Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Seperti Ini Yang Kita Mahukan Bagi Bakal Pemimpin Masa Depan Negara Kita ?

remaja bermasalah
gambar ehsan google 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebelum itu acik minta maaf sangat, acik tak sempat nak blogwalking ke semua blog kamu yang datang ke blog acik, hanya yang sempat acik. Hari cuti acik di penuhi dengan program. Semalam balik dari BBQ dengan classmate di sungai congkak, penat sangat terus tidur. Dan Hari ini pon ada acik program lagi. 

Sekarang ini terjadi banyak kes buli, jenayah, anak bunuh ayahnya, anak pukul ibunya sampai mati dan pelbagai lagi kes-kes lain.

Sebenarnya hari ini acik nak mengetengahkan tentang isu masalah sosial di kalangan remaja. Kalau lihat masa kini, remaja semakin tidak takut melakukan kesalahan secara perbuatan atau perkataan seperti tiada undang undang yang melarang dari segi undang undang agama mahupon undang undang sivil.

Lihatlah budak budak sekolah ini berbuat sesuatu kadang kala di luar jangkaan dan batasan sehingga tak masuk di akal. Maksiat dan jenayah di lakukan tanpa perasaan takut. Lihatlah sekarang, lelaki dan perempuan berpeluk pelukkan di tempat awam telah menjadi pekara 'Biasa". Bila perkataan "biasa" itu telah di terima masyarakat maka mereka boleh melakukan segalanya tanpa rasa malu.

Satu lagi masalah sosial terjadi kerana " pop culture ".aahh tengok dan keluar istilah sosiologi.  Pop culture ini idea,perspective,perangai, gambaran atau phenomena di dalam "main stream" yang menjadi ikutan remaja masa kini, lebih mudah popular culture. 

Contohnya,  gangster , rempit, mencuri, maksiat dan sebagainya.

Melihat kepada data statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan sebanyak 3,383 remaja telah di tahan pada tahun 2007 dan angka ini terus meningkat kepada 3,725 pada tahun 2008 atas pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukan. Antara kesalahan tersebut adalah yang melibatkan kes kecurian, bunuh, rogol mencederakan orang dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius dan memberi masalah besar kepada masyarakat kita.

Lagi-lagi dengan adanya dunia tanpa sempadan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini telah mengubah lanskap cabaran untuk remaja. Dengan kemunculan pelbagai teknologi ini maka tanpa disedari ia turut memberi cabaran yang besar kepada ibu bapa dan masayarakat. Barangkali ada yang tidak sedar bahawa cabaran untuk remaja adalah tidak sama dengan cabaran remaja sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Manakan tidak dengan kepesatan ICT ini ia telah memberi satu dimensi baru dalam dunia komunikasi untuk bergerak lebih pantas.

Jika dahulu ibu bapa amat bimbang jika anak-anak mereka keluar bermain, berjumpa dengan kawan-kawan di luar rumah, namun hari ini dengan adanya kemudahan ICT kejadian yang tidak baik dan tidak elok juga boleh berlaku di dalam rumah terutama apabila remaja berdepan dengan penggunaan internet sebagai media baru dalam komunikasi tanpa diawasi oleh ibu bapa.

Adakah kita nak salahkan institusi pembelajaran atau sekolah?
Ataupun ibu bapa tak berikan pendidikan moral dan agama secukupnya ?
ataupun media kerana memaparkan kisah kisah bergini ?

Semuanya kerana memainkan peranan untuk membendung masalah ini, Adakah kita mahukan bakal pemimin kita seperti ini ? yang mempunyai keruntuhan moral dah sahsiah yang buruk ?

Penyelesaian kepada permasalahan dalam kalangan remaja perlu ditangani segera. Namun demikian, mencari siapa yang salah atau menuding jari bukanlah tindakan bijak, sebaliknya semua pihak perlu rasa terpanggil untuk mencegah perkara bercanggah dengan nilai Islam. Tugas menegak yang hak dan benar, mencegah yang mungkar adalah tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu ,hendaklah cegah dengan kata-kata dan jika tidak berdaya, cegahlah dengan hati dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." (Hadis Sahih Muslim)

Fikir fikirlahlah , tapi paling penting adalah bermula dengan diri kita sendri. Diri kita yang nak hidup, kita yang nak berjaya ,semua terletak pada diri kita . Kena pilih kawan yang betul dan belajar bersungguh sungguh.,jika kita ada pegangan agama yang kuat insyaALLAH kita mampu hadapi semua ini.Dan seterusnya ibu bapa kerana memantau anak anak mereka dan ambil tahu tentang mereka. Dan media pula mestilah memberi kesedaran dan mendidik tentang pekara pekara yang baik. Dan masyarakat pula kena ambil peduli tentang apa yang terjadi pada remaja sekarang, jika nampak pekara yang di lakukan salah cepat ambil tindakan.

Pilihan di tangan kita, dan hanya kita saje yang berhak memilik baik atau sebaliknya

Kalau semua pihak berganding bahu insyaALLAH masalah akan sedikit demi sedikit akan berkurangan dan gejala semua ini dapat di atasi. Mari kita muhasabah diri, ALLAH hidupkan kita hari ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk kita dekatkan diri kepadanya yang beribah dengannya. oklah sampai di sini dulu wasalam.


Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
utamakan ibadah / perbetulkan diri sendiri dahulu ...
Tanpa Nama berkata…
sedih tgk budak2 sekarang yg akhlaknya makin rosak.. lebih teruk ada yg siap tunjuk kt public lagi..
Jiarizaira berkata…
gejala sosial yg buruk dah menjadi2 sekarang ni. Ada yg tak malu nak publish kegiatan2 memalukan kat sosial media skrg.
Nurulhidayah berkata…
melakukan kegiatan yang tidak bermoral seolah menjadi satu perkara biasa sekarang ini, boleh dilihat dalam laman sosial media..Untuk betulkan keadaan ini, bermula dengan diri sendiri dan keluarga,
Maria Firdz berkata…
Semua mainkan peranan...dan plaing utama peranan ibu bapa...
Shahrul Yusof berkata…
Puncanya, jika diteliti adalah sebahagiannya berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga dalam membentuk dan mendidik anak sejak dari kecil. Sekarang ni, ramai orang tahu buat anak. Jaga anak belum tentu.
mungkin kita kena tengok satu negara yg rendah kemerosotan akhlaknya sama ada muslim atau bukan muslim... apa yg mereka lakukan kepada rakyat nya? kalau kita dah terlalu tak mampu mengawal kita mungkin kena belajar dari negara lain bagaimana melakukannya...
Tunsha Ayunie berkata…
keluarga sibuk bekerja... adakala tiada masa nak amik tahu masalah anak2... apa mereka buat diluar... apa anak2 rasa... entahlah.... selemah2 iman adalah doa... :)
Khir Khalid berkata…
Masalah remaja semakin hari semakin memburukkan.. apa yg dilihat, kebanyakkannya bermula dari ketidakprihatinan institusi kekeluargaan. Bukan ibu bapa tak sayang tetapi terlebih sayang seperti kisah anak ku sazali tu... Semoga menjadi peringatan buat diri ini juga. T kasih atas perkongsian Acik..
Abe Nick berkata…
ermm zaman remaja sekarang x sama macam dulu....
Nadia Johari berkata…
ibu bapa, guru, kawan semua mainkan peranan,media sosial pun sama..hurmm