Pengikut

Sabtu, 29 Oktober 2016

Iklan Deepavali Petronas 2016 Beri Kesan Mendalam, Korang Kena Tengok !

Setiap tahun pasti aku akan tertunggu iklan-iklan Petronas.Kali ini Iklan Deepavali Petronas 2016. Memang tak mengecewakan dan beri kesan mendalam semperna Festival Cahaya.

Festival Cahaya ini lebih di kenali Dwali atau Deepavali. Mesti taukan? Dalam menyambut perayaan Deepavali,kita sebagai warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.

Baru-baru nie aku ada tonton iklan Deepavali Petronas 2016 seperti aku uar-uarkan. Ianya sangat mengubah persepsi aku dan jalan cerita sangat jelas dengan mesej yang ingin di sampai terutama soal prasangka.


akupenghibur iklan petronas Deepavali 2016

Dari first impresion lagi sudah di hidangkan lagi dengan tanggapan bahawa Muniandy dan rakannya seperti gangster

Membeli dan membawa peralatan seperti mahu lakukan jenayah. Gerak gerinya buatkan mata yang melihat itu gerun secara tak langsung menghukum dan labelkan bahawa mereka berbahaya !

Stigma negatif kita dalam masyarakat masih tebal, kita mudah menilai sesuatu mengikut padangan kita. Tetapi tahukah kita pekara sebenar ?

Itulah apa yang terjadi pada Muniandy dan rakannya.Penampilan dan gayanya di salah ertikan. Betul ke mereka ingin melakukan sesuatu yang berniat jahat ?


Korang kena tengok sendiri untuk tahu pekara yang sebenar Muniandy dan rakannya lakukan dan nilailah sendiri. Klik di bawah nie.


Kita seharusnya mengakis stigma tersebut ,rupa paras ,pemakaian dan cara seseorang itu tidaklah melambang  sepenuhnya sifat peribadi seseorang Itu. Itu hanya luaran, dan kita perlulah ambil masa untuk mengenali sebelum menghukum.

Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

akupenghibur iklan petronas Deepavali 2016

Akhir kata, who u are, where u came from, we are Malaysian. Seronok kita sambut pelbagai perayaan. Happy deepavali to my friends and to all celebrating Deepavali.

Share This!


16 ulasan:

  1. Biasanya mmg mcm tu, kdg lisa pun fkir sama mcm iklan tu memula. Lisa penakut uhuhu

    BalasPadam
  2. First impression kita tu kadang2 salah...

    BalasPadam
  3. iklan petronas memang selalu memberi kesan.

    BalasPadam
  4. Mmmm... Boleh la.
    Tapi ending tu kurang menyengat. Sepatutnya auntie yang kelolakan rumah oarng tua tu jemput tokey kedai tempat Muniandy beli barang, driver van dan rakan-rakan melayu yang takutkan Muniandy tadi berdeepavali bersama. Pada masa tu Auntie tu announce yang Muniandy ni banyak bantu dalam kerja-kerja sukarela. Baru mereka sedar siapa Munaindy dan kawannya seberanrnya.
    By the way,boleh la... untuk menyedarkan masyarakat bahawa, 'don't judge a book by it cover'.

    BalasPadam
  5. Dalam Islam pun menekannkan kita untuk sentiasa bersangka baik... fikir2kan lah

    BalasPadam
  6. Yup, setuju... Iklan ni penuh mesej yang baik

    BalasPadam
  7. Iklan ni mmg padu. Skali kita tersilap menilai.. huhu

    BalasPadam
  8. Sbb tu jgn menilai sebelum kita tahu hjung pangkal cerita..

    BalasPadam
  9. Tengok dlm2 renung matanya. Baru buat perhitungan.. eh acik. Selamat bercuti sempena deepavali. Pcl kat kelantan ni.. coti2 jgk.

    BalasPadam
  10. Byk yg ingin di sampaikan oleh penerbit. Kita masih rasis walaupun satu bumbung

    BalasPadam
  11. Selamat bercuti sempena Deepavali.. Orang kalau takde kat tempat kita, takkan faham pon kenapa..mengapa.. Kalau dengar dari mulut orang lagi lah jangan percaya... Tanya sendiri dengan tuan badan...apa2 pon still kena berhati2.. Hati atau niat orang kita mmg tak tahu

    BalasPadam
  12. mula2 tengok iklan ni nampak macam lucu tetapi sebenarnya banyak mesej yang ingin disampaikan. Tahniah Petronas kerana sentiasa menghasilkan iklan yang bermutu sebegini.

    BalasPadam
  13. Iklan dari Petronas saban tahun memang memberikan impak yang terbaik buat penonton. Cuma kita masih belum berubah

    BalasPadam
  14. sangat mendalam maksud tersirat.

    BalasPadam
  15. Keadaan sekeliling menyebabkan kita always fikir bukan bukan.terlampau byk jenayah terjadi menyebabkan kita rasa tak selaamat

    BalasPadam
  16. Kadang2 kita nak judge org jgn main judge jer..Tengok2 dulu..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails