Pengikut

Ahad, 10 Januari 2016

Ketika Mempunyai Banyak Dalam Pilihan Soal Jodoh



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah,ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Semalam seseorang minta pendapat pada acik berkenaan jodoh dan dari hayati perbualan kami.

Di kedai makan :

Akmal : Acik salah ke kalau aku cari yang terbaik untuk aku. 

Acik : Tak salah, itu hak kau.

Akmal : aku berkenalan ramai perempuan, mengenal hati budinya dan dalam 5 orang ini perlu aku buat pilihan.Salah ke aku lakukan ?

Acik : Banyak sungguh pilihan yang kau ada, sebaiknya pilihlah agamanya dahulu selebihnya baru yang lain-lain. Aku tahu niat kau itu baik, tapi cuma cara yang salah. 

Akmal : cara aku salah ? Maksud kau ? Salah ke acik nak kan kesempurnaan? 

Acik : Maksud acik cara salah itu adalah kita terlalu ikut barat, sesi mencari terbaik dari yang terbaik. Semuanya bergantung pada kau sebab apa kau berkenalan dengan 5 orang sekaligus ? 

Kalau kerana Allah untuk menikahi mereka buat cara yang betul, taaruflah dan jika benar sukakan dia, masuk meminang terus. 

Jangan sakiti hati perempuan kerana perempuan ini hatinya itu penuh kasih sayang bila di jaga lebih kita ambil perhatian mulanya hatinya berbungga dan teringat adegan dilwale lagu janam-janam tergolek sorang di biliknya.

Contohnya jika kau dapat tahu salah seorang dari perempuan itu keluar dengan lima lelaki sekaligus sebagaimana kau buat, pasti kau marah bukan ? 

Jadi situasi itu sama, berkenalanlah tapi jaga batas pergaulan dan adab kita lelaki dan perempuan.Paling penting niatmu sahabatku.Kesempurnaan itu tiada di dunja ini , tiada manusia bersifat demikian. Terimalah seseorang itu seadanya.

Akmal : Jadi aku salah ke ? Apa yang perlu aku buat.

Acik : Aku tak salahkan kau, cuma kita kena ubah cara hidup kita,pemikiran kita ,niat kita.Nak yang istimewa kita kena jadi istimewa dulu akmal baru betulkan. Kalau kau keliru istikarahlah kalau kau masih belum jumpa ciri-ciri yang kau nak maka berdoalah. ALLAH Maha mendengar.

Tak nak orang permainkan perasaan kita maka jangan permainkan perasaan orang kadang bahagiannya bukan kita sahaja yang kena tetapi orang di sekliling kita juga mungkin adik beradik kita.

Akmal : Terima kasih acik,



Share This!


6 ulasan:

  1. betul yang acik bagitaw kawan tu... hihihi tergolek layan lagu dilwale terbaik

    BalasPadam
  2. betul tu..masing2 berhak memilih demi kebaikan masa depannya.

    BalasPadam
  3. Betul tu, jangan beri harapan palsu... In Shaa Allah, sntiasa yg tbaik

    BalasPadam
  4. Setuju... tak baik mainkan perasaan org kan... ape pun think positf

    BalasPadam
  5. "...hatinya berbungga dan teringat adegan dilwale lagu janam-janam tergolek sorang di biliknya." Yang itu win sgttt!!! :'D

    BalasPadam
  6. "...hatinya berbungga dan teringat adegan dilwale lagu janam-janam tergolek sorang di biliknya." Yang itu win sgttt!!! :'D

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails