Ticker

6/recent/ticker-posts

9 Sebab Kamu Perlu Menonton Filem Ola Bola


sumber astro shaw

Assalamualaikum

Unxpected itu mampu acik gambarkan setelah melihat cerita  Ola Bola. Hasil garapan pengarah yang sangat berbakat iaitu Chu Keng Guan juga telah menghasilkan  karya hebat melalui"The Journey " ,Polis Evo dan beberapa filem lain. Ianya sangat berbeza dengan filem-filem tempatan biasa dengan jalan cerita yang begitu terbaik. Mari baca sedikit sinopsis Filem Ola Bola : 

Marianne (MarianneTan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. 

Sudah baca ? Menarik bukan ? 

9 Pekara wajib kamu menonton Ola Bola 



1. Jalan Cerita Yang "Awesome" 

Jika sebelum ini berkali kamu kecewa dengan jalan cerita yang biasa tetapi tidak di Ola Bola kerana dia mengimbaukan kembali kegemilangan bola sepak tanah air kita pada era 80 an di mana kita dapat lihat penjalanan dari pengenalan watak-watak cerita, konflik yang berlaku, dan penamat yang sangat mengujakan.

2. Filem fiksyen dari Sejarah Bola Malaysia

Mungkin sebelum ini kamu pernah dengan Malaysia pernah menewaskan Arsenal, pernah layak ke Olimpik ? 

Jadi adalah satu hasil garapan untuk kamu dapat rasa seolah kamu di era tersebut bersama menyokong team Malaysia yang juang sehabis mungkin untuk mencapai cita-cita untuk layak ke Olimpik.Dalam filem ini dapat di rasai semangat perjuang demi maruah negara di korban sehabis mungkin berbeza dengan kegemilangan bola sepak masa kini.

3.  Multicultural semua orang boleh menonton

Kamu Cina ? 
Kamu India ?
Melayu mahupun bangsa lain ? 

Kamu boleh menonton filem ini kerana kitakan satu Malaysia, Watak Rahman, Tauke, Muttu memainkan peranan penting bagi kesinabungan setiap plot cerita.Ianya juga embawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.Ada beberapa situasi yang sangat menyentuh hati di mana luahan hati adik Tauke dia cemerlang dalam pendidikan MCE tetapi dia tetap memilih untuk bekerja sebagai penoreh dan tukang jahit untuk membantu abangnya dan keluargannya. 


4. Semangat Satu Pasukan 

Kalau kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama

Itu salah satu dialog yang di lontarkan oleh Ali penyerang Malaysia dalam Ola Bola. Dalam filem ini kamu dapat lihat beberapa konflik yang membuatkan mereka tidak bersatu hati dan saling tidak mempercayai. Tetapi setelah pelbagai kegagalan dan halangan mereka dapat mengharungi bersama dalam satu team untuk membawa Malaysia layak ke olimpik. Terdapat beberapa konflik di mana Coach menukarkan kedudukan pemain di posisi yang mereka tidak bermain dan kelihatan kelam kabut ketika di padang kerana kehilangan magic "teamwork " dan selepas itu ... herm herm tontonlah sendiri..



5. Behind the Scene , keindahan Alam 

sumber astro shaw

Mungkin apabila melihat pemandangan yang di paparkan seolah kamu juga ingin ke sana. Lokasinya hanya sekitar di Malaysia di  Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Johor, and Sabah dan tempat utama di Stadium Merdeka. 


6. Erti Kasih Sayang Dan Kekeluargaan


Dalam filem ini juga memupuk banyak elemen kasih sayang yang mampu meruntunkan jiwa. Kasih sayang seorang ibu, seorang adik mahupun seorang rakan. Ianya membuatkan kita seolah dalam cerita ini dan mengimbau kembali kenangan-kenangan lama. 

7. Pelakon muda yang berbakat besar

Mungkin kamu tidak mengenali mereka kerana mereka masih baru di industri tempatan kita tetapi lakonan mereka tidak menghampakan. Menjiwai watak dan dapat di terjemahkan dalam lakonan dengan baik sekali. 

8. Dia Mana Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Ianya sangat memberi inspirasi kepada acik untuk kembali bangkit walaupun berkali-kali gagal. Walaupun kita ada banyak halangan yang besar tetapi jangan mengalah dan teruskan kejar mimpi tersebut. Usaha bersungguh dan yakin dengan ketentuanNya pasti ada jalan untuk kita capai impian tersebut.


sumber astro shaw

9. Kembalikan semangat yang Hilang

Melihat kedudukan Malaysia saat ini pastinya ianya sangat mengecewakan ,kegagalan demi kegagalan dapat di lihat dan dalam filem ini juga seperti itu tetapi melihat kebangkitan mereka dalam satu pasukan buatkan kita rasa sesuatu berharga yang telah lama kita hilang, keseronokan , semangat yang semakin pudar. Melihat cerita ini pastikan selepas menonton kamu akan rasakan sesuatu yang tak mampu di ungkapkan dengan perasaan.



Acik kali ini menonton Filem Ola Bola di temani oleh Mak. Mak memang kurang gemar melihat cerita-cerita di Wayang tetapi apabila acik mengajaknya kali ini  dia bersetuju. Bila keluar wayang dia kata : 

Seperti inilah dulu semangat dan perjuangan pemain bola kita dulu bersungguh, bukan gaji yang tinggi semata tetapi demi mengharungkan negara  kita lebih menjadi keutamaan. Memang seronok sebab kita dapat lihat 3 bangsa dapat bersatu dalam satu filem yang sangat menarik.

Acik bagi 5 bintang untuk cerita ini, bagaimana pula dengan kamu ? 


Catat Ulasan

12 Ulasan

Qiya Saad berkata…
Macam best je cerita Ola Bola ni..lain dari cerita yang ada sekarang..
SYANI berkata…
Lebih suka cerita macam ni dari cerita yang mesejnya tah apa2.
anazarin berkata…
Macam best je nie..nie yang kena tengok
Aisy berkata…
cantiknya view, wajib tengok nih
Ben Ashaari berkata…
Memang patut tonton!
Ben Ashaari berkata…
Memang patut tonton!
Luqman Zakaria berkata…
tak astro camne T__T..
Unknown berkata…
Peminat bola sepak mesti tonton ni.. hehhehehee.. nanti nak ajak Pokchik.. :)

Ada watak Mokhtar Dahari ke dalam filem ni..?

Unknown berkata…
Peminat bola sepak mesti tonton ni.. hehhehehee.. nanti nak ajak Pokchik.. :)

Ada watak Mokhtar Dahari ke dalam filem ni..?

Mama Kembar Tiga berkata…
Tak minat bola...tp teringin nak tgk sbb dah baca beberapa review semua puji best
paridah berkata…
DULU2 BOLA MENYATUKAN SEMUA BANGSA MALAYSIA KENTAL SEKALI RASA MUHIBBAHNYA..