Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Mengajarkanku Mencintai Kerana Allah

bercinta kerana Allah
Gambar Hiasan 
Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke atas nikmat Allah yang tidak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa minggu acik tak sempat untuk menjawab semua pertanyaan di email kerana kesibukan pelajar final year Masscom uitm Shah Alam. Memang banyak pekara yang belum di selesaikan. Ada 178 lagi email yang acik tak sempat nak balas, acik akan balas tetapi lambat sedikit, minta maaf sangat.


Kebetulan beberapa hari yang lepas acik telah mewawancara salah penghantar email setelah beberapa dia menghantar email untuk berkongsi cerita bersama kita.

Penghantar email : assalamualaikum acik, minta maaf sangat menganggu acik, memang dah lama sangat saya nak berkogsi cerita dengan acik, tak tahu mengapa saya lebih selesa bercerita masalah dengan acik dan suka membaca penulisan acik di blog. Nama saya Zana, walaupun acik lebih muda dari saya tetapi saya suka cara acik beri nasihat nampak kematangan di situ.

Acik : walaikumusalam ye Zana, tidaklah acik hanya berkongsi realiti kehidupan yang berlaku pada diri acik dan orang sekeliling untuk tatapan pembaca di blog ini. Semuanya datang dari Allah,acik hanya menyampaikan ilmunya. Saya sedia menjadi pendengar yang baik untuk pembaca blog ini, apa yang Zana nak kongsikan pada kami ?

Zana : Zana dulu macam remaja yang lain, yang ingin di cinta dan mencintai dengan sepenuh hati. Zana hanyut di bawa indahnya cinta yang sementara itu, tak pernah lekang telefon bimbit di tangan, rasanya ingin mendengar suaranya selalu. Rasanya selalu ingin bertemu sehingga Zana yakin dia memang jodoh Zana kerana perhubungan kami hampir 6 tahun dan kami bakal berkahwin. Masa itu, memang Zana buat apa sahaja hanya untuk dia. Zana sedar,Zana bukanlah perempuan yang baik, saya banyak buat khilaf, kalau jalan dengan dia tanpa segan silu kami seperti pasangan bercinta yang lain. Bila Zana beli baju seksi untuk di pakai di semakin menyokong dan katakan ianya untuk kecantikan diri sendiri.


Sebelum kawin kebiasaannya akan ada ujian Hiv dan di dapati si dia tak lepas ujian tersebut dan dia positif. Hati ini hancur sangat apabila Zana sangat percaya padanya. Tapi di belakang saya ? saya tak tahu apa yang dia buat. Saya dah siapkan semua persiapan. Saya tekad untuk tidak bersamanya. 

Setahun selepas itu, saya ada kenal seorang lelaki ini, kami hanya pernah bertemu beberapa kali sahaja. Dia pernah kata dia mahu jadikan saya isterinya. Tapi setiap kali saya bersamanya, saya rasa lain tak seperti pasangan lain. Dia tidak pernah memegang tangan saya, dia tak pernah bergayut tiap malam hanya yang di beri adalah mesej-mesej biasa. Kalau berbual dengan dia pastinya dia akan kaitkan dengan pengajaran. Selalu ingatkan tentang dosa dan pahala,menegur perbuatan saya tanpa saya terasa di hati berjenaka juga selalu kenakan saya tapi saya tak terasa. Dia mengajar saya untuk kenal siapa diri saya dan dia mengajar saya untuk kenal siapa itu Pencipta saya.Dia mengajar saya untuk mencintai kerana Allah dalam setiap apa yang saya lakukan mestilah kerana Allah.

Saya menaip ini dengan air mata kerana sebelum ini saya lagha dan tidak mengikut perintahNya. Saya sangat bersyukur kerana di berikan peluang kali kedua dalam hidup ini dan kini dia menjadi suami saya. Alhamdulilah dan saya pernah tanya pada suami saya, semasa dia berkenalan dengan saya apa yang dia selalu lakukan jika dia teringat saya ?

Dia kata pastinya dia akan berdoa pada Allah supaya jaga cinta dan rindunya dan berikan pada orang tepat .

Terasa di hargai, tidak perlu berwajah tampan tetapi cukuplah dia mampu membimbing saya.

Acik : alhamdulilah Zana sangat beruntung sekali kamu ,setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak pernah terfikir. 

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami  yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Semoga kamu berdua bahagia di dunia di akhirat.

Itulah secebis kisah kehidupan yang berlaku di sekeliling kita, ambil sebagai pengajaran dan contoh. Semoga kamu semua mendapat rahmat dan hidayah ALLAH. 


Catat Ulasan

27 Ulasan

sitirohaida berkata…
alhamdulillah...dia menemui insan yang betul...semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan acik..
Unknown berkata…
amin..tragis sgguh crte nye..
there's always blessing in disguise kann acik?
Unknown berkata…
Harap gua juga dipertemukan....
Khamsi Abdullah berkata…
Well, kebanyakan remaja sekarang khususnya suka sangat cari pakwe makwe yang boleh berkepit doplo pat jam... bergayut berjam-jam. Bercinta bagai nak rak sedangkan kemudian hari takdek sorang pon yang tahu apa akan jadi. Setakat ni saya tengok kawan2 saya yang bercinta dari zaman belajar dan mengakhiri dengan nikah cuma 2 3 pasangan je. Yang lain? Samada belum nikah atau dah nikah dengan orang lain. Saya dulu pun sama, tapi alhamdulillah...orang sekeliling saya especially mak ayah jaga tingkah laku walau saya dah dewasa.
Ainim Rashihah berkata…
Alhamdulillah..beruntung Zana dipertemukan dengan lelaki yang baik. Semoga kekal hingga ke jannah
Ismi Ana berkata…
Lelaki yg baik mendorong wanita menjadi lebih baik. :)
Jari Manis berkata…
Itulah bakal suami yang sedang di cari (verangan lagi)...tapi mudah mudahan Allah Makbulkan..BERCINTA KERANA ALLAH...apa-apa pun pokok pangkal nya kita perlu ada ilmu dalam semua bidang kehidupan. Cerita ni mmg memberi pengajaran...terima kasih Acik..thumb up :-)

BERCINTA KERANA ALLAH..in sha Allah akan bahagia sehinga ke akhir hayat tetapi takkan lekdang dek ujian..
YunFila berkata…
Bila baca kisah ini, saya teringat pula tentang satu pendapat berkaitan cinta dan perkahwinan oleh salah seorang sahabat Facebook saya yang merupakan seorang mualaf lelaki berbangsa Inggeris. Dia menceritakan betapa pentingnya cinta yang dimeterai melalui pernikahan sah demi Allah bagi hubungan cinta yang lebih bahagia dan berpanjangan. Orang putih pun tahu bercinta sana sini tanpa rancangan untuk berkahwin itu satu kehidupan yang tak lengkap. Nanti saya post isi coretan sahabat saya itu di dalam blog saya untuk tatapan acik ^__^
Fiza Aizzawa berkata…
Syukur kerana Zana diberikan jalan keluar oleh Allah...
Shahrul Yusof berkata…
Kalau dah terkena HIV ni, memang berat sikit nak pulih penyakitnya. Lagipun, kalau terkena HIV ni, sure orang akan anggap ada something perkara yang tak elok pernah dilakukan sebelum ini.
Azlan Strider berkata…
Alhamdulillah, Untung la Zana kerana dipertemukan jodoh yang tepat..bukan semua orang memperolehinya.. :) Hopefully perhubungan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat...

Regards,
-Strider-
ANIM berkata…
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Mungkin secara zahirnya, Zana nampak berpakaian seksi namun pasti ada kebaikan yang tersembunyi dan Allah telah jauhkan dirinya dari seseorang yang bakal membuatkan dia kelak merana. Indahnya hikmah yang Allah tunjukkan pada setiap peristiwa.
shazillahsani.com berkata…
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...kgd2 Allah sembunyikan matahari kemudian die munculkan kembali yg penuh bercahaya..☺☺☺
sobri yaacob berkata…
ya untunglah zana jmpa ringht person.. jodohkan urusan allah..walaupun berat ujian yg diberikan ;0
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah. Tak semua orang bernasib baik macam zana..Diberi peluang untuk kembali kepangkal jalan..
mrhanafi berkata…
syukur juga kerana blogger macam acik dah jadi kaunselor..tempat mereka memerlukan meluah masalah..ada pahala kat situ

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah... Allah sygkan zana dgn hadirkan ssorg yg mmpu membawa nya ke pangkal jalan...
Unknown berkata…
in shaa Allah, orang yang baik, maka Allah janjikan hanya yang baik untuk dirinya
Tanpa Nama berkata…
ALLHAMDULILAH
Unknown berkata…
akan ada kegembiraan selepas penderitaan ... insha Allah .
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

bagus achik.. membimbing dan memberi nasihat kepada yang memerlukan. Nasihat menasihati dan berpesan2 kepada kebaikan dan kebenaran. Tiap2 sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi, yang kita sebagai hambanNYa hanya pasrah kepada ketentuanNya.

mselim3
memmetlenggeng berkata…
Alhamdulillah....Semoga dia berjaya bersama cintanya sehingga keakhirat sana
Khir Khalid berkata…
Subhanallah... nikmat anugerah dari Allah swt... Allahuakbar...
Time Traveller berkata…
Allah Taala bila nak uji kiat boleh datang dengan pelbagai cara.. dan bila nak datangkan kebaikan dan nikmat pun dgn pelbagai cara.. jodoh dia Allah mempermudahkan.. alhamdulillah :D
Tanpa Nama berkata…
Ini baru dia...
Syazwani Zunidan berkata…
Alhamdulillah . Allah akan hadirkan seseorang yang terbaik untuk kita .