Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Tauladan : Kubur Berkata-Kata

gambar hiasan
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur ke ata nikmat yang tak terhingga. seperti biasa hari jumaat acik akan kongsikan cerita tualadan kepada semua. Selamat membaca kepada semua. 
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Catat Ulasan

20 Ulasan

Lieya Von Jay berkata…
terima kasih acik utk perkongsian ini.. salam jumaat ^_^
ANIM berkata…
sekolah kak anim dekat dengan kubur. setiap kali ada kematian kat kampung, boleh nampak proses pengkebumian dari awal hingga akhir. macam2 boleh nampak. ada cuaca panas tiba2 hujan rintik2, ada kena buang air dari kubur hingga guna pam air, ada kayu2 dikeluarkan dari lubang kubur. Allahu Rabbi..masa tu insaf sangat,macamana pulak nanti kubur kita:-))
Shahrul Yusof berkata…
Perkongsian yang bagus Acik :-) Semoga kita mendapat rahmat dalam kehidupan di dunia yang fana ini.
licha berkata…
kena lebihkan amalan baik :) insyaAllah .
Fiza Aizzawa berkata…
Terima kasih Acik atas peringatan..Salam jumaat Acik.. bila dalam kubur, amalan kita yang akan menjawab semua soalan..
Blog Santai berkata…
Thanks Acik...peringatan untuk kita semua...Salam Jumaat ya...
Unknown berkata…
perbanyakkan ibadah kita ... ingatkan diri sendiri ttgnya .
Unknown berkata…
Nauzubillah... TQVM acik atas peringatan ini...
Azwar Syuhada berkata…
Bekalan akhirat belum cukup, kena lebih buat amalan baik2..Salam jumaat.. xD
Tanpa Nama berkata…
terima kasih utk perkongsian ni :)
Tanpa Nama berkata…
Kita pasti akan ke sana juga nanti.
Destinasi akhir perjalanan kita..
sobri yaacob berkata…
salam juamat..
pkongsian dan pringatan bsama :P
randomlyally berkata…
Artikel yg sangat baik. Mengandungi peringatan yg amat berguna. Banyak membaca surah al-Mulk juga insyaAllah boleh membantu kita di sana. Juga tinggalkan amalan ygpahalanya tidak terputus walaupun kita dialam kubur iaitu didik anak yg soleh kemudian mendoakan kita, ilmu yg bermanfaat dan sedekah... Moga kita semua dirahmati Allah...wallahu'alam...
Jari Manis berkata…
Nice sharing dan boleh d jadikan tauladan buat semua
paridah berkata…
perkongsian yg amat bagus saling mengingatkan...
Nadia Johari berkata…
Allahuakbar...thanks sharing
mrhanafi berkata…
memang merisaukan ...jika tak sempat bertaubat!

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
SalbiahM berkata…
thanks atas perkongsian acik...
Khir Khalid berkata…
Perkongsian mendalam yg baik buat renungan kita semua.. t kasih atas peringatan ini Acik..
Maria Firdz berkata…
Nice sharing acik..