengan rotan juga tetapi takde la sampai kategori dera..
Affy Afiqah berkata…
yang ni ika pernah belajar masa zaman sekolah dulu dalam syariah islamiah :)

semoga dapat kita jadikan pengajaran, dan ilmu ini mungkin boleh digunakan bila kita mendirikan rumah tangga dan memiliki anak nanti :) semoga mampu menjadi seorang ibu atau bapa yang mengikut syariat islam dalm mendidik anak2...
Unknown berkata…
Peringatan yang baik... tq acik :)
nice sharing..peringatan buat semua.
Hariz berkata…
InshaAllah panduan buat semua ibu bapa di luar sana :)

Ikhlas,
www.profhariz.com
Maria Firdz berkata…
Nice sharing acik.. Itulah... Bila mrh sy suka larikan diri sbb tkut termrah anak..
sobri yaacob berkata…
nice sharing..dulu blajar bnda yg sama.. tapi bila dingatkan..balik baru la x lupa... terima kasih
BinMuhammad berkata…
Nice sharing Acik...amat berguna utk ibu bapa..
Tanpa Nama berkata…
salam acik...

dlm islam ada panduan utk mendidik anakkan acik,kalau semua umat islam mengikut undang2 yg ada di dlm alquran utk panduan hidup,byk masalah dpt diselesaikan....
Blog Santai berkata…
Islam itu lengkapkan Acik..segalanya ada sebagai panduan..
Unknown berkata…
hebat perkongsian Acik kali ni.. islam itu penuh kasih syg.. adapun dibenarkan untuk memukul, bertujuan untuk mengingatkan..
Nurul berkata…
Nice sharing, Acik... Panduan buat semua ibu bapa, dalam mendidik anak memang perlukan kesabaran yang tinggi, lebih2 lagi bila anak terlebih nakal... takut x sabar, marahkan anak sampai trauma si anak ataupun takut anak cedera...
Unknown berkata…
Nice sharing..
Shida Radzuan berkata…
tq sharing acik..boleh lah shida share nnt utk tatapan masyarakat yg selalu melabelkn ank sbgai ank patung blh hentam ssuka hati kan huhuuu.. Islam pn dah ajar bgaimna cara nk pkul/mnegur ank2 jika dia bt salah..nak pkul pn biarlah stimpal dgn kslahan yg ank2 buat :)
nOe suhaimi berkata…
ibu bapa kena banyak bersabar menghadapi kerenah anak2...terima kasih atas pekongsian acik...peringatan tuk noe juga ni
Sukma berkata…
nice sharing...peringatan untuk diri sendiri.......
Unknown berkata…
Jika anak2 dipukul dengan fishing rod sehingga berdarah . Atau kayu ( bukan rotan )
sehingga lebam ,adakah termasuk dalam kategori no. 5