Ticker

6/recent/ticker-posts

Seseorang Mendoakan Kebahagianmu Tanpa Kamu Sedari


Assalamualaikum

Dalam kehidupan kita tidak semuanya dapat kita miliki , sekeras mana kita mahukannya jika ianya bukanlah takdir kita maka tidak akan bersatu. lagi-lagi soal hati, ianya berbolak balik dan ianya mampu berubah sekelip mata tanpa kita sedar. 

Cinta itu tak semestinya harus di miliki. Tak harusnya kita memaksa mendapatkan orang yang pernah singgah di hati kita. Biarlah cinta itu selari dengan kemanisan berlandaskan cinta kepada ilahi.Ya, memang tidak di nafikan sakitnya bila di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Sangat pedih dan rasa frust menongeng di buatnya. 

Siapalah aku untuk melawan takdir ? 

Apa yang mampu aku buat adalah mendoakan kebahgiaan dia, agar dia bahagia dengan orang yang mampu membimbing dia ke jalan Allah. Biarlah ianya menjadi rahsia aku dan Dia. Tak perlu dia tahu, setiap waktuku tidak lekang untuk aku mendoakannya agar dia berjumpa dengan lelaki yang baik, lelaki yang bertanggungjawab dan lelaki yang mampu buat dia bahagia . Semoga dia menjadi wanita yang solehah dan wanita baik akhlaknya. Ya Allah kebahgiaan dia adalah kebahgian aku. 

Aku selalu juga mengikuti perkembangannya, hanya untuk memastikan dia dalam keadaan sihat dan selamat. Ketika ia menemukan lelaki tepat ketika itu aku rasa tanggungjawabku telah habis tetapi doa untukku tidak akan pernah lekang dariku untukmu.

Kadang kala aku lihat aku sendiri, termenung sendiri di buatnya. Tapi aku pasti dan aku percaya pada Allah, Dia akan temukan seseorang yang selayaknya untuk aku. Mungkin lebih baik dari aku dan bersamaku ke JalanNya.

Duhai dirimu bakal pendamping hidupku, bersabarlah aku di sini menanti dirimu kerana diriku banyak lagi kelemahan yang perlu di baiki. Aku sedang berusaha membaiki diri, jika benar jodoh itu untukku pastinya kita akan bersatu dengan IzinNya. 

Duhai dirimu bakal pendamping hidupku, semoga diri sentiasa menjaga kehormatan dirimu dan menjaga maruah dari pekara-pekara yang membinasakan mu.Jika tiba waktunya kita akan bertemu.

Akhir kalam dariku, untuk pembaca blog ini. 


Biarpun dari segi luaran tiada yang mengambil berat tentang halmu,

Percayalah,

Pasti ada Satu Hati yang selalu menjengukmu tanpa sedarmu,
Yang mendoakan kehidupan baikmu tanpa sedarmu,
Yang menaruh harapan agar kamu tahu
Dia selalu memerhatikan kamu.
Meski dia tahu,
Lewat pengetahuannya,
Kamu tidak langsung tahu akan hal itu.

Itulah "dia".

Catat Ulasan

16 Ulasan

randomlyally berkata…
Wahh..bunyi mcm patah hati je... Tak mengapalah acik..mungkin ada hikmahnya tak bersama dia skg. Boleh jadi Allah nak bagi acik n dia bersiap utk masa hadapan, manalah tau dipertemukan semula.. Kan. Moga segala yg terbaik untuk acik.. ;)
paridah berkata…
DLM ETIAP DOA KITA ELOK TURUT MENDOAKAN KEBAHGIAN N KEBAIKAN KWN2 N MRK YG DISAYANGI...
dia bukan jodoh kita...
tapi setiap kali lepas solat kita sedekahkan al-fatihah
dan sebut nama dia...
sekurang-kurangnya boleh melepaskan rindu kita pada dia..
jodoh ajal di tangan Allah Swt...kita syg pada dia...,
tapi,kalau tak der jodoh nak buat cam ner kan......
Mcm ada pengalaman jer (hihihi)...
Kebahagian dia kebahagian kita juga...
nini berkata…
jujur.....saya pernah putus dengan dia sebelum kami bertunang....dan sepanjang kami berpisah saya selalu berdoa ada jodoh dengan dia....alhamdulillah...jodoh kami.....dan sehingga sekafang masih lagi berdoa supaya jodoh kami dipanjangkan.....aminnn
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 kalau ada kekawan yang mendoakan kebahagian , tu yang touching.... terharu..

mselim3
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat acik..
Khir Khalid berkata…
Apa pun kita tetapkan hati dan bersandarkan kpd Allah dgn redha.. Sebagai sahabat, pasti akan ttp mendoakan agar bersama sentiasa diberkatiNya... aamiin.
Gee Lion berkata…
Seakan dah berputus asa saat ini. Sehinggalah terbaca apa yg ditulis oleh acik. Ada sedikit sinar harapan dlm hati.
akmal rusydi berkata…
kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain walaupon kita tidak kenal dia.
Ismi Ana berkata…
Ade baiknye kita mendoakan org. Rasulullah sendiri pun ajar kita mendoakan musuh. Apekan lagi mendoakan org yg kita kasihi dan tak mngkin jadi milik kita.
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Mendoakan yg baik2 adalah satu amalan mulia yg boleh kita lakukan..takpd la diz tak bersama lg dgn kita ..kita doakan yg baik2 utk dia...byk2 sabar ya Achik
ANIM berkata…
betul..kita doakan yg baik2. mudah2an Allah ganti dengan yg lebih baik lagi..
Unknown berkata…
Doa... Senjata orang mukmin... Sejujurnya.. Suami akak orang yang x akak kenali...akak pernah ada org istimewa..saling menyanyangi..direstui keluarga..bercinta 3 tahun...tp bila akak bt solat istikharah... Hati berat untuk memilih dia... Hati tenang bila mendengar nama si dia...hati tenang bila bercakap dgn si dia... Masalah mula timbul bersama dia... Allah berikan petunjuknya dengan berbagai cara.. Bila berdoa diminda ada nama dia..bukan si dia yg disayangi dan di cintai.. Akhirnya sia dia menjadi pilihan dan dia ditingalkan tanpa sebab dan alasan...rasa berdosa menghantui diri tapi alhamdulillah kini kami madih betkawan.. Tiada jodoh antara kami.
Nieyla Nadia berkata…
Singgah pagi jumaat..
amboi acik,kebelakangan nie more kepada love story...
anyway,kita pun ada pengalaman seperti story acik nie...
tapi apa yang penting kita sentiasa berfikiran postifif dan redha...
kdg² tu jadi stalker pun bukan dgn niat yg jahat..sekadar ini lihat dia sihat dan bahagia.. :)