Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Perempuan itu Menjadi Asbab Aku Berubah Kerana Allah

gambar hiasan

Assalamualaikum

Meniti kehidupan yang penuh onak duri yang penuh mencabar. Pernah beberapa kali bersama-sama dengan sabahat mendekati kehidupan remaja dan menyelami perasaan mereka hasil dari pengalaman yang lepas. Ketika itu mata ini teramarah kepada seseorang yang acik rasa umurnya sebaya dengan acik.


Acik : Assalamualaikum sahabat, ini ada sedikit bahan bacaan yang kami sediakan.

Lelaki : Walaikumusalam,terima kasih.

Sambil dia membelek-belek , dia berkata ehh soal zina hati. Tanpa di duga wajah lelaki muda itu berubah dan di redupi wajahnya.

Acik : ada apa-apa yang boleh saya bantu ? sekurangnya dapat melegakan kamu.

Lelaki : Ermm saya sebenarnya rasa malu bila baca risalah yang abang bagi ini. Saya khilaf, khilaf saya sedar saya lakukan kesalahan.

Acik : Kita manusia biasa yang sering melakukan kesalahan termasuk diri saya. Tapi apa yang telah berlaku ?



Lelaki: Dahulu saya ini jenis yang suka mempermainkan hati perempuan dan menjadikan ianya hal utama dalam kehidupan. Apa yang selalu saya katakan adalah saya harus dapat apa yang saya inginkan.Bergaulan  bebas antara lelaki perempuan .Pernah satu hari tu saya di cabar oleh kawan saya untuk menakluki seorang gadis surau.Saya terima cabaran itu dengan penuh yakin , hati perempuan mana yang tak mampu saya cairkan ?

Saya datang kepadanya , saya katanya pada saya tertarik dengan dia, saya suka dia.

Gadis itu hanya membalas dengan senyuman dan dia kata ia mungkin pertemuan pertama dan terakhir saya dengan dia.

Makin saya rasa tercabar dan setiap hari saya menganggu dia.

Kata-kata dia membuatkan saya terkesan adalah " hidup dan mati saya demi Allah. Saya ingin mencari keredhaan Allah. bilamana hati tertarik pada lelaki/perempuan bukan mahram maka kita akan di hiasi hati ini oleh syaitan untuk perhubungan ke stage yang berikut, mula merindui dan kasih sayang.Kita Ada Allah !! berdoalah padanya ,saya tak mahu terperangkap dalam zina hati !!

Saya tertanya apa itu zina hati ?


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“ Sesungguhnya Allah menetapkan jatah zina untuk setiap manusia. Dia akan mendapatkannya dan tidak dapat dihindari: Zina mata dengan melihat, zina lisan dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan gejolak syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita hakikat zina hati yang dilakukan manusia. Membayangkan melakukan sesuatu yang haram, yang membangkitkan syahwat, baik dengan lawan jenis maupun dengan sejenis, itulah zina hati.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam riwayat yang lain bersabda:

“ Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata dengan melihat (yang diharamkan), zina hati dengan membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu .” (HR. Ahmad)

 Ya Allah , saya rasa malu mengikut nafsu dalam mencari cinta.Alhamdulilah Dia sedarkan saya sehingga saya berada di sini.

Acik Alhamdulilah kamu di pilih Allah untuk mendapat hidayahnya. Kamu beruntung sekali.

Acik lihat air matanya mengalir menginsafi kesalahannya. Semoga Allah permudahkan urusannya dan di redhai Allah. Ianya juga mengingatkan acik untuk hal ini. Terima kasih ya Allah. Zina hati ini tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

Rindu seseorang itu salah ? tak salah rindu itu kan fitrah. Tak salah rindu cikgu, mak ayah  kawan-kawan.

Bagi acik, zina hati tu adalah apabila kita merindui seseorang secara berlebihan hingga syaitan berjaya menakluki fikiran kita hingga kita memikirkan perkara yang bukan-bukan (seperti zina).

Catat Ulasan

6 Ulasan

paridah berkata…
niat zina itu bermula di hati juga jadi perelokanlh hati kita insyaAllah...
Tanpa Nama berkata…
salm singgah acik..betul tu,bila hati dah menerwang sambil melayan rindu yang berlebihan, maka timbula bisikan syaitan di situ. nauzubillah
Khir Khalid berkata…
Semoga menjadi peringatan buat kita semua. T kasih atas perkongsian ini Acik
arzmoha berkata…
Semoga nasihat ini dapat menjadi ingatan buat semua.
arzmoha berkata…
Semoga nasihat ini dapat menjadi ingatan buat semua.
Amani berkata…
Hebat entry ni. menyedarkan diri yang sering alpa. syukran alaikh