Pengikut

Ahad, 22 Mei 2016

Review X- Men Apocalypse 2016 : Hilang Magis Tanpa Wolverine ?



Baru-baru ini acik sempat menonton Filem Terbaru Marvel iaitu X-men Apocalypse. Ramai yang keliru tentang latar masa Filem ini dan yang sebenarnya latar masa berada 10 tahun setelah X-Men: Days of Future Past. 

Permulaan cerita cukup baik sekali, memperkenalkan setiap watak yang ada, memperkenalkan Scott, Jean, Profesor, Beast dan watak-watak lain. Mencerita sejak purba kala lagi sebenarnya telah ada Mutan. 


Perkenalan watak En Sabah Nur sangat memang mendebarkan.Apabila pemindahan badan berlansung terdapat gangguan dari pihak pengawal. Berjaya tetapi dia tak dapat di bangkitkan.

Menpunyai kuasa luar biasa kadang kala ianya jadi satu masalah besar. Apa yang terjadi pada scott yang baru tahu kemampuannya dan belajar untuk mengawalnya.




Kemudian di hantar ke Sekolah Orang Berbakat oleh abangya iaitu Alex di mana terdapat ramai pelajar sepertinya. Di situlah perjumpaannya dengan Jean.

Kebangkitan Sabah Nur mula di seri pengikutnya. Dia bangkit untuk "membersihkan" dari pemimpin yang padanya rakus ! Dia ingin kembali memerintah.  Dia bangkit dan merekrut mutan untuk menjadi pengikutnya . Pertama sekali ada storm dan di beri magisnya untuk menjadi lebih kuat.



Magneto  atau erik cuba untuk jadi manusia Normal, bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Tetapi semasa kebangkitan Sabah Nur terjadi gempa sehingga rakan kerja hampir terbunuh di hempap bekas cairan panas dan magneto cuba menyelamatkan. Malangnya kebaikan itu di balas dengan kekejaman. Apabila pihak polis terpanah anak dan isterinya sehingga terbunuh. Rasa marah dan kehilangan dia itu buatkan dia menjadi sebahgian Sabah Nur.

Watak Raven (so gadis biru ) muncul menyelamatkan mutan yang tertindas atau dihambakan, termasuk teleporter bernama Nightcrawler. "Ia mendengar tentang apa yang terjadi pada Erik dan ingin mencarinya dan membantunya.


Di balik kemuncak cerita ini adalah apabila Sabah Nur dapat kuasa yang di ingini selama ini iaitu Kawalan minda yang di ingini profesor. Dia cuba gunakan profesor untuk menakluki dunia dengan mudah dan kembali kehidupan seperti dulu tanpa mesin.

Bagaimana mereka kalahkan Sabah Nur  ?

Saksikan sendiri ye haha. Tapi acik agak sedih jugaklah Logan hanya hadir untuk jangka masa singkat tidak seperti filem x  men yang lain. 

Kamu dapat lihat kuasa sebenar yang tersimpan terhadap Jean. 

X men kali sangat berbeza ianya memberi pengajaran yang baik. Setiap orang ada X faktor kita sendiri. Kita perlu cari dan pelajarinya sendiri. Kita semua X Men. Ok tetiba nak ada kuasa pulak. 

Share This!


5 ulasan:

Papaglamz dotcom berkata...

Kalau PapaG jadi X-Men, PapaG nak ada kuasa macam jean yg dalam mode pheonix tu.. Hehehe

paridah berkata...

WAH HEBAT FILEMNYA...MAGIS DLM DIRI YG JADI XFACTOR YG HARUS DIGILAP

Suriaamanda berkata...

Akak pun dh tengok citer ni...so far best jgk la..En Sabah Nur tu kejam giler

Nurfaezah Abdullah berkata...

belum tgk lagi movie ne huhuhu

KeMBaLI™ berkata...

Salam..To much spoiler..sebenarnya x spoiler pun..jangan risaw wolverine akan bangkit kat weapon X nt...lagipun wolverine dia ada movie dia sendiri pas ney movie ke 3..pada satu tahap filem XMen perlu ada timbang rasa...mereka ada bnyk karakter utk dipaparkan..sebab kalu melalui komik mereka memang dlm team...tak seperti avengers komik memang diperkenal sorang2 jd film mereka juga begitu.di.XMen semua karakter perlu berkongsi dlm semua Movie..takpe lar kalu Wolwerine kurang2pun dia ada as cameo sebb yg memainkn peranan penting utk Xmen adalah Xavier Raven dgn Eric..peranan Wolverine sebenarnya penting masa Xmen kedepan bukanya terdahulu..tapi dia telah mengambil peranan yg banyk di The Day of Future Past...membuatkan kita pikir itu cerita Wolverine bukan Xmen..ini pendapat saya lar..saya x sabar nak tunggu Mr Sinester..dan ada bebrapa karakter blum diterangkan oleh XMen seperti Jubilee, Psyclope..malah tidak diceritakan nama..cukup dgn peranan mereka yg agak lari dr komik termasuk nicrawler..tp sy suka shadowcat lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails