Ticker

6/recent/ticker-posts

Hikmah Cinta Kerana Allah Datangnya Menyenangkan Perginya Di Ikhlaskan


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semalam acik di uji di mana terlibat kemalangan. Luka-luka di anggota badan, memang perih. Pada sebelah malam kebetulan acik ada janji dengan seseorang untuk berjumpa.Jadi acik lap-lap luka dan bersiap untuk bertemu dengannya.

Acik : Assalamualaikum kak Lin, maaf saya lambat sikit tadi ada hal sikit.

Kak lin : Walaikumusalam , ehh takde dik dapat jumpa acik pun akak dah happy. Akak minta maaflah menyusahkan acik. Akak banyak dapat kekuatan dari pembacaan di blog acik. Penyampaian acik ringkas dan mudah di fahami.

Acik : Terima kasih kak, akak kata ada nak cerita ?

Kak Lin : Acik ceritakan pada kamu ini bukan untuk membuka aib mana-mana pihak selain dari pengajaran yang ingin akak kongsikan. Akak sudah berkawin 5 tahun, sebelum kawin memang perangai dia lain lepas kawin baru akak tahu perangai dia macam mana. Tapi akak tak kisah sebab akak terima dia seadanya.Tapi lama kelamaan akak tengok perangai dia makin teruk tak nak bekerja, tak nak tolong akak kat rumah dan hal anak-anak dia tak nak amik tahu.


Akak baru tahu dia dah lama kena behenti kerja dan tak mahu cari kerja duduk di rumah. Hampir 2  tahun duduk di rumah.Bukan nak berungkit, tapi semua pekara akak kena buat, kerja, balik uruskan anak-anak, kalau balik tu dia mesti suruh akak masak dan selalu minta duit dengan akak. Akak tak tahan dengan perangainya sehingga kami bercerai.

Selepas kami bercerai, dia masih menganggu kami anak beranak merayu untuk akak terima dia balik. Dia kata hanya akak faham keadaan dia.  

Acik : jadi apa yang akak lakukan ?

Akak pun tak sampai hati dik, akak katakan padanya, jagalah solatmu,cukuplah 5 waktu, carilah kerja bukan untuk akak tapi untuk dia. Lama jugak dia tak gangu akak, risau jugak bagaimana keadaannya mana taknya dik kami kenal bukan sekejap dari zaman universiti lagi.

Lama juga,setahun lepas pertemuaan terakhir itu. Dia call akak kata nak jumpa. Mulanya akak menolak untuk jumpa dia kerana akak nak mulakan kehidupan baru.

Acik : Akak jumpa tak dengan bekas suami akak ?

Kak Lin : Akak jumpa, ya Allah dia berubah akak hampir tak kenal dia. Dia cakap dengan akak " terima kasih kerana kamu sedarkan saya, saya bukanlah suami dan lelaki yang baik untuk awak." Dia kata susahnya nak berubah dan istiqamah dalam apa yang di lakukan. Dulu masa bercinta dia hanya menunjukkan sosok yang baik untuk mengambil hati akak, dia mengakui.Tak sia-sia dik doa akak , dia berubah.Tapi dia pernah cakap dengan akak dia , dia bercinta kerana Allah, jika kita terpisah maka biarlah cara baik.

Acik : Jadi akak kembali kepadanya ?

Kak Lin : Tidak dik, sekarang dia dah kawin dengan kenalan akak. Wanita itu sangat baik dik, akak lamarkan dia untuk bekas suami akak. Akak yakin dengan Allah, wanita itu dapat membantu bekas suami akak. 

Akak juga telah berkawin dengan seorang lelaki yang sederhana perwatakannya. Alhamdulilah dia jaga akak dengan baik.

Pengajaran dari kisah akak ini..

1. Walaupun kita bercinta bertahun-tahun tak semestinya kita kenal di bagaimana dan belum tentu dia jodoh kita.


2. Percayalah pada Allah , setiap ujian yqng hadir pasti ada hikmahnya
3. doa senjata orang islam, jangan penat untuk berdoapadaNya. InshaAllah doa kita satu dari berjuta-juta akan di dengari oleh Allah
4. Selalu bersangka baik dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.


Alhamdulilah manisnya jika cinta kerana Allah datangnya penuh hikmah dan perginya penuh dengan ketenangan. Sebagai lelaki tanggungjawab kita besar untuk menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita nanti. Acik juga ingatkan diri acik yang banyak lagi kekurangan. Semoga kisah ini dapat beri pengajaran kepada kamu terutama lelaki.

Catat Ulasan

13 Ulasan

paridah berkata…
SALAM JUMAAT...TAKDIR HIDUP KITA KETENTUAN ALLAH BEGITU JUGA JODOH PERTEMUAN.
Shahrul Yusof berkata…
Mengenai jodoh ni, kita memang perlu berlapang dada. Banyak yang kita jangka, tidak sama kesudahannya. Walaupun pahit, sesetengah dari kita terpaksa terima kerana ia sebahagian dari ketentuan di dalam hidup.
BinMuhammad berkata…
Kita hanya mampu merancang tetapi akhirnya segalanya adalah ketentuan dari Allah... Sesungguhnya itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.
kuchalana berkata…
tak mudah juga sebenarnya nak melupakan tu..tetapi kena belajar untuk terima kenyataan dia bukan jodoh kita...sebab setiap insan yang pernah hadir dalam diri kita pasti kita akan ingat..lebih2 lagi yang pernah rapat dengan kita
edisi berkata…
jodoh pertemuan ajal dan maut ALLAH penetu segalanya.....redha dengan takdirnya....
Unknown berkata…
Betul tu dik...cik akak penah lalui..apa yang penting..teruskan kehidupan..ingat Allah..
sitirohaida berkata…
banyak tauladan dari cerita ni yang kita boleh ambil..thanks sharing acik...
Khir Khalid berkata…
Jodoh pertemuan itu sememangnya takdir Allah swt.. Perkongsian yg sgt baik buat renungan semua... subhanallah...
Maria Firdz berkata…
terharu betul baca kisah ni... nice sharing acik...
KamilSalleh berkata…
Salam buat Achik dan selamat thn baru. Moga thn ini thn yg lebih bermakna buat anda. Banyak pengajaran yg kita boleh dpt dlm kisah entri ini. Jodoh, ajal adalah di tangan Allah. Hanya doa adalah senjata paling mujarab. Berbanyaklah berdoa...moga Allah lindungi kehidupan kita di dunia dan akhirat.
SalbiahM berkata…
jodoh itu rahsia Allah...
Nadia Johari berkata…
Nasib laki tu berubah