Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Buang Ibu Hanya Kerana Seorang Perempuan/Lelaki Yang Kamu Sayang

kasih ibu


Assalamualaikum

 Alhamdulilah masih bernyawa di muka Allah ini, ucapkan syukur atass nikmatnya. Marilah berselawat ke atas nabi muhammad saw. Sebelum itu acik juga nak minta maaf kerana tak dapat berkunjung ke blog kamu semua kerana kesibukan yang melanda. Entri acik beberapa hari ini adalah autopost sahaja.

Tesentuh di hati apabila mendengar rintihan seorang ibu yang tinggalkan anaknya ketika kemuncak kejayaan anaknya. Dia lebih memilih meninggalkan ibunya yang telah berjasa dengannya.

Acik teringat kata mak cik yang acik interview di rumah orang tua tahun lepas " kami orang tua ini kadang ada buat silap juga tapi kami cuma nak yang terbaik untuk anak anak kami, bila dah besar dan ada duit sendiri rasa kita ini menyusahkan dan kongkong mereka. Dan akhirnya mak cik di sini.

Masa itu , air mata bergelingan bila melihat mak cik tersebut. Pada acik , sejahat mana ibu bapa kita sekalipun mereka adalah ibu bapa kita yang membesarkan kita dari kecil hingga besar. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Dia yang suapkan kita ketika kita kecil ,dia jaga kita penuh dengan kasih sayang, dia pujuk kita, dia bagi kekuatan bila down. Tapi bila kita dah besar kita dah ada duit ? Ibu minta duit ,cakap ibu asyik nak duit saje.

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, jangan terlalu ego dengan pendirian sendiri, jangan terlalu ikut perasaan dan dengar kata kata orang luar. Pergilah jumpa ibu berbincang baik baik dan jangan bermusuh dengan ibu, Dia ibu kita bukan ibu orang lain. Ibu mana yang tak sayang anaknya ? Walaupon kadang kita rasa dia tak sayang kita padahal ibu dah buat yang terbaik untuk kita cuma kita jer rasa macam tu.


Ingat Redha Allah adalah redha ibu bapa kita, Murka ibu bapa kita adalah Murka Allah .Jangan nanti tak cium bau syurga hanya kerana pertahan seorang wanita/lelaki. Kalau mak acik pon mesti mengamuk dan melinting bila tengok anaknya keluar dengan perempuan/lelaki yang di mata mereka buruk perangainya. Mesti kecewa,sebab itu pernah ada orang kata, seorang ibu boleh jaga 10 anaknya tapi 10 anak tak mampu jaga seorang ibunya.

Pernah tahu tentang anak yang beribu dan berbapakan khinzir tu ? Sedikit sedutan dari kisah tersebut

"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

 Lihatlah , ini ada contoh bahawa walaupon ibu bapanya pernah buat kesilapan sebagai anak kita perlu hormat dan menjaga mereka. Bukan hanya sekadar meluahkan perasaan rasa tak puas hati di media. Orang media kerjanya kena mendapatkan berita saje dan dia akan cari tahu.

Ingat perempuan yang baik adalah perempuan yang bersama kita membawa ke jalanNya dan perempuan yang baik pastinya tak akan biarkan lelakinya untuk membelakangkan ibu nya sendiri.

Ingat yer adik-adik dan kepada diri acik sendiri,setiap masalah ada penyelesainnya . Jangan terlalu ikut nafsu dan perasan amarah.  Walaupon mungkin di katakan itu salah ibu kamu apakah satu kesalahan seorang anak meminta maaf terhadap ibunya. Please acik merayu semua kepada anak muda jangan kerana perempuan /lelaki yang kononnya kamu sayang sehinggakan kamu sanggup buang ibu bapa kamu.

Ini hanya sekadar pendapat acik yang tak seberapa,sekiranya ada pihak tidak sukakan padanya entri ini pejamkan saje mata tu ye.

Catat Ulasan

21 Ulasan

Jangan. Jangan buang darah daging kita sendiri. Jangan ada perasaan dengki terhadap adik beradik sendiri.
Unknown berkata…
Betol tu dik .
Redha ibu itu patut kita cari.
Nilai seorang ibu memang tiada tandingan nya.
paridah berkata…
n3 yg sangat menyentuh hati...lelaki r perempuan yg kita sayang itu hubungannya dgn kita senipis kulit bawang..bila2 masa saja boleh terkoyak tapi relasi dgn ibubapa kita kekal abadi selamanya. kemarahan Allah kpd kita kerana derhaka kita kpd ibubapa.
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

kalau pasal ibu nie.. kekadang tersentuh hati.. "ibu adalah permata hati" yang tiada galang gantinya. Tanpa ibu siapalah kita. Walaupun kita sayang kat isteri.. jangan sesekali kita lupa untuk sayang kat ibu yang telah membesar dan mendidik kita..

mselim3
Wafi Remli berkata…
Tergamak anak buat macam tu kat mak yang bertarung nyawa melahirkannya suatu ketika dulu...
Fatihah Azanan berkata…
Nauzubillah min zalik. Semoga kita semua dijauhi dari sifat pentingkan diri sendiri dengan mengabaikan seorang permata yang telah bnyak berjasa utk kita :)
sobri yaacob berkata…
macam mana la tergamak ye..tapi setiap org ada alasan tersendiri..just x leh bayangkan situasi yg berlaku.....
Maria Firdz berkata…
Ibu tiada galang gantinya... Kekasih boleh ditukar ganti tapi ibu bapa???
Unknown berkata…
Kekasih / Isteri ada pengganti.. Ibu bapa tiada?? Hilang.. Al-Fatihah buat Ayah.. Rindu pada ayah.. Rasa menyesal kerana selama hayatnya masih belum puas untuk menunjukkan yang aku sayang padanya..
Unknown berkata…
terasa saya.. tapi mak ayah saya dah bercerai. :( jarang jumpa umie. tapi tu la hakikat. kalau nak tunang nikah bersanding tak leh jemput dia. hmmm. :( http://iluvtour.com -salah seorang dari team iluvtour-
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah... Ibu itu membawa keberkatan dlm kehidupan ini.. Doa ibu adalah yg terbaik utk kta semua. Semoga kita tidak tergolong dikalangan org2 yg derhaka... aamiin...
Fiza Aizzawa berkata…
terima kasih acik atas nasihat nie.. Fiza sayang mak dan mak mertua Fiza... >_<
jie susanos berkata…
emm,toi tu acik..jaga la ibubapa kita sebaik2 nya..
Tanpa Nama berkata…
bila ckap pasal ibu/ayah..hati pasti tersentuh..lindugilah mereka dunia dan akhirat, tempatkan mereka di syurga tanpa hisab ya allah.
YunFila berkata…
Bagaimana dengan mereka yang pernah cuba dibunuh, dilemaskan atau diracun oleh ibu mereka sendiri?
Mizz Aiza berkata…
walau siapa pun ibu kita, mereka tetap darah daging kita.. tanpa ibu kita mungkin kita tidak akan lahir di dunia ini.. hargailah ibu sementara dia amsih ada dan doakan dia apabila dia telah tiada..
Unknown berkata…
ain setuju sgt dgn entri ni Acik.. ain ingat lg pesanan makcik ain,,, katanya walaupun ibu kita tak lakukan tanggungjawab sbg seorang ibu kpd kita, urusan pembalasan adalah keje Tuhan.. biar Allah sahaja yg membalas segala keburukannya.. kita sebagai anak lakukan tggjawab sbg anak dgn memberi kasih syg n menghormati mereka.. segala kata2 kasar yg ibu kita pnah luahkan anggap spt bayang2 sahaja... and jgn ambil hati langsung.. ain pgg pesanan makcik ain tu smpai sekarang..
Yana Yani berkata…
tersentuh hati akak baca entry acik hari ni
kebelakangan ni ramai yang mengabaikan ibubapa
minta dijauhkan keturunan akak dari sifat begitu
semoga ada yang mendapat manfaat dari entry ni sepertimana akak
farhana mohamad berkata…
redha Allah terletak pada redha ibubapa. sehebat mana pun seorang anak, anda bukanlah siapa2 tanpa redha seorang ibu.
Doa ibubapa itu mustajab...jgn abaikan mereka,
sebagai anak berusahalah utk membalas jasa baik mereka..
ke syurga kita nanti...