Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Lebih Tua Dari Kau, Maka Akulah yang Betul!

aku lebih tua dari kau

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini, ucapkan syukur atas rahmatnya.marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Sungguh penat hari ini kerana baru selesai siapkan pengambaran video klip. Sewaktu balik ke rumah tadi, acik singgah ke kedai untuk membeli barangan keperluan tiba-tiba acik di langgar oleh seorang pakcik yang datang menerjah dari belakang. Dah langgar tapi dengan selamba berlalu pergi dan ada seorang remaja lelaki itu tegur pakcik tersebut.

Remaja : Pak cik, saya nak minta maaf, tapi pada saya tak baik kelakukan macam tu , dah langgar orang bukan nak minta maaf main pergi aje, kesian abang tu bersepah semua barangnya.

Pak cik : ala benda kecil tak payah nak besar-besarkan.
Remaja : memang la ,tapikan...
Pak cik : Tapi apa ? pandai nak mengajar aku, aku lebih makan garam dari kau !! lebih baik kau jangan masuk campur.

 Sebenarnya acik hanya mahu berkongsi tentang sebuah kenyataan hidup yang kadang kala bukan semua benda apa yang kita buat ini betul belaka. Kita manusia biasa, ada berlaku khilaf dan kadang kala kita tak sedar .Pada zaman sekarang ini tiada siapa pun manusia yang sempurna dan faktor umur bukan alasan untuk asyik rasa diri kita betul sahaja.

“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorang pun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim) 

 
Seperti apa yang di ajarkan oleh Rasullulah bahawa kita kena hormat orang yang lebih tua daripada kita.Pada acik tu semestinya apa yang kita lakukan .Tapi bukan semua benda mereka selalu betul walaupon kadang kala tindakan mereka salah. Pernah ke kamu cuba beri pandangan,pendapat, teguran kepada mereka ?  bagaimana reakis mereka ? adakah di terima atau di tolak ?? dan ayat orang-orang tua kita yang agak melenting apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.

Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan terkejut, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.Sebab kalau kita kata lebih-lebih kita akan di anggap kurang ajar. 


Tapi masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang lebih berumur. Mereka saja yang betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau ditegur oleh 'budak kecik'.Kalau ikutkan hati nak jer cakap patut la sakit banyak makan garam rupanya..(tapi dalam hati jelah hehehhe) 

susah ke kalau nak kata ayat macam nie ?

Betul tu, saya yang salah dan saya minta maaf

Pernah juga terjadi kepada acik, kalau dia rasa kita salah terus menyerang tanpa soal selidik ,cuba kalau dia yang melakukan kesalahan itu makin senyap seribu kata. Hilang maruah sebagai orang lebih dewasa bila minta maaf ? dan ada tu sampai buat tak tahu dan anggap ini bukan masalah.

Mereka akan rasa mereka selalu betul walaupon tindakan itu di luar norma kehidupan. Apa yang selalu kita boleh buat hanya berdiam sahaja dan mengalah ,kalau ikutkan ego dan marah memang kita pon same je macam mereka .Tapi yang penting Innallaha Ma'a Sobirin (Sesungguhnya Allah Beserta Orang Yang Sabar)

Catat Ulasan

25 Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum... Tidak ada beza tua atau muda. Kita tetap harus saling hormat-menghormati...bantu-membantu... dan saling perlu antara satu sama lain...
Anisa Anuar berkata…
ego kot...mana boleh yg muda beri tunjuk ajar
PeRdU cINta berkata…
Ajal tidak mengenal usia,jantina,pangkat dan darjat...begitu juga dalam kita berbuat kesilapan..semua orang terdedah dan berpotensi melakukan kesilapan..sama ada sengaja atau tidak..lantaran itu kita juga mesti tarbiah diri agar sentiasa bersedia untuk dinasihati atau menasihati..
farhana mohamad berkata…
rite acik!
kebanyakan orang yang lebih berusia dari kita akan rasa tercabar bila yang muda menegur. bukan mudah nak membetulkan kesalahan orang berumur. kena pandai tawan hati diaorang dalam menegur
Unknown berkata…
'penyakit' yang boleh belaku kepda sesiapa saja bro...
Tanpa Nama berkata…
tak suka org yang mcm ni. dia tau dia salah, tapi ego dia tinggi benar. nak jugak salahkan kita. rasa dia je betul..
mujagirl92 berkata…
paling tacim kalau jadi gini,, sobsss
Amir Khalis berkata…
yang tua dihormati yang muda disayangi :D
sobri yaacob berkata…
ye betul x de beza tua atau muda..salah tetap salah..kita kena saling ingat mengingati:P
Unknown berkata…
Kenalah saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain. Setiap manusia buat kesilapan, tak kira tua ataupun muda. Kalau buat silap, minta maaf. :)
Unknown berkata…
Islam mengajar kita untuk saling menghormati tak kira usia . klu nak org hormat kita , maka kita perlu hormat orang dulu ...
Jiarizaira berkata…
hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira umur. Hormat orang lain jika nak diri kita dihormati oleh orang lain.
norhasnizakhalid berkata…
adakalanya yang tua ni begitu lah sikapnya, semua dia sahaja yang betul, susah jika berlaku begini.
Amirul Bin Ramli berkata…
Dalam psikologi ada cakap orang tua personalitinya dah hampir lengkap, jadi kalau nak terima perubahan atau nasihat tu susah atau ambil masa yang lama... tapi rasanya semua bermula dari kesedaran yang kita bina dari zaman muda-muda ni lah.
cikpinz berkata…
Jika dia berpegang kepada ajaran Islam yang betuknya pasti yang tua akan menerima pandangan atau teguran dari yang muda..situasi macam tu selalu sangat terjadi walaupun di pejabat sendiri..
Blog Santai berkata…
Tak ada sempurna didunia ni kan Acik..Betul yang tua harus dihormati. Tapi tak semestinya tak boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih mudakan..mungkin itu yang lebih baik..
Khir Khalid berkata…
Org tua mmg kita kena hormat & org muda kita kenalah tunjukkan contoh kepimpinan yg baik sbg org yg lebih tua agar mereka hormati kita tanpa paksaan kan.. saya pernah terdengar satu tazkirah... org tua yg slalu mengaku dia tua & org lain perlu hormat dia itu dtgnya dari budaya yahudi.. org yahudi yg mengaku kaum & agana dia adalah yg tertua di bumi ni.. mereka nak semua org tunduk dgn mereka walau apa cara pun..
Dlm islam, hormat menghormati tu lebih diutamakan.. klu org tua sayang & kasih kpd yg muda, pasti yg muda 1000x hormat.. kecualilah puak2 yg sengal hehee... apalah pakcik tu..
ANIM berkata…
prinsipnya mudah saja acik...
kalau kita mahu disayangi, kita hendaklah dulu menyayangi;
kalau kita mahu dihirmati, kita hendaklah dulu menghormati
wallahua'alam
dia tengah berserabut kot
nOe suhaimi berkata…
Bukan senang orang tua nak menerima teguran orang muda.....tapi ada juga yg boleh menerima...lain org lain cara pembesarannya...
Hariz berkata…
Selalu jumpa orang macam ni. Memang saya buat tak tau je bro :)

Ikhlas,
www.profhariz.com
Maria Firdz berkata…
Hmm... Mmg dunia akhir zaman kot... Dh xde bdya homat menghormati..
Yana Yani berkata…
emm, mungkin ada betul apa kata acik tu
setiap di antara kita ada melakukan kesalahan
sama-samalah perbaiki diri =)
nyalaventure berkata…
saling menghormati..bukan bermakna tidak boleh tegur, sekiranya teguran itu membawa, mengarahka kepada kebaikkan dan selagi teguran itu tidak menyuruh kepada perkara melanggar hjukum hakam agama mengapa dibantah..biasa teguran datang dari orang yg sudah mengalami peristiwa..teguran tidak nama teguran ika tidak punya pengalaman..adi teguran itu bukan arah hnya panduan bagi mereka yg belum mengalami...ruuk semula org lama dlm apa apa hal dan ilmu utk hidup tenang.