Pengikut

Sabtu, 26 Ogos 2017

aku kalau nak kawin aku nak cari lelaki yang sudah stabil dan sudah harta harta, Kata Seorang Kawan


Assalamualaikum

Setiap hari aku di hujani dengan pelbagai pertanyaan dan pendapat. Aku hanya berikan semampu aku, pendapat aku berdasarkan pengalaman peribadi dan ambillah jika bermanfaat. 

Seorang kawan kata pada aku ,aku kalau nak kawin aku nak cari lelaki yang sudah stabil dan sudah harta.

Aku terdiam seketika, 

Kalau lelaki macam itu ramailah, balasku.

Ramai ke ? susah sahaja aku nak cari. Balasnya lagi.

Eh ramailah kau sahaja tak tengok betul-betul. Lelaki yang dah stabil dan sudah ada rumah, kereta itu ramai. Mereka adalah suami orang.Balas aku.

Berubah air mukanya dan di hanya diamkan diri.

Hakikatnya itulah yang sebenar, nak cari seseorang yang kaya , bergaya seperti di paparkan di televisyen itu hanya lakonan semata.Hasil nukilan pengarah untuk menonjol seorang lelaki yang kacak, bergaya dan kawin terpaksa dan tersuka tanpa sengaja.

Hakikatnya ramai lelaki di luar sana sedang bertarung.

Bertarung untuk meneruskan kehidupan, mencari pekerjaan, sedang sibuk membayar hutang PTPTN dan sedang menongkah arus bekerja biasa-biasa walaupun ada Ijazah.

Untuk seseorang yang ada segala yang kamu ingini itu haruslah bersabar dan sesama membantu mereka.Beri moral support dan sama-sama kumpul duit untuk ke arah jalan yang halal bagi dirinya dan dirimu.

Pengalaman pada diri sendiri, di usia muda seorang perempuan mengajak untuk ke alam perkahwinan. Ketika itu aku baru sahaja habis belajar. Katanya umurnya sudah berusia. Pada perempuan bila tidak berkawin di usia 24 Tahun ianya sudah lewat. Aku faham, tapi hakikatnya aku sendiri masih terumbang ambing untuk menguruskan diri sendiri.

Pekerjaan tetap belum ada, motor pun motor kapcai sahaja itupun dah beberapa kali rosak di tepi jalan. Dia tak sabar dia beri kata dua dan suruh aku buat pilihan.

Aku kata boleh, tetapi aku buat semampu aku, majlis sederhana.

Dia menafikan, dia kata sekali dalam seumur hidup menjadi raja sehari. Keluarganya mesti malu. 

Aku hanya diam tidak kata ia atau tidak. Pada sisi lain, aku fikirkan tentang mak aku. Belum aku puas aku bahagiakan dia.Cukup banyak duit di gunakan untuk hantar belajar tinggi-tinggi.

Memang betul kawin pasti rezeki melimpah ruah. 

Tetapi alam perkahwinan itu bukan medan untuk cuba-cuba, besar tanggungjawabnya dan aku tak nak kelak saling salah menyalahkan. Selama 7 hari aku buat istikarah untuk minta petunjuk ALLAH. 
Tetapi entah mengapa, munculnya kekuatan untuk aku tidak tergesa-gesa.

Rupanya ada hikmah yang ALLAH nak beri.Biarlah di sebalik cerita itu hanya sahaja yang ketahui. 

Jadi bersabarlah untuk seorang lelaki dan bagi seorang lelaki jika seorang perempuan itu sanggup menunggu dan  sama-sama jangan di persiakan pula. Jangan di permaikan dan bila dapat lebih baik pergi tinggalkan dia. 





Share This!


6 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

InsyaaAllah... Allah dh ada skripnya... doa dan sabar itu rahmatNya... Dia akan temukan yg sesuai.... ok la tu dik ada kapcai... husband akak kapcai pun tak ada... kahwin dgn akak br ambil lesen... baru beli motor...

paridah berkata...

Jika dah sampai ilham-Nya n ada kemahuan berkahwinlah. Rezeki Allah maha luas

Nona Qiyah berkata...

Ok, sedih entri kali nih...uishhhh

TEKSI AIR Semporna berkata...

Sedih dan banyak betulnya Allhamduillah membaca ini dapatlah sedikit saya musahaba diri.

Norliza Nordin berkata...

Insya Allah.. semuanya takdir.. kena banyakk berdoa semoga ape yang dihajati tertunaii

Hasliynda Umairah berkata...

janji allah itu pasti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails