Pengikut

Isnin, 16 Februari 2015

Ketika Dia Pergi Meninggalkan Aku Bersama Yang Lain



Assalamualaikum

Ketika angin mendayu berlalu, aku terbawa personanya.Jantungku berdegup setiap kali menyebutkan namanya, memikirkan tentang dia.Aku selalu doakan dirinya dalam setiap nafasku. Agar Tuhan menyatukan hati kami. Tapi..

Dalam hidup kita tak semestinya kita bersama orang yang kita suka ketika itu dan waktu itu. Kita berusaha untuk menambat harinya dan semampunya. Setiap hari mengigati tentang dia menunggu mesej mahupun panggilan dia. 

Kita mahu jadi seseorang yang terbaik untuknya. Sehingga kita sanggup buat apa sahaja.Tetapi di satu sudut yang lain kerana kesalahan kecil kita. Dia pergi meninggalkan kita tanpa memikirkan pengorbanan kita.

Kita kecewa,hiba, patah hati dan hilang arah hidup bagaikan mimpi ngeri itu menghantui hidup kita.Melihat dia pergi bersama orang lain.

Sakit sangat hati ini !!!

Hari-hari yang berlalu hilang serinya.Tetapi hidup perlu di teruskan.. Janji demi janji telah di lupakan..

Hari demi hari ku lalui dengan penuh kesakitan untuk lupakan apa yang terjadi.Adakah wajar untukku terus menyalahkan takdir ?

Ketika aku sedang terleka di bawah layanan perasaan Dia merancang di sebalik pengetahuanku. Istikarah tidak pernahku lepaskan aku memohon kepadaNya agar sembuh hatiku yang benar-benar terluka.

Di saat aku bersedih aku terjumpa seseorang menceriakan hari-hari. Dia membuatkan aku tersenyum kembali. Waktu yang berlalu terlalu lama aku persiakan kerana di bawa persona perasaan.


Hidup kita akan di uji soal perasaan , sama ada kita mampu untuk hadapi atau tidak.Jodoh allah tersimpan rapi di pengetahuan kita. Pada kita ianya adalah pengakhir hidup sedangkan Allah sedang mengaturkan yang terbaik untuk kita.

Yakinlah dengan Allah.Dia adalah tempat kebergantungan kita dalam segala hal. Kecewa cinta itu biasa dan ianya pengalaman yang mematangkan kita. Lepaskanlah redhalah apa yang terjadi.

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepadaNYA.

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]

Share This!


12 ulasan:

  1. Hanya Allah yang tahu siapa jodoh kita...
    InsyaAllah semoga dapat jodoh yang boleh membimbing kita

    BalasPadam
  2. Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya adalah ditangan Allah swt. Bersamalah kita sentiasa berdoa utk yg terbaik dlm kehidupan ini...

    BalasPadam
  3. Allah tahu apa yang terbaikuntuk kita...

    BalasPadam
  4. Kita hanya mampu merancang...

    BalasPadam
  5. Sedih..namun wahai hati. .redha lah...

    BalasPadam
  6. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

    BalasPadam
  7. Apa jua yang berlaku, kita perlu kembali padaNya. Kemudian barulah kita lalui jalan terbaik. InshaaAllah
    Blog Mama Hebat

    BalasPadam
  8. sebenarnya jodoh yg Allah Swt tetapkan itu lah yg terbaik ...
    kita sebagai insan di dunia patut bersyukur dgnnya...
    kita tak tahu tahap kesihatan luar dlm org yg kita cintakan tu...Allah maha mengetahui,
    mungkin dia tidak sesuai dgn kita,kerana ada hikmahnya disebaliknya,kita kena redha dgn ujiannya...

    BalasPadam
  9. Terasa kecewa bila kenang kembali...haishhh!

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails