gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setelah beberapa hari acik tidak kemas kini entri baru, ada yang rindu ? Setelah ramai yang meminta acik untuk memberikan nasihat ini kepada remaja kita terutama kepada lepasan graduan yang baru mahu bekerja.

Jika kamu anak datuk, Tan sri tidak tidak menjadi masalah. Tetapi hal ini berlaku jika kamu seperti acik ini yang datang kehidupan yang sederhana dan perlu berusaha segalanya sendiri. Kebanyakan remaja sekarang yang baru memulakan kehidupan dengan enjoy duit yang ada.

Setiap bulan gaji, tetapi belum sampai akhir bulan berikat perut sebab duit sudah  tiada.Pemborosan yang berlaku menyebabkan kita kesempitan berlaku walaupun kita berkerja dengan bagus. Tidak pelik di di dada memaparkan tentang belia remaja yang muflis di usia muda. Jadi di sini acik ingin kongsikan pendapat dari hasil pemerhatian acik.


Pertama : Baru kerja dah pakai kredit card

Kredit kad sebenarnya hanya untuk mereka yang benar-benar mampu sahaja. Memang nampak mewah dan mudah di bawa ke mana sahaja. Tak perlu bawa wang yang banyak hanya perlu swap sahaja. Tetapi jika berlebihan berguna maka buruklah padahnya. Berbelanja tetapi tidak mampu bayar balik, hutang berpuluh ribu. Ianya sebenarnya membebankan kita. Nasihat acik, kita suka gunakan kad seperti ini, acik sarankan menggunakan kad debit. Kad debit ini adalah berbelanja menggunakan wang yang ada dalam kad tersebut kalau habis, maka habislah.

Kedua : Baru Kerja sudah Beli Kereta Mewah 

Ini satu hal lagi yang sering berlaku kepada remaja belia mahupun lepasan graduan. Baru beberapa bulan kerja sudah beli kereta yang mewah, tak mahu kalah tu beli vios, honda almera dan sebagainya. Memanglah sesetengah pekerjaan itu memerlukan kita ada kenderaan sendiri. Tetapi cukuplah kalau beli kereta mampu milik dan mengikut kemampuan kita. Jangan gopoh gapah dalam membuat keputusan. Pilihan di tangan kita

Ketiga : Membuat Pinjaman Peribadi 

Masalah satu lagi, bila sudah ada kerja ,mulallah di fikirkan soal kawin la pula. Di perempuan tak mahu lama, takut di gelar perempuan adartu, si lelaki tiada simpanan dan terpaksa membuat pinjaman peribadi. Majlis yang hendak di adakan itu besar-besaran. Jumlahnya juga tentu banyak. Nasihat acik, memang betul elok kalau di percepatkan perkahwinan itu, tetapi biarlah bersederhana. Jika nak buat "grand" buatlah perancangan yang teliti dan fikirkan kehidupan selepas kawin yang memerlukan belanja juga.

Keempat : Terlalu gila gadget

Satu lagi sering terjadi kepada remaja belia kita adalah terlalu mengikuti perkembangan gadget. Pandang ada keluaran baru gadget pastinya di beli. Padahal baru beli iphone 5s ,ini pula tak sabar nak beli i phone 6. Sudah beli samsung Note 3, beli lagi tap, lepas tu beli i phone, nampak oppo macam best, beli lagi.Jika kamu orang senang sekalipun berpada-padalah berbelanja. Duit bukan senang nak cari, jadi berjimatlah, belilah ikut keperluan.

Kelima : Terlalu mementingkan jenama

Mungkin ini hal yang remeh temeh, "ala apalah acik nie, itu pun salah ke ?. Tak pula acik cakap salah, memang tak salah. Tetapi bersederhanalah. Beli 1 beg harga Rm 5000. Katanya mahu ada imej yang ekslusif , beli kasut harga RM 700, seluar Rm 300 . Di pasaran ini sebenarnya terdapat barangan yang harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang lebih kurang. Apalah sangat pada jenama, jika kita terpaksa meminjam sana sini, dan berhari-hari tak makan. Cukuplah bersederhana, tak salah nak beli barangan berjenama, acik pun kadang beli juga tetapi buat bandingan harga dan keadaan kewangan pada bulan itu, boleh ke sampai untuk makan ke bulan seterusnya ?Apa-apa pun ukur baju pada badan sendirilah.