Pengikut

Selasa, 23 Jun 2015

Remaja Mengambil Mudah Apabila Nama Di Blacklist,Tahukah Kamu Kesannya ?




Asalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kegairahan anak muda untuk mendapatkan apa yang di idamkan menjadikan mereka mencari alternatif lain cuba memenuhi kemahuan mereka. Kadang acik faham kita tak mampu nak bayar cash ,guna cara ansuran bulanan. Pada acik tidak salah tetapi pastikan kita commitment dalam membayar. Kebanyak mereka mengabaikannya.

Contoh mudah, beli motor tetapi tak habis bayar dan abaikan anggap tiada apa-apa berlaku.

Memang pada dasarnya kita mengabaikannya tetapi akibatnya ?

Nama kita akan di senarai hitamkan atau dalam bahasa english nama di blacklisted.

Selaian itu juga ,di mana akibat kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin untuk membayar balik pinjaman bank atau pinjaman Kerajaan seperti PTPTN atau pinjaman MARA. Bahkan, ia tidak terbatas setakat di sana sahaja. Kmau juga boleh disenaraihitamkan sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewabeli. Misalnya pembelian perabot, mesin basuh dan seumpamanya. Dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan terlibat. Jadi berhati-hati dalam pembelian kamu.

Berhati-hati jika menjadi penjamin kepada seseorang kerana jika dia tidak membayarnya kamu akan juga terlibat sama terima tempiasnya.

Ramai remaja ambil mudah soal ini ,mereka anggap ini soal biasa padahal ianya pekara penting. Kenapa acik cakap macam itu ?

Kerana jika nama di senaraikan hitam kamu tidak lagi boleh buat sebarang pinjaman.

Contohnya mahu beli kereta, beli rumah, personal loan mahupun sewa beli barangan keperluan. Memang tidak akan lepas. Kadang kala nak cari kerja pun susah , kerana syarikat akan check data base kita kerana sukar untuk membayar gaji.

Berkemungkinan di istiyarkan Bankrupt.  Jika di istiyarkan bangkrupt amat susah untuk kamu jalani kehidupan kerana nama kamu tidak boleh di gunakan untuk apa jua transaksi melainkan hanya boleh ada akaun bank simpanan sahaja. 

Secara automatik harta kamu juga boleh di rampas untuk cover balik hutang yang kamu pernah ada.

Seramkan, nampak biasa tetapi impaknya sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Nanti bila kita ada anak-anak lagi susah kerana keterbatasan kita dalam berurusan.

Nasihat penting, lunaskan bayaran cubalah dulu sekurangnya elakkan tunggukan sebanyak 2 bulan kerana bagi kebanyakan bank, 2 bulan tunggakan adalah salah satu contoh bad paymaster unless kamu ada alasan tersendiri yang boleh diterima oleh pihak bank.

Share This!


13 ulasan:

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... achik,

tak mahu lah nama diblacklist kan.. susah nanti. Insaallah kalau ada hutang PTPTN kena jelaskan..

mselim3

Mirabeads azi berkata...

Bial dpt selesaikan hutang, hati pun rasa lega....

Bin Muhammad berkata...

Biasalah...selagi tidak timbul sebarang masalah, tak nampaklah... Tapi bila dah tegadah, baru menyesal...


Salam terakhir dari Relaks Minda... : Artikel Terakhir Relaks Minda - Terima kasih

Nurul Syuhaida Mustafa berkata...

Kalau nak berhutang, kena ada disiplin membayar. Kalau tak nak berhutang, tetap kena ada disiplin, disiplin menyimpan. Beli setakat yang perlu sahaja, tak perlu bermewah..

Qaseh Abadi berkata...

sekarang ni hutang ngan PT ja,, yg lain2 xberani lagi nak ambik..

paridah berkata...

fikirkan kemampuan membayar sebelum berhutang agar xtimbul masalah dblaglist...

yanie yusuf berkata...

yanie siap wat potogan gaji uhuhuh

Eny Abdullah berkata...

diorang tak tahu apa erti blaclist dgn bank kot huhuhu

saye niza berkata...

memang mimpi ngeri PTPTN ni huhu. skrg sedaya supaya support adik belajar supaya dia tak berhutang ketika belajar. moga berkat! sobss

amelia :) berkata...

betul2 sama la kita. hehe.
kena settlekan half dulu ptptn ni, baru berani amek lain :p

hehe. visit my blog
http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/05/cara-bayar-ptptn-terkini-melalui.html

amelia :) berkata...

bayar online pun boleh. hehe. tak nmpk sgt kurang tang gaji. hihi
boleh usha blog emy kalau nk tgk cara online. hehe

http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/05/cara-bayar-ptptn-terkini-melalui.html

Ct Roxalynna NH berkata...

macam mana pula ya bg student yg tak habis belajar, tapi ada pinjaman yg harus dibayar selama belajar tu...?

Akif Imtiyaz berkata...

Sebab tu laa kita ni kena berhati-hati jika menjadi penjamin kepada seseorang kerana jika dia tidak membayar kita juga akan juga terlibat sama terima tempiasnya..nk jadi penjamin kena fikir byk kli dlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails