kasih ibu


Assalamualaikum

 Alhamdulilah masih bernyawa di muka Allah ini, ucapkan syukur atass nikmatnya. Marilah berselawat ke atas nabi muhammad saw. Sebelum itu acik juga nak minta maaf kerana tak dapat berkunjung ke blog kamu semua kerana kesibukan yang melanda. Entri acik beberapa hari ini adalah autopost sahaja.

Tesentuh di hati apabila mendengar rintihan seorang ibu yang tinggalkan anaknya ketika kemuncak kejayaan anaknya. Dia lebih memilih meninggalkan ibunya yang telah berjasa dengannya.

Acik teringat kata mak cik yang acik interview di rumah orang tua tahun lepas " kami orang tua ini kadang ada buat silap juga tapi kami cuma nak yang terbaik untuk anak anak kami, bila dah besar dan ada duit sendiri rasa kita ini menyusahkan dan kongkong mereka. Dan akhirnya mak cik di sini.

Masa itu , air mata bergelingan bila melihat mak cik tersebut. Pada acik , sejahat mana ibu bapa kita sekalipun mereka adalah ibu bapa kita yang membesarkan kita dari kecil hingga besar. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Dia yang suapkan kita ketika kita kecil ,dia jaga kita penuh dengan kasih sayang, dia pujuk kita, dia bagi kekuatan bila down. Tapi bila kita dah besar kita dah ada duit ? Ibu minta duit ,cakap ibu asyik nak duit saje.

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, jangan terlalu ego dengan pendirian sendiri, jangan terlalu ikut perasaan dan dengar kata kata orang luar. Pergilah jumpa ibu berbincang baik baik dan jangan bermusuh dengan ibu, Dia ibu kita bukan ibu orang lain. Ibu mana yang tak sayang anaknya ? Walaupon kadang kita rasa dia tak sayang kita padahal ibu dah buat yang terbaik untuk kita cuma kita jer rasa macam tu.


Ingat Redha Allah adalah redha ibu bapa kita, Murka ibu bapa kita adalah Murka Allah .Jangan nanti tak cium bau syurga hanya kerana pertahan seorang wanita/lelaki. Kalau mak acik pon mesti mengamuk dan melinting bila tengok anaknya keluar dengan perempuan/lelaki yang di mata mereka buruk perangainya. Mesti kecewa,sebab itu pernah ada orang kata, seorang ibu boleh jaga 10 anaknya tapi 10 anak tak mampu jaga seorang ibunya.

Pernah tahu tentang anak yang beribu dan berbapakan khinzir tu ? Sedikit sedutan dari kisah tersebut

"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

 Lihatlah , ini ada contoh bahawa walaupon ibu bapanya pernah buat kesilapan sebagai anak kita perlu hormat dan menjaga mereka. Bukan hanya sekadar meluahkan perasaan rasa tak puas hati di media. Orang media kerjanya kena mendapatkan berita saje dan dia akan cari tahu.

Ingat perempuan yang baik adalah perempuan yang bersama kita membawa ke jalanNya dan perempuan yang baik pastinya tak akan biarkan lelakinya untuk membelakangkan ibu nya sendiri.

Ingat yer adik-adik dan kepada diri acik sendiri,setiap masalah ada penyelesainnya . Jangan terlalu ikut nafsu dan perasan amarah.  Walaupon mungkin di katakan itu salah ibu kamu apakah satu kesalahan seorang anak meminta maaf terhadap ibunya. Please acik merayu semua kepada anak muda jangan kerana perempuan /lelaki yang kononnya kamu sayang sehinggakan kamu sanggup buang ibu bapa kamu.

Ini hanya sekadar pendapat acik yang tak seberapa,sekiranya ada pihak tidak sukakan padanya entri ini pejamkan saje mata tu ye.