Pengikut

Sabtu, 4 Mac 2017

Semuanya adalah ujian, jodoh kita cepat ada ujiannya. Jodoh kita lambat ada ujiannya.


gambar hiasan

Assalamualaikum

Sempat bertemu dengan seseorang yang sangat acik hormati. Rasanya hampir 4 tahun kami tak bersua dan kami berjumpa dengan dia apabila menghadiri majlis perkahwinan dia.

Alhamdulilah bang man, akhirnya bertemu seseorang yang sangat baik untuk abang,kataku.

Alhamdulilah acik, jodoh adalah masa, masa untuk kita di pertemukan. Abang pun tak sangka setelah umur abang 40 tahun baru ketemui jodoh yang telah di tetapkan. Cepat atau lambat itu takdir Allah cuma kita berusaha dan sabar dengannya balas abang man.

Betul tu bang, tapi bagaimana nak buang hati yang selalu ragu dan tak sabar. Yelah tengok kawan-kawan semua dah kawin, ada anak. sahutku lagi.



Acik paling utama, jangan biarkan hati sangsi dengan Allah. Selalu zikir dan yakin hati.

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.
Adz-Zaariyat : 049.
Hanya kita tak sabar, kita jarang muhasabah diri lihat diri kita, lihat solat kita, ada rompong tak ? 
Doa kita ? 
Doakan senjata kita umat islam, andai 1000 doa kita kirimkan mungkin ke 1001 di makbulkan. Jangan putus asa.
Pertemuan dan berjumpa dengan orang yang salah selalu terjadi kerana ianya pengalaman dan menjadi kita insan lebih baik.
Abang cakap pun untuk ingatkan diri abang, sebab kita pun tahu takdir kita bagaimana. Paling penting sentiasa muhasabah diri. 
“Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” [QS. An Nisaa (4):1].
Semuanya adalah ujian, jodoh kita cepat ada ujiannya. Jodoh kita lambat ada ujiannya. 
Abang belajar dari pengalaman, walaupun kawin lambat tapi alhamdulilah dapat bantu adik beradik dan jaga mak hingga akhir nafasnya.Balas abang man.
aku hanya angguk-angguk tanda setuju. Allahurabbi semoga Allah pertemukan jodoh pembaca blog ini.
Pada acik tiada istilah jaga jodoh orang kerana ianya ujian untuk mendewasakan kita dan mendekatkan diri kita pada Allah.
Lupakah kita, Allah berikan pertemuan pasti ada hikmahnya. 

Share This!


6 ulasan:

  1. Setuju dengan kata2 abg Man tu..tgok akak..banyak betul ujian..ya allah pelihara la hubungan akak dengan tunang

    BalasPadam
  2. sy pon sdg mlluinye..byk kali bertemu dan bknal dgn org yg slh..dlm hati ini tuhan je yg tahu..meniti usia 31 thn dan msih blum punya siapa2 bknlah satu usia yg tllu tua..tp adakalanya sy tewas..mlihat rakan spjuangan yg lg muda sbuk bercerita ttg anak2, jiwa mn yg tak diruntun rasa..saat waktu dan ketika ini plk sy sdg bertarung dgn emosi..taatkala mndpt tahu adik bongsu llki yg akan mngikat tali ptunangan terasa jantung ini lemah..bukan sy tak kuat tapi Allah shj yg mengerti..sy slu pujuk hati agr bsangka baik dgn takdir ilahi kerana diri ini msih byk yg perlu diperbaiki..cm adakalanya tfikir kuatkah sy utk melaluinye..��

    BalasPadam
  3. Bersabarlah sambil berdoa setiap hari dipertemukan dgn jodoh yg diimpikan

    BalasPadam
  4. Cepat atau lambat jodoh seseorang .. telah tertulis di SANA ..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails