Ticker

6/recent/ticker-posts

Viral Secawan Gelas Besar Hanya RM 1 Di Merlimau Point


Assalamualaikum

Kenangan masa Politeknik Merlimau Melaka masih lagi terpahat di ingatan. Banyak pekara manis berlaku dan di situlah bermula blog ini di cipta.

Lama sudah aku tak pergi merlimau, dengar cerita sudah banyak perubahan besar dari segi pembangunan. Dengar kata dah ada KFC dulu tak ada kena ke bandar Melaka. Dulu kalau nak ke bandar merlimau kena naik bus scubidu. Siapa ada tahun 2009-2012 pasti tahu.

Kalau di Politeknik tempat makan tumpuan adalah Melimau Utara (MU) dan Merlimau Point.Satu tempat ini memang tempat jadi lepak kami dahulu di gerai abang air RM 1.


Kagum dengan pemilik kedai tersebut sampai sekarang masih lagi kekalkan harga RM 1 untuk gelas besar. Acik antara pelangan setia dan hampir setiap hari pasti akan ke sana.


Tak kira panas atau sejuk RM 1, kalau air buah RM 2 tapi serious memang sedap sangat. Turut jadi tumpuan adalah masakan di gerai tersebut, sedap , harga berpatutan dan banyak. Memang kenyang air dan makanan.

Alhamdulilah hampir 10 tahun kedai ini beroperasi dan sehingga kini harga masih kekal.

Syukur ada peniaga seperti ini dan sangat membantu pelajar-pelajar di sekitar kawasan tersebut terutama di Politeknik Merlimau.

Aku doakan agar pak cik tersebut di murahkan rezeki dan di panjangkan umur kerana permudahkan urusan orang lain.

Ok next station akan kembali ke merlimau, lama sudah tak ke sana.

Catat Ulasan

10 Ulasan

Lea Azleeya berkata…
Uik.. murahhnyeeeeee....
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

murahnyer achik... boleh gi nanti.

mselim3

pls: selamat hari raya achik... semoga achik diperluaskan rezeki dan menjadi anak yang soleh... Amiinn..
nayfatimahrasyid berkata…
lum sampai lagi kat sane
jie susanos berkata…
jrg2 jumpa tuan kedai yg pmurah mcm tu..

semoga dimurahkan rezeki..
boyart berkata…
Kedai brader tu da tutup.nie kedai lain nie
boyart berkata…
Kedai brader tu da tutup.nie kedai lain nie
Hanis Amanina berkata…
ingatkan RM 1 dapat teh o ais je :D
Encik Halimunan berkata…
rindu kat bapak...teringat nasi bujang ayam + milo tabur dia. student leh hutang, cukup bulan bayar.
Illya LeYa berkata…
Kampung suami LeYa di Tedong Pantai.. singgah merlimau rogerlah lain kali yer