Pengikut

Sabtu, 4 November 2017

Di saat kita sibuk mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik



Assalamualaikum 

Manusia itu berubah hati

Mulanya aku menafikan, tetapi akhirnya aku sendiri terpaksa mengakui. Bahawa hati mampu berubah walau sekelip mata.

Secepat lintasan cahaya,
secepat mawar berkembang.

Apa yang buatkan matanya tertarik dan hati berdegup dengan kencang. 
Ada sesetengah akan lebih memilih untuk bertahan dan setia,
Ada yang di uji dengan perasaan sendiri,
ada yang ingin "test" market mereka,

Semuanya semata kerana kecantikan dan keindahan yang sementara. Tak salah untuk mencari yang lebih baik. Tak salah jika ingin mendapatkan lebih baik andai kamu belum mempunyai pasangan dalam hidupmu.

Tetapi andai telah berjanji, andai telah memulakan perhubungan,maka jagalah pertahankanlah.

Kerana antara tugas syaitan adalah untuk memutuskan silaturahim yang telah terbina, membiarkan kita terjerumus ke lembah kemaksiatan dan mengoda iman kita dengan sirna kecantikan yang sementara. 

Ada juga manusia sifatnya suka pada sempurna dari di matanya. Suka yang cantik-cantik setandingan dengannya. Hakikatnya sempurna itu bukan sifat kita. 

Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (QS an-Nahl :60).

Artinya: Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai sifat kesempurnaan yang mutlak (tidak terbatas) dari semua segi.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “(Sifat-sifat) maha sempurna adalah milik Allah, bahkan Dia memiliki (sifat-sifat) yang kesempurnaannya mencapai puncak yang paling tinggi, sehingga tidak ada satu kesempurnaanpun yang tidak ada padanya celaan/kekurangan kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala berhak memilikinya pada diri-Nya yang maha suci”.

Kesempurnaan itu milik ALLAH.

Di saat kita sibuk mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik.
Kehilangan kerana keeogaan yang inginkan mengikut apa jua senarai list yang kita mahukan. Hakikatnya kita akan bertemu yang sama atau bertentang sikap dan perangai kita kerana ianya buatkan kita saling melengkapi. 

Bila dia sudah kehilang rasa yang di inginkan itu, maka dia akan datang kepada kita .Saat itu hanya hatilah yang mampu membekalkan rasa. Andai sudah tawar hatinya jangan harap dia kembali.

Sebab itu kita kena kembali kepada conteks cinta yang lebih terperinci.Benar sekarang ini memang zaman moden, zaman penuh cabaran , tapi kena istiqamah dalam setiap apa yang kita buat.  dan yang paling penting cintai seseorang itu kerana ALLAH, maka ALLAH akan lindungi hubungan itu dan sentiasa di bawah keredhaannya.  Bila kamu menjaga adab dan pergaulan kamu berdua maka ALLAH akan hantarkan malaikat untuk melindungi kamu juga. Bercinta tu tak salah tapi bercintalah berlandaskan cinta kerana ALLAH ,maka cinta kita tak akan di persiakan. Dan bila kita kecewa sebab tak setia percayalah ALLAH ada perancangan yang lagi baik dan berikan seseorang yang lebih baik untuk kita.


Share This!


3 ulasan:

Princess Serra berkata...

Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

Cikgu Iza berkata...

do follow blog ni

sebab tu orang kata, jangan tunggu lama2, nanti lama2, dia diambil orang,.. x perlu sempurna, yang terbaik pada mata kita dah cukup kerana kita pun bukanlah sempurna, apabila dipasangkan, kesempurnaan itu akan terserlah.. amin

paridah berkata...

PERLU BERSEGERHANA DLM MEMBUAT PILIHAN..KDG YG DIRASA KURANG BAIK ADALAH YG TERBAIK UTK KITA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails