Pengikut

Ahad, 20 September 2015

Blogger Bukan Tukang Provokasi, Tetapi Ada Kepentingan Kepada Masyarakat


Assalamualikum

Ramai hari ini yang mula menyoal tentang kredibaliti dalam menyampaikan maklumat. Ianya di sebabkan dengan kepesatan media baru yang menjadi pilihan masyarakat masa kini.Salah satunya melalui blog dan tidak pelik pada masa kini blog bagaikan cendawan selepas hujan.

77 % daripada pengguna internet memang gemar melayari blog dan membacanya, ada yang follow dan ada yang subscribe untuk mendapatkan update terkini.

Tahukah kamu kenapa penting kepada masyarakat ?

1. Medium penyampaian maklumat

Jika kamu ingin tahu tentang sesuatu pekara kamu hanya perlu google dan kini lebih mudah apabila di kongsikan di laman sosial yang lain seperti facebook, twitter dan yang lain. Blogger memberikan maklumat apa yang mereka tahu berdasarkan pengetahuan, pengalaman, pembacaan mahupun maklumat sekunder berdasarkan akhbar dan majalah. Jika di sampaikan dengan baik maka segala maklumat itu lebih tepat dan bermanfaat tetapi menjadi masalah apabila blog di gunakan bertujuan untuk provokasi, menghina dan menyebarkan berita palsu. Itu dari pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan dan traffik.

2. Berkongsi Pengalaman dan Review

Blogger memudahkan masyarakat untuk membuat tindakan yang betul. Contohnya dia nak tahu persiapan untuk anak pertama. Biasanya mereka akan google dan akan dapatkan maklumat melalui pengalaman blogger yang pernah melahirkan anak pertama.

Begitu juga, makan dekat mana best ?
Hanya google dan pastinya akan ke blog makanan yang memberikan tempat , harga dan rating kedai yang best .Jadi kita boleh rancang pembelanjaan dan perjalanan.

Macam acik sendiri kalau nak tengok wayang mesti google dulu kat blog-blog yang kongsi cerita tersebut dan baca sinopsis baru beli. Takut cerita tak best dan tertidur dalam wayang.

3. Membantu Menjana pendapatan

Tak di nafikan blog merupakan salah satu tempat untuk menjana pendapatan walaupun di mana kamu berada. Banyak cara antaranya seperti melaluk affiliate, pengiklanan dan review berbayar.Ianya juga perlukan ilmu, jadi boleh dapatkan ke blogger sifu-sifu.

4. Blog medan dakwah

Menulis di blog ini juga boleh menjadi saham untuk kita tetapi ianya bergantung pada penulisan kita juga. Jika baik alhamdulilah jika yang buruk-buruk fikirkanlah berkali-kali, jangan ianya menjadi senjata untuk fitnah dan sebagainya. Ajaklah mereka berbuat baik, beri motivasi kenapa remaja kita dan sebarkan ilmu yang kita ada untuk berkongsi bersama.

5. Membantu Usahawan Mempromosi dan memperkenalkan produk/perkhidmatan

Usahawan sekarang seharusnya boleh mengambil kesempatan untuk menggunakan blog untuk promosikan produk mereka.Di situ boleh ceritakan kelebihan dan ciri-ciri produk. Blog senang untuk di indexkan ke dalam enjin carian yang memudahkan laman blog kamu muncul apabila seorang pelanggan mencari sesuatu produk/perkhidmatan.


6.Tempat perkongsian Tips



Pada acik blog adalah tempat yang sesuai untuk berkongsi tips terutama blogger travel, kekeluargaan , cinta, masakan dan sebagainya. Kalau kita nak pergi travel boleh dapatkan info melalui blog, nak masak nasi tomato, takkan nak beli buku resepi ?

Boleh google dan dapatkan resepi dari blogger masakan yang di kongsi di blog mereka.

7. Peluang pekerjaan


Acik pernah di tawarkan sebagai blogger untuk sesebuah syarikat di mana kita menceritakan soal aktiviti yang di lakukan. Muncul juga media sosial executive untuk menganalisa laman sosial.Banyak ruang dan peluang dan ianya terpulang pada kita.

8. Blogger memainkan Tanggungjawab sosial


Ramai meremehkan blogger tetapi apa yang kami lakukan untuk saling membantu kepada mereka yang saling memerlukan.Sebagai contoh bersama zakat selangor membantu asnaf, sumbangan bagi rumah yang terbakar, bantuan mangsa banjir semuanya di bawah #kelabbloggerbenashaari.






Banyak lagi dan inilah di antaranya sahaja. Blogger itu banyak jenis bukan hanya blog politik dan hiburan sahaja tetapi ianya ada niche mereka yang tersendiri.Antaranya :

Foodie Blog
News Blog
Gadget and Technology Blog
Gossip and Entertainment Blog
Lifestyle Blog
Business Blog
Photography Blog
Shopping Blog
Sports Blog
Travel Blog
Personal Blog

Ingatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin 


Pengamal media sosial perlu memastikan hasil laporan, tulisan dan ulasan mempunyai fakta yang betul bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang benar," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Sedunia 2015 


INGAT KITA TIDAK TERLEPAS DARI UNDANG-UNDANG

Seksyen 114A menyatakan bahawa sekiranya terdapat unsur hasutan atau fitnah di dalam individu yang memiliki akaun laman sesawang sepertiFacebookTwitter, blog dan lain-lain lagi akan didakwa walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. (Baca lebih lanjut di sini)


Share This!


22 ulasan:

  1. terbaik acik... betul tu.. sokong semua points acik.. apa yang kita tulis ni, menjadi amanah kita..

    BalasPadam
  2. setuju jugak dengan apa yg acik kongsikan nie..

    BalasPadam
  3. setuju jugak dengan apa yg acik kongsikan nie..

    BalasPadam
  4. Betul apa yg achik tulis tu. Banyak peranan blogger ni sebenarnya

    BalasPadam
  5. Acik....tq acik....perkongsian ni......

    BalasPadam
  6. BLOG N BLOGGER ADA PERANANNYA SENDIRI N HARUS TAHU ETIKANYA JUGA SEBELUM AKTIF BLOGGING...N3 TERBAIK NI.

    BalasPadam
  7. betul. ni tak, asal cakap blogger je cakap blogger ni keyboard warrior

    BalasPadam
  8. bagus article ne :D

    dulu isi blog fae memang kebanyakan merapu je.. sekrg fae jaga quality penulisan blog, masih di peringkat belajar lg

    BalasPadam
  9. Setuju sgt... org yg ibarat katak bawah tempurung je yg tak tahu peranan blogger... ramai yg dah sedar walaupun bukan blogger. Semoga terus sukses Acik!!

    BalasPadam
  10. Setujuuuu sgt2..ena gunakan blog utk menjana pendapatan sampingan iaitu medium marketing online;)

    BalasPadam
  11. setuju sangat.. saya skrg gunakan blog untuk promosikan produk.. dulu buat blog merapu jee. :D

    BalasPadam
  12. tapi masih ada segelintir yang tak faham akan powernya blogging

    BalasPadam
  13. Blog seperti juga pisau. Jika diguna untuk kebaikan, ia akan memberi manafaat dan jika diguna untuk kejahatan seperti melemparkan fitnah atau berita palsu, hasilnya akan menjadi buruk. Terpulang kepada pembaca atau pengunjung untuk menilai.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails