Ticker

6/recent/ticker-posts

Seseorang Hadir Dan Pergi Dalam Hidup Kita Ada Sebabnya


Assalamualaikum

Dalam tak sedar banyak hikmah yang berlaku dalam hidup kita. Pekara yang mampu mengubah hidup kita mungkin menjadi muslim lebih baik.

Dia seorang perempuan yang baik, selalu melemparkan senyuman. Aku kenal dia,sewaktu di Politeknik dulu. Seorang perempuan yang lemah lembut pertuturannya.

Dia selalu bagi semangat ketika aku betul-betul rasa down. Ingat lagi masa itu sem 5 aku ada gagal satu subjek. Salah aku kerana terlalu aktif dalam persatuan sampai aku lupa kewajipan aku seorang pelajar. Sakitnya rasa, malu ada semua rasa ada. Aku rasa nak berhenti belajar. Bayangkan aku seorang JPP ( wakil pelajar ) gagal , bagaimana nak jadi contoh pelajar lain ?

Aku kena masuk kelas junior lagi !! Ya Allah luluhkan hati aku.Tetapi dialah insan yang selalu beri semangat pada aku. Dia selalu ada dengan aku sebagai seorang sahabat. 

Alhamdulilah kekuatan itu datang aku teruskan juga, memang susah  nak susan jadual semua. Allah je yang tahu, kawan-kawan aku kena ikut jadual aku sebab takut clash dengan jadual mereka.

Sejak itu aku kurangkan aktiviti aku. Alhamdulilah aku dapat habiskan belajar aku. Tetapi entah mengapa hampir sebulan dia menghilangkan diri.

Aku tanya kawan-kawan dia, dia dah berhenti belajar. Kenapa ? dia salah sorang pelajar yang cemerlang.

Aku beranikan untuk telefon mak dia. Aku bertanya, akhirnya segala rahsia yang dia tutup rapi itu aku ketahui. Dia terlantar di hospital.

Dia tipu aku selama ini, dia sembunyikan melalui senyumannya itu ada sakitnya. Dia menghidap barah stage 4.Ketika itu aku tak faham. Kenapa dia perlu tipu aku. 

Maknya kata lewat dapat kesan sakit itu.

Kau tahu, kata-kata yang tak pernah aku lupakan sehingga kita. Dia kata :

Acik kau jagalah sini(hati), dialah kekuatan tubuh kita. Jangan kau cepat mengalah dengan kata-kata orang. Kau kena kuat walau apa jua dugaan yang datang. Teruskan minat kau, aku suka baca penulisan kau.Ingat Allah tak pernah persiakan kita.

Ketika itu, hanya air mata tanpa di duga mengalir. Dia pergi tinggalkan aku selamanya. Dialah perempuan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Dia juga minta aku untuk delete facebooknya.Agar bila dia pergi, tiada air mengalir kerana pemergiaan dia.

Tetapi hari ini aku tewas lagi Cha. Kau selalu di ingatan. Al Fatihah untuk kau Cha. 

Kau selalu dalam ingatanku.Tenanglah kau di sana.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Rozita Ceritaita berkata…
akak pun ada sahabat yang pernah hadir dan meninggalkan kenangan yg sama... sama mcm acik alami dia rahsiakan penyakitnya hanya sampai detik terakhir... dah dekat setahun berlalu ...hmmm... sedih
Wani Sukarno berkata…
Dalam hidup kita akan ada seorang nsan yang istimewa di hatikita...semoga arwah tenang di sana
paridah berkata…
Sedih amat kisahnya moga shbt acik berbhgia n tenang di sisi-Nya.