Pengikut

Rabu, 24 Ogos 2016

Belajar Untuk Hargai Diri Sendiri Dengan " Reward Yourself"



Assalamualaikum

Tahu tak kenapa kadang kau cepat down ?

Kau cepat rasa sedih, kadang sebak sendiri dan kadang rasa keseorangan. Tentu pernah bukan ? 

Semuanya adalah permula pada diri kita, memang betul untuk berjaya kita paksa diri kita untuk buat 200 %.Kurangkan alasan tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghargai diri kita.

Diri kita umpama pokok yang membesar.Jika tidak di sirami air , tidak di baja pasti akan layu dan produktif. Tinggallah ranting-ranting dahan yang rapuh.

Kita perlu reward pada kita , tanda kita hargai diri kita.

Mungkin ada yang kata :Gila agaknya acik nie !!.

Tapi percayalah ianya berhasil. Jika kamu dapat sesuatu kejayaan, contoh belajar sungguh-sungguh akhirnya peperiksaan dapat B, ok kan ? Nanti usaha lagi. Tanda kita hargai diri kita, kita beri reward makan ice cream ke, tidur 1 jam ke , pergi tengok wayang ke.


Acik selalu buat untuk menghargai usaha sendiri. Selalu acik buat kalau dapat apa-apa kejayaan, acik akan belanja diri sendiri makan apa jua yang acik suka. Pasti akan ada satu kepuasan hanya diri kita rasa.

Satu pekara yang orang selalu lupa ada reward untuk rohani kita. Kita biarkan kosong bagaikan padang pasir. Jarang berzikir dalam hati. Perbanyakkan zikir dalam hati, bila jiwa kita kuat inshaAllah jati diri dan hati kita juga kita. Ianya mempengaruhi , percayalah.

Acik pun belajar dari seorang sahabat dia uitm. Apabila dapat kejayaan pasti dia akan cakap reward yourself. Tanda kita hargai diri kita.

Yelah kita ini selalu menghina diri sendiri, tak cantik lah, tak handsome lah, tak pandailah dan sebagainya. Buatkan diri kita tak yakini diri sendiri.

Ada cara nak tingkatkan keyakinan diri salah satunya dengan menghargai diri kita sendiri.

Ingat jangan zalimi diri kita sendiri.ALLAH menegaskan: “Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun, tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah Yunus: 44).


Share This!


10 ulasan:

  1. Betul tu! Cara ena reward diri ena, pergi jalan2 atau pergi makan sedap2.. hehehe

    BalasPadam
  2. Betul.. Pentign untuk reward diri sendiri keran itu salah satu cara mghargai dri kita :)

    BalasPadam
  3. fae reward diri fae sometimes dgn spend money buy something walaupun tahu wallet kian menipis wawawa

    BalasPadam
  4. Betul. Reward diri sendiri itu penting. Rasa seronok :D

    BalasPadam
  5. REWARD DIRI TANDA SYG FIRI SENDIRI

    BalasPadam
  6. betul.. satu step penting untuk orang hargai kita adalah first, kita sendiri kena hargai diri kita..

    BalasPadam
  7. btol hnya kita tahu mcm mana nak hargai diri kita sndri baru capai thp kepuasan maksimum.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails