Ticker

6/recent/ticker-posts

Menceritakan Pengalaman 22 Tahun Susah Payah Memeluk Agama Islam Dan Memperjuangkan Akidah

Gambar Hiasan
Assalamualaikum

Setiap manusia di uji dengan pelbagai cara dan mempunyai jalan cerita mereka. Hidayah Allah pula tidak semua yang dapat , hanya insan terpilih dapatkan. 

Laut yang luas itu kadang kala berombak, air pasang surut ianya di hiasi petir dan gelora. Begitulah kehidupan kita, ada kisahnya tersendiri. Hari ini acik kongsikan satu cerita sebenar yang di hadapi saudara baru kita kisah hidupnya sebelum dan selepas memeluk islam.

Menamatkan zaman bujang dikala usia 23 tahun bersama dengan seorang jejaka yang dikira sangat kacak didepan matanya.Kagum dengan kerendahan diri jejaka itu yang sama-sama belajar di kelas agama pada waktu malam usai bertugas nine to five di waktu siangnya menaikan lagi markah terhadap jejaka tersebut.Beliau berbangsa Melayu. 

15 Jun 1996 kami bernikah. Ayah menghadirkan diri namun hanya menunduk sahaja. Walaupun membisu, daku tahu ayah kecewa kerana satu-satu anak gadisnya telah bertukar agama dan bakal memulakan kehidupan dengan jejaka melayu. Tiada adat istiadat perkahwinan tradisi cina bagai yang akan dilalui beliau selaku ayah pengantin perempuan.

Kali pertama bekas ibu mertua datang ke rumah untuk berbincang mengenai majlis kami, mak berkata satu sen pun tak nak kerana bukan menjual anak. Harapannya hanyalah agar jagalah satu-satu l anak gadisnya elok-elok. Yang sedihnya soalan yang dilontarkan oleh exmil ialah ini ke cara pemakaian awak? (merujuk kepada saya kerana saya berjubah bertudung labuh ketika itu)...hurmmmm.

No hantaran, no bling2. Hanya majlis khatam Quran dan jamuan ringkas sahaja. Tudung pun mcm pakai helmet. 

6 tahun 6 bulan 6 minggu (nam jahanam...hahahah) dengan 2 kali keguguran,tamatlah jodoh kami. 

Selama tempoh perkahwinan ex mil dingin sahaja dengan saya,rupa-rupanya bukan menantu pilihan. Tapikan mak..menantu inilah yang urut tangan mak bila mak balik penat dari menyucuk sate. Dan walaupun kini saya adalah bekas menantu mak dan bukan pilihan mak...saya bangga mak da pandai mengaji hasil kita iqra bersama2.

Menariknya ketika memikul gelaran J, diri ini dipulaukan umpama ada penyakit kelamin. Menyendiri tanpa kawan, sah-sah takde facebook dan wasap pada masa itu, hanya berkawan dengah kucing2 liar. Waktu rehat, akan duduk diluar bangunan pejabat memberi kucing-kucing makan, mengusap membelai mereka sambil bergenang airmata. Segala ku tanggung sendiri. Bff? Elek pochi. Keluarga? Mereka tak peduli. Pandai2lah bawak diri.

Mendirikan alam perkahwinan yang berjaya dan bahagia dunia akhirat adalah impian semua insan. Namun jika gagal dan lemas dalam alunan ombak dugaan dan gelombang cabaran...adakah wajar dipersalahkan? Dalah tak bantu, tengok jer..pastu nak salahkan orang plak. Tak patut tak patut.

Jika tau akan lemas,sibijak takkan nak terjun kuak lentang berenang dilautan nan luas. Baik dok kepak-kepak air dalam besen je.Apa yang berlaku semua bersebab. Takde sesaje. Yan perati boleh judge macam-macam tanpa segulung ijazah undang-undang.
Yang melaluinya hanya tau kekuatan yg bagaimana diperlukan untuk bangkit semula.

Part II

Semua kerana pengorbanan : 

A.Agama asal
B. Masa depan

A.
Rata-rata soklan yang pernah dilontarkan bagaimana awak dapat hidayah ya ?

1. Ada pakwe melayu ek...pastu gelak-gelak gatal
2. Ada mimpi aneh-aneh ke? sambil tunggu kisah mistik?

Dengan memerhati kejadian alam, dengan mengamati alunan azan, dengan menghayati kebaikan ajaran agama Islam...3 point ini yg mengheret saya menjadi empunya nama Nur Aliah Nadhirah Abdullah.

Umur 18 tahun, saya stop menjamah makanan yang dilarang dalam agama Islam.Umur 20 tahun saya nekad menjalani proses pengislaman tanpa peduli apa cabarannya.Umur 21 tahun saya pastikan mampu mengenal huruf dan membaca Al Quran.

Alhamdulillah cita-cita saya untuk berugama Islam berjaya. Sepanjang tempoh 22 tahun banyak dugaan nak menjahanamkan saya samada akidah dan jasad saya sekali. Syukur masih bertahan dengan iman yang rapuh. 
Pengorbanan yang tidak ternilai. Sangat berharga didunia dan akhirat.

B.
Sejujurnya saya bukanlah pelajar yang pintar tapi takdelah bongok.
Dengan kelas aliran sains 5 Sains 1 tanpa tuisyen, saya perolehi aggregat 26 dengan Grade 2. Bangga gila dah.
Namun kebanggaan hilang sekelip mata apabila seorang ibu berkata: 
Kami bukan keluarga senang, kau kejalah. Tak payah sambung belajar.
Bagi laluan kat adik ko belajar ya.

Cita-cita nak jadi inspektor polis terkubur terus. Jadilah inspektor sahablah gamaknya....

Adik kini jawatan besar, kereta besar, kondo 2 unit.Adakah ini dikira pengorbanan saya berbaloi?

Tidak jika dilihat dari sudut pencapaian saya harini dan adakah  jika saya ingkar permintaan seorang ibu adakah saya akan berjaya harini? 

Ini semua duniawi...

Pergorbanan itu baloi ke tak da tak penting kerana misi mereka udah tercapai maka saya tersingkir sudah.
Paham ke tak paham...tak paham tak pe....tak masuk soklan upsr tahun ni

I decide my own path and future bermulanya tarikh keramat 16 Dec 1993. Jatuh bangun terlangkup semua saya sendiri.Dan Allah sentiasa bersama saya, susah senang, suka duka, sakit sihat. 

Moga saya meninggal dunia dalam Islam kerana saya saya gigih pertahankan akidah dan keislaman saya dlm tempoh 22 tahun ini. Acaman bunuh, caci maki, pulauan dan malah ilmu hitam saya da lalui....
Moga saki baki hidup yang ada ini, saya akan berjaya hadapi semua rintangan yang bakal mendatang. Amin.

Kisah ini adalah kisah benar yang di ceritakan sendiri pemilik akaun tersebut dan acik telahpun meminta kebenaran untuk siarkan di blog acik.

Sumber dari facebook : Nur Aliah Nadhirah 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Lya Akif Imtiyaz berkata…
Oo ni kisah kak aliah eaa acik..semoga kisah ini dpt kita jadikan renungan buat diri sendiri..sama2 kita muhasah diri..
paridah berkata…
SEDIH KISAHNYA BERAT UJIAN YG DILALUINYA MOGA AKAN TERUS TABAH MENEMPUHI UJIAN ALLAH YG MENYINTAINYA...