Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Istimewa Adalah Yang Pandai Jaga Dirinya & Maruahnya


Assalamualaikum

Acik , aku dengan dah 8 tahun bercinta. Aku dah tahu segalanya tentang dia, aku dah tahu semua perangai dia. Aku sayang dia, tapi aku nanti bila dah kawin aku takut bosan dengan dia. Sebabnya masa bercinta ini semua element suprise dan istimewa telah aku buat untuk dia. ermm

Acik : Helmi itu bukan alasannya, yang paling utama adalah rasa sayang kau tidak akan berkurang jika kerana Allah. Buatlah hari-hari seperti baru berkenalan dan adalah hari istimewa ketika kau teruja mula-mula berkenalan dengan dia.

Begitu juga acik suka pesan pada adik-adik dan rakan remaja sekalian. Bercinta itu bukan medan bersumpah setia , tiada rahsia antara kita.

Seharusnya kita taaruf atau berkenalan dengan tujuan untuk mengenali dirinya, latarbelakang keluarga dan keturunan untuk di sambung ke alam perkahwinan.

Tetapi remaja sekarang berlainan semasa "couple" itulah di ceritakan segalanya sehingga ada sudah seperti pasangan suami isteri.

Remajaku,

Fikirkan jika kamu memberitahu segalanya tentang diri semasa bercinta apalagi cerita yang ingin di kongsikan selepas kau berkahwin nanti ?

Lelaki sifatnya sukakan cabaran, sukakan tahu sesuatu yang istimewa tentang pasangannya, sukakan kejutan dan sebagainya.

Kau perlu tahu, sebahgian lelaki ada sifatnya yang cepat bosan dengan pasangannya.

Ada sesetengah lelaki eager dan teruja nak tahu tentang pasangan, apalagi hal-hal dan rahsia yang perlu dia tahu.

Maka jadilah perempuan yang secretive sedikit, ada hal perlu di beritahu dan ada hal itu di simpan. 

Jika jodoh tiada, tidaklah berbalah dan saling menggunakan rahsia itu sebagai senjata untuk menyakiti sesama sendiri. 

Perempuan yang istimewa itu adalah perempuan yang pandai menjadi dirinya dan maruahnya.



Catat Ulasan

3 Ulasan

Amir Azman berkata…
ya, tapi sekarang susah untuk cari yang pandai jaga maruah. saya juga sering mengingatkan orang yang saya sayang tentang maruah dia.
Unknown berkata…
Setuju ..lelaki dia suka yang baru, ada kejutan , dan perkara2 yang tak terlalu berlebihan..jadi masa bercinta jangan la diberi semuanya..mana la dia tak bosan..kan??
paridah berkata…
maruah n rahsia diri seorang gadis dijaga rapi walau setelah berkahwin xboleh dikongsi kesemuanya...