panggung wayang tgv
gambar hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka Allah ini, marilah bersyukur atas nikmat yang di berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Hari ini acik kembali dengan senyuman untuk kamu semua. Beberapa kali pekara ini terjadi, nak marah tak boleh nak diamkan rasa tergangu. Rasa nak gigit sahaja!! Pernah tak ketika tengok wayang ada ganguan ? Jadi meh acik berikan contoh-contoh ganguan.

Pertama : Main telefon bimbit ketika dalam wayang

Ketika dalam wayang ini sibuk lah main whatsapp, wetchat, update status untuk beritahu tengah tengok wayang. Paling parok sekali berselfie ketika lampu wayang di matikan. Acik tak kisah kamu semua nak buat apa pun. But please go away from me, sebab tergangu tu. Nak tengok cerita tergangu dengan sinaran lampu kamu tu. Ye acik tahu kadang kala urgent lebih baik lampu di setting malabkan sedikit tidaklah mata ini terngangu dek sinaran lampu.

Kedua : Wikipedia bergerak 

Ye acik tahu kamu peminat cerita itu, ye dah tahu dah tengok 100 kali siap boleh hafal bait kata-katanya. Tetapi bila tengok wayang tu, please silent. Sakit hati ini tak surut lagi, tadi pergi tengok cerita maze runner dia duk ceritkan balik dan selepas ini berlaku apa dan siap bagi detail pelakon tu. Tak perlulah cik non, pak ngah oii .Nanti bila keluar nanti ceritakanlah dari pagi sampai malam tak siapa nak marah.

Ketiga : Wayang sendiri

Dalam kegelapan dan keseronokan tengok wayang ini kadang kala tergangu oleh pelakon-pelakon yang tak di bayar ini. Pernah suatu ketika di MBO subang depan acik dua pasang kekasih sedang berkasih-kasihan. Naik geram di buatnya acik ambil pop corn dan tuang di atas kepalanya. Marah ketika itu tiada taranya. Dan mereka tahu mereka salah terus keluar dari panggung. Jadi nasihat kepada yang ada niat nak buat macam itu silalah batalkan niat kamu. Kami tak suka nak tengok wayang percuma dan dapat dosa sekali.

Keempat : Kaki letak di atas kerusi (di bahagian kepala) 

Ye kadang kala di panggung wayang ini tempat duduknya agak kecil dan sempit. Jadi adalah sebahgian mereka ini meletakkan kakinya di atas kerusi di depannya. Dapat tak ? Hormatlah orang lain nak tengok wayang, kalau kaki wangi tak apa, ini busuk!!! beradablah dan bertoleransilah kitakan sama-sama nak tengok wayang.

Kelima :  Pastikan kedudukan kamu tidak bersama bukan mahram

Ini satu lagi masalah, bila pergi berdua sahaja, ajaklah kawan-kawan bersama. Kalau berdua ,duduk pun mesti sama-sama nanti ada adegan yang tidak di ingini. Lagipun mengelakkan dari pekara bukan-bukan. Lebih baik mencegah dari terkena.Lebih elok jika di asingkan mengikut jantina. Kalau pergi ramai-ramai baru best. 

Keenam : Bawa budak kecil

Ye acik tahu, kamu teringin juga nak bawa anak-anak tengok wayang bersama. Tetapi pastikan cerita itu bersesuaian dan anak-anak itu tidak terlalu kecil.Sebabnya nanti anak menagis dan menjerit. Jadi satu dewan panggung dengar. Kalau umur 7 tahun ke atas maka boleh la pergi tengok. 

Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sering terjadi apabila tengok wayang, semoga elak-elakkan dan seronok tengok wayang dengan keadaan yang tenang. Selamat menonton semua.