Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Untuk Wanita Agar Cepat Di Pinang Lelaki Idaman


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa hari ini acik di hujani persoalan untuk cepat cari jodoh dan pelbagai lagi. Jadi acik sebagai lelaki mengutara pendapat peribadi yang banyak kelemahan ini untuk kamu wanita di luar sana untuk cepat di pinang.

1.Menjaga Agamanya

Mana lelaki tak tertawan jika wanita tersebut menjaga agamanya, jika dia menjaga soal tersebut pasti hal-hal lain juga dia jaga seperti pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sudah tentu menjadi pilihan kerana boleh menjadi isteri dan ibu yang baik.


2.Sentiasa Memelihara Penampilan dan akhlak yang baik 

Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan di sukai lelaki . Paling penting adalah jaga akhlaknya, perangai yang baik , jaga maruah dirinya sama ada di dunia nyata mahupun dunia maya.

3. Lemah Lembut Orangnya 


Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

4.Sentiasa Menjaga Maruah Diri 

Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 

Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapapun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

6. Merendah Diri 

Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.

7. Hantaran tidak terlalu tinggi

Sememang masalah sekarang adalah hantaran yang terlalu tinggi. 15 K,20 K nilai di letakan memang tinggi. Cubalah toleransi banyak pekara. Buatlah majlis mengikut kemampuan. Letakkan mahar yang rendah dan tidak membebankan kedua-kedua pihak.

Catat Ulasan

15 Ulasan

I N A A I N A A berkata…
Semoga ena menjadi sedemikian.. hehehe thanks for the tips.
Unknown berkata…
Alhamdulillah dik...semoga perkongsian menjadi titik noktah buat semua wanita..termasuk kak cik..
Unknown berkata…
sangat berguna untuk wanita. sukses selalu
Tanpa Nama berkata…
untuk adik adik di luar sana, ini tips yang sgt berguna dari acik.
Nurulhidayah berkata…
Satu saranan yang amatlah baik..
paridah berkata…
kak nk tmbah satu...jgn terlalu bebas dlm pergauln...
HAMIDIsP berkata…
Baca tu wahai kaum wanita..hehe

ps/cantik template baru, besarnya..tapi loading laju..:)
yoorinmelacolea berkata…
amin... insyaa Allah mudahan dapat disegerakan jodoh.. =)
insyaallah akan dipelihara...
Khir Khalid berkata…
Semoga menjadi panduan berguna buat wanita...
tarmizi berkata…
acik 10k okay kot mahar berapa mahar yg sesuai..
Zaza Iman berkata…
insyaallah kan..mudah2an ...thanks.. maklumat dan tip yg sgt mbantu :)
Nik Ainaa berkata…
yg bergaul mesra tu agak susah sbb ainaa pendiam orgnya. kononnya lah... hehe btw tips boleh simpn utk 6 tahun akn dtg ni... nk kawin skarg muda lgi >_<
yaya cendana berkata…
aciikkkk...yaya nak shaaree ekkkkkk...thankssss
Jaja berkata…
InsyaAllah, cuba diamalkan..hihi